Posts

Showing posts from September, 2010

sembang2 dalam gerabak

Image
Ini laluan dan 'transport' saya setiap hari [ sumber ] Seperti kebiasaan penduduk Ottawa, mereka lebih gemar memilih kenderaan awam untuk ke tempat kerja dan tempat belajar berbanding memandu kereta sendiri.  Pagi itu hujan renyai. Menambahkan kesejukan udara. Ramai yang berbaris menunggu kedatangan O-Train (gambar di atas). Saya perhatikan pada pagi itu agak ramai yang menunggu. Mungkin kerana pada hari lain saya pergi ke universiti tidak seawal hari tersebut. ~*~ Dalam keadaan yang sesak dalam kereta api tersebut, saya terdengar perbualan dua orang tempatan (bukan curi2 dengar. Mereka yang bercakap kuat). Salah seorang mengeluh kerana setiap hari terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta api. Dia mencadangkan agar ditambah beberpa buah gerabak lagi untuk kemudahan masyarakat setempat... Tiba-tiba ada seseorang mencelah....'Perkara ini dah lama, tapi mayor sekarang tak buat apa-apa pun. Pilihan raya nanti, pilihlah __________ (menyebut nama saingan mayor sekarang)'

ISK @ SJ

Image
Assalamu’alaikum wbt. Insya Allah satu Program ISK: “ Ini Sejarah Kita”  akan diadakan pada 2-3 Oktober 2010  pada jam 9am – 2pm hari Sabtu hingga Ahad  bertempat di WAMY Center, Serdang Selangor Darul Ehsan. Jangan lepaskan program yang sangat menarik ini. Rugi tak ikut! Sila berhubung dengan  saudara Fazrin Azwa a.k.a REX  (013 – 4483366)  selewat-lewatnya 30hb september 2010 Sumber: IKRAM Subang Jaya

kerana mereka juga manusia

Image
Kadangkala kau mengharapkan suatu yang luar biasa daripada individu tertentu. Namun seringkali harapan tidak tercapai. Lalu kau kecewa dan hampa. Nasihat aku, jangan terus berharap selagi kau tidak memberi suatu yang luar biasa. Kerana jangan kau lupa bahawa mereka juga manusia seperti kau. Ada kelebihan dan kekurangan.  Hanya mampu terus berusaha dan berdoa.

kerana burung itu

Image
Sedang menunggu bas di sebuah perhentian di Heron, aku mengambil kesempatan memerhati alam sekeliling memandangkan inilah kali pertama aku menjejak kaki di kawasan tersebut. Cuaca ketika itu agak sejuk. Aku mendongak ke langit melihat awan yang putih bersih. Tiba-tiba beberapa ekor burung putih terbang melintas. Sungguh indah ciptaan Allah itu. Namun, apa yang menarik perhatianku ialah pada sifat burung tersebut. Aku teringat mengenai satu syair dalam buku Raqaiq (Pelembut Hati) oleh Abu Ammar yang mempunyai kaitan dengan burung yang terbang tinggi dengan iman. Syair tersebut mengatakan bahawa burung yang terbang rendah berhadapan dengan risiko yang lebih besar untuk ditimpa kemalangan atau bahaya seperti dilanggar kennderaan dan sebagainya. Manakala burunng yang terbang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dilanggar. Kemudian penulis syair tersebut mengaitkan pula dengan iman. Begitulah iman kita. Jika hendak selamat, usahakanlah agar iman kita terus terbang tinggi dan

Aqsa2Gaza

Image
Adakah anda mengetahui bahawa sekarang ini ada satu peristiwa dan usaha menyejarah sedang dilakukan oleh manusia-manusia prohatin terhadap al-Aqsa dan Palestin? Jangan biarkan diri anda berada di bawah tepurung pisah daripada dunia perjuangan. Ikuti perkembangan konvoi darat Viva Palestin 5 dalam perjuangan menerobos sekatan Zionis di Palstin. Konvoi darat ke Palestin ini adalah yang terbesar sepanjang sejarah konvoi ke Palestin. Ikuti perkembangan mereka di: Aqsa2Gaza Aqsa2Gaza @ Youtube Aqsa2Gaza @ Twitter Gambar konvoi Rakaman audio Viva Palestina Malaysia dan banyak lagi...boleh 'google' Mereka telah berbuat...Kita pula?

Joy

Image
Kanak-kanak bermain di 'Eid Festival' di Carleton University 'Assalamualaikum, can I have one pizza please,' minta saya kepada penjual pizza di gerai Yaseen Pizza. 'Jazakallah khair,' ucapku setelah membayar dua dollar dan diberi sepotong pizza. Saya kembali berkumpul bersama kawan-kawan di bawah sebatang pokok yang rendang. Alhamdulillah cuaca hari itu cukup indah seolah-olah turut bersama merayakan hari kegembiraan itu. Subhanallah. ~*~ Selesai makan, saya menuju ke 'fieldhouse' untuk meninjau sambutan raya yang diadakan di dalam dewan tersebut. Kelihatan separuh dewan dipenuhi gerai-gerai yang menjual produk muslim. Separuh lagi dewan dipenuhi dengan permainan kanak-kanak. Ramai juga orang yang hadir. Kenapa gambar di atas saya pilih... Kerana apa yang menarik perhatian saya ialah kegembiraan yang terpancar di wajah khalifah-khalifah kecil itu. Seolah menarik perasaan saya untuk turut gembira. Namun, tidak terkata kegembiraan yang bagaimana. Adaka

Menyingkap Tirai Badar

Image
Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar.Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk. ’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah : 2). Al-Qu

Sejenak Tentang Eid Mubarak

Image
Sumber Asal: link Diterjemah oleh: Ustaz Suhaimi, IKRAM Pontian, Johor [ blog ] Oleh: al-Fadil Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian makhluk..nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan orang yang menyampai dakwah sehingga hari Kiamat. Inilah Eidul Fitri yang dipenuhi iman kini datang menemui kita, melalui jiwa kita dan menyentuh dada kita dan menolong kita untuk taat kepada Tuhan kita. Pada hari raya jelas terbayang tanda kegembiraan dan kebahagiaan, bercampur perasaan kemanusiaan yang tulin dan baik di dalam jiwa manusia hasil daripada nilai-nilai kesucian, kasih sayang dan persaudaraan. Di antara tanda yang baik Umat Islam semuanya keluar pada hari raya, baik lelaki dan perempuan, tua dan muda menuju kepada upacara yang gemilang di tempat solat hari raya. Di sinilah bergema takbir dan tahlil. Kita mulakan hari ini dengan solat, kemudian mendengar khutbah raya dengan penuh khusyuk dan tundu

EID @ Ottawa

Image
Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahil Hamd. 10 Sept - Umat Islam di Canada menyambut Eidul Fitri dengan penuh jiwa kemenangan. Seawal 7.00 pagi, umat Islam mula memenuhi Ottawa Civic Centre untuk melaksanakan ibadah solat sunat Eidul Fitri. Mereka yang datang dari seluruh Ottawa hadir dengan pakaian terbaik mereka dan dengan wajah yang ceria. Anak-anak kecil digendong dan yang kurang upaya dipapah. Acara yang penuh barakah ini dianjurkan oleh MAC (Muslim Association of Canada) dan OMA (Ottawa Muslim Association). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada imam-imam masjid dan pembesar tempatan. Masing-masing mengucapkan salam dan perasaan gembira dengan hari yang penuh barakah tersebut. Seterusnya pengerusi majlis membacakan beberapa pengumuman antaranya mengkhabarkan 'Eid Festival' yang akan diadakan pada keesokan hari di Carleton University. Seterusnya hadirin bertakbir memuji tuhan sekalian Alam...Allahu Akbar. Majlis diteruskan dengan solat sunat Eidul Fitri dan

Sebuah permulaan

Image
Canada. Bumi yang suatu ketika dahulu tidak pernah menjangka kaki ini akan menapak. Apatah lagi, membayangkan diri ini akan bertapak bertahun-tahun. Namun, aturan Allah itu maha bijak. Penuh dengan hikmah yang tidak diketahui manusia. Alhamdulillah, baru sejenak berada di bahagian hemisfera atas bumi ini mengingatkan diri kepada ayat Allah yang menjanjikan kebaikan kepada mereka yang menjelajah bumi memerhatikan kuasa dan tanda penciptaanNya. Apakah kita tidak memikirkannya? Antara tanggungjawab Ribuan kilometer telah ditempuhi meninggalkan tanah air dan insan-insan yang dekat di hati. Maka apakah hanya cukup kita bergelar pelajar dengan duit dan masa yang kita dan mereka curahkan? Ribuan kilometer ditempuhi..apakah tidak rugi jika kita hanya bermatlamatkan mendapatkan segulung ijazah yang diikutkan tidak perlu merantau sejauh ini untuk mendapatkannya? Lalu tiba saat kita merefleksi dan muhasabah kembali tujuan dan matlamat kita memilih untuk berada di sini. Maka apakah nia