Posts

Showing posts from January, 2010

TITIAN FITRAH : SUATU PENGENALAN

Image
“Kerana Islam itu adalah fitrah…dan di atas jalan inilah kami meniti” Bagaimana Kami Menulis Saudara-saudaraku yang mulia, Assalamu’alaikum wr. wb. Amma ba’du Alhamdulillah, puji syukur kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, dan selawat dan salam buat penghulu kita, Muhammad S.a.w., keluarga dan para sahabatnya. Telah datang kepada kita umat Islam yang mulia, suatu masa di mana mereka lalai mempelajari keutamaan-keutamaan agama dan akhlak yang mulia dan tuntutan nabi. Telah datang kepada kita umat Islam yang pintar, tetapi melupakan sejarah panjang Rasulullah dan para pewarisnya. Telah datang kepada kita umat Islam yang hanya mewarisi kepercayaan ibubapa tanpa memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim sehingga kita layak ditegur dengan firman Allah s.w.t. ”Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya t

Ibrah Cuti

..kerana inilah mutiara yang saya kutip sepanjang cuti... KEM TAHFIZ   Al-Quran itu mukjizat agung bagi Rasulullah. Kita sebagai manusia yang mengaku umat Muhammad tidak pantas untuk mengetepikan al-Quran dalam kehidupan harian kita. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk membantu sebagai fasilitator adik-adik Tahfiz di SMI Hidayah. Peluang ini memberi tujahan nurani…kita menyemak dan memperbetulkan bacaan orang lain sedangkan kita? Adakah kita mempunyai usaha untuk membumikan al-Quran itu dalam hati kita? Kita kadangkala termakan slogan-slogan palsu yang mengatakan al-Quran itu hanya untuk yg 'Tahfiz' sahaja. Lantas kita tidak mengambil manfaat daripada al-Quran yang telah Allah mudahkan untuk hambaNya. Kerana itu, kebanyakan kita hanya mendekati dan membaca al-Quran apabila tiba saat dan 'moment' penting yang kita sangat memerlukan pertolongan Allah seperti apabila kita akan menghadapi peperiksaan, berlaku kematian orang tersayang, ingin Allah beri petun

Wahai Pemuda!

In Gaza~

Wallpaper Untukmu

Image
[munir] sambil menunggu peserta R2J4 siapkan assignment mereka..ide men'design' terilham~ [munir] feel free to copy~

Seruan Kempen rayuan menampung kos tambahan Convoy Viva Palestina

  Assalamualaikum, Convoy Viva Palestina ke Gaza kini berhadapan dengan masalah pengangkutan kerana halangan dari Mesir. Convoy yang sepatutnya berlepas dari Aqaba, Jordan dan memasuki pelabuhan Mesir (Semenanjung Sinai) melalui pelabuhan Nuweiba, kini terpaksa berpatah balik melalui Syria. Mesir hanya membenarkan convoy memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Oleh kerana pelabuhan ini kecil, convoy terpaksa menggunakan 3 buah ferry di samping terpaksa menggunakan perkhidmatan udara untuk mengangkut sebahagian dari barangan bantuan. Rakyat Malaysia turut menyumbang kepada convoy ini dengan menyerahkan 9 buah ambulan bersama muatan ubat-ubatan (4 ambulan dari VPM, 2 dari nya dari PACE/JIM dan 5 dari inisiatif Tun Mahathir). Perubahan perjalanan telah menambah beban kos kewangan (kira-kira USD500,000 lagi diperlukan) kepada convoy. Atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat maka PACE menyeru agar ahli-ahli JIM dapat menggerakkan kempen menampung kos tambahan convoy