Saturday, December 26, 2009

Dariku Untukmu Pemuda-UAO



بسم الله الرحمن الرحيم

PERSIAPAN PARA DU`AT
sepanjang
PERJALANAN DAKWAH

ISI KANDUNGAN

-Muqaddimah
-Persediaan ilmu
-Persiapan daya tahan dlaman
-Persiapan daya tahana luaran

MUQADDIMAH
-Kita telah banyak bincangkan bekalan para duat secara tradisi dan klasik
-Itu suatu yang penting, tidak boleh diabaikan
-Perlu juga bincang persediaan tuntutan semasa

PERSEDIAAN ILMU
-Bijak cakap tiada ilmu, berkesan tapi tidak tahan lama
-Ada ilmu tidak bijak bercakap kurang berkesan tetapi tahan lama
-Ada ilmu bijak bercakap tahan lama dan berkesan
-Kita perlukan yang tahan lama dan berkesan
-Ilmu yagi diperlukan du`at
-Ilmu memampuakan menentukan yang syar`ie (ثقافة/فقه الإستبانة)
n-Fiqh al-Nusus
n-Fiqh al-Waqi`e
n-Fiqh al-Muwazanah
n-Fiqh al-Aulawiyat
n-Fiqh al-Tarjih
n-Ilmu memampukan melaksanakan operasi (ثقافة/فقه التنفيذ)
n-Ilmu berkaitan pengurusan
n-Ilmu berkaitan keterampilan diri
n-Fiqh al-Istibanah

n-Fiqh al-Nusus
n-Memahami nas berkaitan isu jika isu ada nas
n-Mengaplikasikan nas ke atas waqi`e
n-Mengqiaskan isu dengan nas jika isu tiada nas
n-Menggunakan wasilah ijtihad jika qias tidak boleh dilakukan

n-Fiqh al-Waqi`e
n-Memahami waqi`e setempat dan semasa
n-Memahami realiti hidup, mengenalpasti, menganalisis dan mentafsir fenomena masyarakat, politik, budaya, ekonomi dan lainnya
n-Mengenalpasti faktor yang mengesani masyarakat dan kuasa-kuasa yang mendominasi pemikiran massa
n-Mengenal masalah dan mengenalpasti nas syarak yang releven dengan realiti terbabit
n-Memahami penyelesaian yang syar`ie berdasarkan realiti, bukan fantasi

n-Fiqh al-Muwazanah
n-Kemampuan membuat pertimbangan antara
n-Pendapat-pendapat dan hujjah mazhab
n-Antara pertembungan maslahat dan mudarat
n-Antara realiti lampau dan semasa dll

Fiqh al-Aulawiyat
n-Kemampuan menentukan yang mana lebih utama dan afdal berdasarkan
n-Kekuatan hujjah atau
n-Penjanaan maslahat semasa atau akan datang atau
n-Penolakan mudarat semasa atau akan datang

n-Fiqh al-Tarjih
n-Kemampuan membuat pilihan yang terbaik untuk dilaksanakan berdasarkan
n-Kekuatan hujjah atau
n-Maslahat, sekalipun pendapat marjuh

Fiqh al-Tanfiz
n-Semua ilmu berkaitan tanzim
n-Dakwah: konsep dan aplikasi
n-Tarbiyah: konsep, wasilah, uslub, tarbiyah harakiyah
n-Tanzim: konsep, rukun
n-Tanzim setempat: visi, misi, strategi, polisi dan perinsip,
n-Semua ilmu berkaitan pengurusan
n-Pengurusan masa
n-Pengurusan organisasi
n-Pengurusan konflik
n-Pengurusan strategik dll
n-Semua ilmu berkaitan keterampilan diri
n-Pelbagai cabang ilmu, terutama yang berkaitan
n-Islam
n-Musuh Islam
n-Kemasyarakatan, politik,
n-Komunikasi
n-dll

PERSEDAAN DAYA TAHAN DIRI
n-Ketahanan diri menghadapi tribulasi dari luar
n-Tekanan pihak berkuasa
n-Kuatkan hubungan dengan Allah
n-Tekanan gaya hidup
n-Hidup zuhud
n-Ketahanan diri menangani AIDS organisasi
n-Jamaah dalam jamaah
n-Ahli tidak indibat tanzim
n-Ahli bodoh sombong
n-Tidak puas hati dengan organisasi/pimpinan
n-Terus bekerja berpandukan strategi,
n-Jangan peduli setelah peduli,
n-Jangan tunggu, pahala anda bukan pada orang lain

n-Kemampuan diri kekalkan stamina
n-Lemah stamina kerana futur
n-Futur diransang syitan dan nafsu
n-Ingat hadis serigala dan kambing
n-Hayati tiga kesedaran ruh
n-Percaya perjuangan ini benar dan lebih baik dari yang lain
n-Bersemangat perjuangkan kebenaran ini
n-Yakin pertolongan Allah
n-Ambil tahu hal organisasi
n-Ingat, jika anda tidak bersama jamaah orang lain akan bersamanya, tapi anda sendirian
n-Ingat bai`ah dan ikrar taat stia

PERSEDIAAN DAYA TAHAN FIZIKAL
n-Kita tidak sentiasa muda
n-Penuaan ada kesan ke atas
n-Daya tahan fizikal
n-Daya kecekapan
n-Daya ingatan
n-Berusaha dari awal lambatkan kesan negatif penuaan
n-Jaga pemakanan
n-Cukupkan riadah
n-Jika perlu pemakanan sampingan


PERSEDIAAN DAYA TAHAN KEWANGAN
n-Pastikan semua yang berkaitan dengan sumber pendapatan dan harta adalah halal, tidak terlibat dengan riba
n-Hidup sederhana dan zuhud
n-Berbelanja di bawah paras kemampuan
n-Didik diri dan anak-anak berjimatcermat
n-Rancang kewangan
n-Buat simpanan kekal, sekalipun sedikit
n-Buat perancangan kewangan bulanan
n-Elakkan pembaziran dan bermewah

PENUTUP
n-Yang dikemukan campur aduk antara pengalaman dan pembacaan
n-Sepanjang penglibatan saya mengalami penurunan daya tahan dalaman oleh banyak sebab
n-Dalam usia menjengkau 68 saya mengalami penurunan daya tahan fizikal sangat ketara,
n-Tidak tangkas
n-Kurang cekap
n-Cuma Allah berikan saya semangat, hanya dengan semangat ini saya bergerak
n-Semoga Allah kurniakan kita daya tahan yang kuat untuk terus kekal dalam perjuangan ini 



Nantikan di pasaran~

Monday, December 21, 2009

Aku Wariskan Untuk Kalian!



"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah."
[SQ]

Wednesday, December 9, 2009

Tanggungjawab Sosial : Membina Manusia



Alhamdulillah, dalam minggu ini dua kali promosi universiti dari Canada diadakan. Jumlah semua universiti yang datang untuk mempromosikan universiti mereka ada tujuh. Terbukalah sedikit minda ini untuk memilih universiti untuk melanjutkan pelajaran nanti.


~*~

Hari itu dewan agak penuh. Masing-masing menumpukan perhatian mendengar taklimat mengenai universiti pilihan mereka. Hari itu ada dua sesi. Sesi pertama setiap wakil diberi masa lebih kurang lima minit untuk bercerita mengenai tawaran-tawaran yang diberikan oleh universiti masing-masing. Sesi kedua ialah sesi untuk para pelajar bertemu secara individu dengan wakil-wakil tersebut dan menanyakan sebarang soalan.

Saya pun terus menuju ke ’booth’ universiti yang menawarkan bidang saya. Dalam kesesakan lalu lintas di kafeteria, saya mendengar satu perbualan menarik. Menarik bukan kerana apa yang dibincangkan tetapi bagaimana wakil-wakil dari universiti-universiti berbicara kepada para pelajar dan bagaimana interaksi mereka dengan universiti-universiti lain. Sekiranya apa yang ditanya oleh pelajar dan mereka mendapati ada universiti lain yang menawarkan tawaran yang lebih baik, mereka akan mencadangkannya kepada pelajar tersebut. Agak hairan, walaupun mereka sedang bersaing untuk mengumpan kami menuntut di universiti mereka, mereka dengan rendah dirinya mengatakan ”I think you better see Mr/Mrs X. Their universites have a better offer for your course.”

Kerana pendidikan itu tanggungjawab sosial.

Teringat ketika ucapan pembukaan Majlis Anugerah Pelajar 2007 di sekolah lama saya. Pengerusi Lembaga berkongsi sebuah cerita menarik.

”Ada satu mesyuarat yang saya pegi. Saya ditanya ”Kenapa kamu fokus lebih pada kualiti pendidikan dan pembangunan holistik pelajar. Soal keuntungan tak dipedulikan lebih-lebih sangat?”

Saya menjawab ” Kerana bagi kami pendidikan itu tanggungjawab sosial.”

Ya, mudah kata...pendidikan itu tarbiyah (terj.). Tiga perkataan mudah untuk menjelaskan apa itu tarbiyah ialah ”seni membina manusia”. Maka, tujuan akhir tarbiyah ini bukan untuk mengaut keuntungan material tetapi untuk membangun potensi manusia. Manusia adalah faktor utama yang menjadikan sesuatu itu mempunyai nilai. Seperti tanah yang menjadi persoalan kedua. Manusialah yang menjadikan tanah itu bernilai dengan contribution yang diberikan kepada tanah tersebut. Itu persoalan pertama. Bagaimana membina manusia. Jap...apa jenis manusia yang kita hendak bina??

bersambung dalam ruangan ’comment’

Monday, December 7, 2009

Thalut: Sebuah renungan





Maka Thalut dipilih oleh Allah sebagai ketua setelah mereka meminta seorang ketua daripada kalangan mereka untuk memimpin melawan musuh.

Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu"... (2:247)


Kerana hati mereka menderita penyakit, mereka mempersoalkan kewibawaan Thalut. Atas apa dia dilantik? Dia tida menguasai kekayaan pun bahkan merupakan seorang yang miskin. Apatah lagi darahnya tidak mengalir dari sumber pewaris raja terdahulu. Nah, mereka lupa bahawa di sisi Allah darah keturunan dan kekayaan tidak pernah menjadi sandaran untuk menilai darjat sesorang itu. Kerana itu misi dan visi pandangan yang dinodai oleh nilai materialistik sering sahaja berakhir dengan kehancuran. Sejarah membuktikan hal ini. Rom dan Parsi yang mengambil masa ribuan tahun menaiki tangga kekuasaan suatu ketika dahulu runtuh dan ranap dalam masa kurang dari 3 tahun. Faktor yang memungkinkan perkara tersebut berlaku ada dua: pabila materialistik menguasai dan kejatuhan moral.


Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (2:247)


Bukankah Allah Maha Mengetahui siapa yang berhak ke atas kekuasaan?


Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman. (2:248)


Sudah terang dan jelas tanda-tanda dari Allah. Maka nilailah diri kamu. Sejauh mana kamu meyakininya...maka itulah nilai imanmu.

Thalut memulakan langkahnya memimpin tenteranya untuk berhadapan dengan musuh mereka yang terkenal dengan kekejaman dan kerakusannya, Jalut. Bagaimana Thalut yang masih muda mahu memimpin pasukannya? Ya, Allah telah memberi kelebihan kepada Thalut: Ilmu dan Tubuhnya. Maka setiap kita perlu memastikan diri kita dilengkapi dengan dua nilai tersebut lebih-lebih lagi untuk bertempur dalam dunia yang dikatakan mengandungi dosa semua umat~


Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku."...(2:249)


Kelebihan itu telah diberi pada Thalut. Bagaimana pula dengan tenteranya? Sebuah pasukan selalunya dinilai dari sudut kekuataan luaran dengan mengambil kira persenjataan dan kelengkapan infantrinya. Tetapi pertempuran ini berbeza, ada sesuatu yang menjadi penghalang besar antara mereka dan semangat juang untuk menang: Sejarah mereka. Menjadi persoalan penting bagaimana Thalut hendak memimpin tenteranya yang terkenal dengan sejarah kekalahan berbanding musuh mereka yang terkenal dengan sejarah kemenangan dalam setiap perlawanan.

Satu sahaja senjata yang boleh memusnahkan tembok penghalang tersebut iaitu kesucian jiwa. Maka Allah telah menyaring tentera Thalut. Hanya mereka yang layak sahaja mampu bersama Thalut melawan Jalut dan tenteranya.

Sungai. Saringan pertama untuk tentera Thalut. Setelah letih mengharungi perjalanan yang jauh, di hadapan mereka mengalir sebatang sungai yang menggoda. Bayangkan keadaan dan perasaan kita apabila dihidangkan dengan segelas air setelah letih mengharungi perjalanan jauh di bawah terik matahari melintasi padang pasir? Hanya mereka yang kental imannya mampu mentaati perintah Thalut. Telah menjadi sunnah bahawa setiap saringan pasti ada yang gagal.

Dan tentera Thalut menjadi semakin kecil.


Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:249)


Menurut Tafsir Ibnu Kathir, ada riwayat yang mengatakan tentera Thalut berjumlah lebih kurang 3++ orang. Seperti Perang Badar. Namun yang pasti jumlahnya jauh lebih kecil berbanding tentera Jalut. Dan sekali lagi sejarah diwarnai oleh golongan yang minoriti mengalahkan majoriti. Akan tetapi, kita tidak boleh selalu yakin bahawa kita yang kecil mampu mengalahkan yang yang besar tanpa izin Allah. Kerana itu kita lihat pre-Ghuzwah Badar, Rasulullah dan para sahabat bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah memohon kemenangan kerana doa itu senjata mukmin.


Tatkala mereka nampak oleh Jalut dan tentaranya, mereka pun (Thalut dan tentaranya) berdo`a: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (2:250)


Realiti hari ini, sering sahaja kita mendengar saudara kita di atas muka bumi ini ditindas. Saban hari dizalimi dan diperkosa. Maka kita yang tidak mampu untuk mengangkat senjata berjuang di medan tempat mereka menderita, apakah sukar untuk meluangkan masa sedetik dalam 24 jam kita untuk berdoa?Jangan biarkan seharian kita hanya mendoakan untuk kesenangan dan kejayaan diri tanpa menghadirkan saudara-saudara kita di sisi ketika berdoa.


Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah, (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam. (2:251)


Sunnah itu sentiasa benar. Perlawanan antara kebenaran dan kebatilan sentiasa berakhir dengan kemenangan di pihak yang benar. Kerana itu kita seharusnya yakin akan kemenangan kaum muslimin seteruk mana keadaan kita pada hari ini. Janji Allah tidak pernah dimungkiri. Apakah mungkin dengan kita mengerakkan tubuh kita sedikit mampu memberi sumbangan kepada kemenangan tersebut? Sangat mungkin. Apatah lagi jika menyerahkan harta dan nyawa untuk kemenangan tersebut. Pastikan diri kita berada dalam saff yang menuju kemenangan.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka...(9:111)


..dan kemenangan itu bukan hanya di alam ini...bahkan di alam akhirat dan kita akan sentiasa diuji.

Terinspirasi dari Band of Brothers, Thicker Than Blood (4-6 Dec 09)
UTM, 1600

Rujukan:
1) Quranul Karim
2) Tafsir Fi Zilal
2) Tafsir Ibnu Katsir
3) Tazkirah akhi Nizam



Wednesday, December 2, 2009

Malam Ini



Hidup Kita Sebuah Proses

Duhai Jiwa,

Jangan melihat jauh ke dalam jiwa lain.

Sang Pencipta telah menjadikan dirimu sebagai ciptaan terbaik.

Pandanglah ke dalam dirimu dan sekitarmu,

Nescaya kamu akan melihat pelajaran dariNya.

Memang sebahagian manusia seringkali melihat manusia lain sehingga melupakan apa yang ada pada dirinya. Sepanjang kembara ini, aku belajar untuk melihat ke dalam diri. Satu introspeksi yang tiada penghujungnya.

Suasana di Islamic Centre Iqro’ tenang. Udaranya segar dan tiupan angin membelai lembut jiwa-jiwa yang penuh bersemangat. Itulah ’air-cond’ Ilahi nikmat untuk hambaNya.

Malam itu merupakan malam pertama aku di Jakarta. Setelah melalui hari pertama kembara ke Jawa ini, diriku merasakan semangat yang lebih kuat kerana aku belum mendapat apa yang aku hendaki daripada kembara ini. Satu hari belum cukup untuk menilai misi kembara ini.

Setelah selesai makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taushiyah yang sungguh bermakna dan berkait rapat dengan diri kami. Seorang akh yang saya kenali, akhi Casudi, memulakan bicaranya dengan lembut tetapi bersemangat…

Teringat aku akan susunan kata-katanya yang membekas dalam diri..

“Kenapa para pejuang dakwah tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mereka walaupun berhadapan pelbagai mihnah dan tribulasi yang bertujuan mematahkan semangat juang mereka? Bahkan setiap kali ditimpa ujian yang besar, mereka menjadi semakin kuat. Adik-adik yang saya cintai kerana Allah, perkara ini terjadi kepada mereka kerana mereka telah melalui sebuah ‘proses’. Proses yang membentuk mereka sehingga menjadi begitu kuat.

Apakah proses situ? Tidak perlu kita melihat perkara-perkara yang jauh dari kita. Cuba kita perhatikan apa yang ada disekeliling kita untuk memahami proses tersebut. Cuba perhatikan apa yang ada di bawah kalian. Jubin yang sedang kalian duduki memberi erti yang besar.

Apa kaitan kita dengan jubin? Jubin yang sedang kalian duduki berasal daripada tanah yang terpilih. Daripada banyak tanah, hanya tanah tersebut yang terpilih. Apakah yang dikenakan ke atas tanah tersebut untuk menjadi indah? Tidak lain tidak bukan, tekanan dan haba panas yang mengiringi tanah-tanah tersebut sepanjang proses pembentukan menjadi jubin. Semakin kuat tekanan dan tinggi habanya, semakin cantik dan berkualiti jubin itu akan terhasil. Begitulah kita ikhwah dan ahawat yang saya cintai sekalian. Perjalanan hidup kita mengajak kita untuk mengikuti proses ini, iaitu proses ‘tarbiyah’. Memang kadangkala sepanjang proses ini terdapat beberapa perkara yang tidak kita sukai seperti penat lelah, luka dan duka. Akan tetapi, seperti kisah jubin tadi, segala apa yang kita bakal hadapi adalah proses dan hanya mereka yang mempunyai niat yang suci dan tekad yang tinggi akan berjaya melali proses ini…”

“Tarbiyahlah dirimu dengan tarbiyah yang sukar..”

Dalam diam, diri ini bertekad untuk tergolong dalam golongan jubin yang paling kuat dan berkualiti….Aku ingin berprestasi untuk ILAHI!!

19 Mei 2009

Johor Bahru..

Tuesday, December 1, 2009

How to get an A Grade final Exam?


Assalamualaikum,
sedang busy prepare utk exam final, saya dapat satu email dari seorang brader...malu tak terkata...kadangkala kita lupa dalam kesibukan harian kita~Semoga bermanfaat..

By Muhammad Alshareef

You may know someone who is studying for final exams these days. Final exams are always a nice time to focus on the true exam of life.

1. In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back.

2. In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 questions: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by.

3. In school, we stay up at night to cram for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers.

4. In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam.

5. In school, when we get a great mark, we erupt with happiness. So too will the believers erupt in happiness when they get their books in their right hands. Work for it.

6. In school, when we get a bad mark, sadness can be seen on our faces, and we dislike to face others. So too in the hereafter. Protect yourself from that.

7. During a school exam, you cannot ask anyone for help. In the hereafter, you can prepare from now to get assistance from Allah's Messenger, the Quran, and other ways of intercession.

8. In school, when exam time draws near, we banish distractions to focus on what is really important. In Allah's exam, isn't death within 1 heart beat? Banish distractions and focus.

9. In school, until exam results come out, we worry about the result. In Allah's exam, we don't know what our result will be, so we spend our days in hope and worry until the results come out.

What do you think?
Do you have other reflections on exams?

source: Muhammad Alshareef

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin