Saturday, November 27, 2010

seputih salji

Penat menatap buku, sejenak pandang ke luar jendela..
SubahanAllah, awan seputih salji bergerak tanpa motor dan gear...
berlatarbelakangkan hamparan biru tanpa penghujung...

Dan di tempat saya berada - di celah himpunan ribuan buku,
Tidak ada satu pun yang boleh menerangkan pergerakan awan tanpa tiang..

O Allah , separate me from my sins as You have separated the East from the West. O Allah, cleanse me of my transgressions as the white garment is cleansed of stains . O Allah , wash away my sins with ice and water and frost.
(Al-Bukhari 1/181, Muslim 1/419)


MacOdrum Library 
27 Nov 2010 | 1454

Friday, November 26, 2010

Mengetuk Dasar Qolbu

[morningdust@devian]

Saakinah fi shomtihaa, abyanu mimman yanťuqu.
Wa in wanat waqfatuhaa : a’jalahal munťolaq
Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas daripada orang yang berbicara.
Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak.

Itulah gambaran yang dikemukakan oleh seorang penyair Tunis, Ahmad Mokhtar al-Wazi, tentang jiwa yang bersih. Gambaran yang beliau kemukakan tentang jiwa yang beriman itu lebih jelas dari apa yang telah digambarkan oleh orang lain. Terdapat dua perkara penting yang disebutkan dalam syair tersebut. Pertama : ialah ciri-ciri orang beriman, iaitu selalu berfikir, pendiam, merenung dengan tenang, tidak banyak berbicara (sia-sia), menjauhi gurauan, akan tetapi diliputi oleh wibawa yang berpengaruh dan keindahan yang benar-benar menyentuh hati.

Perkara kedua ialah diam atau istirehat yang dimaksudkan bukan bererti malas, lalai dan santai. Tetapi hanya datang sebentar, kemudian hilang disebabkan dorongan yang kuat untuk beramal. Begitulah seharusnya jiwa seorang muslim, sentiasa serius dan tidak banyak ketawa dan bergurau. Tidak dinafikan bahawa perkara itu dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, akan tetapi ia hanya pada waktu dan kondisi tertentu dan tidak berlebihan. Gurauan dan canda ini boleh diibaratkan seperti garam dalam masakan. Seandainya terlebih atau terkurang, rosaklah masakan tersebut.

Jika gurauan atau canda itu mampu mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ilallah) ia adalah baik tetapi apa yang membimbangkan ialah seandainya saat kita bergurau, hilang penumpuan kita dalam mengingati Allah, anasir-anasir syaitan akan menjadi dominan dalam diri kita kerana kita telah membuka salah satu pintu masuk syaitan ke dalam diri.

Saudaraku,

Selamilah ke dalam lautan hatimu walau sekeruh manapun kamu merasakannya, kerana di situ pasti kamu temui mutiara-mutiara fitrah. Kumpulkanlah ia dan jadikan ia perhiasan buat dirimu untuk dipakai ke mana sahaja kamu berada.

Allah telah menetapkan Islam sebagai agamamu dan setiap daripada kita juga telah berjanji saat lahir ke dunia ini dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Kita juga telah berjanji lima kali sehari dengan penyaksian tersebut dalam solat yang kita tunaikan . Adakah kita mahu mengingkari janji yang telah kita kotakan. Ketahuilah bahawa antara ciri-ciri orang munafiq ialah tidak menepati janji.

Begitu indah sekiranya kita bersama-sama mengekspresikan sifat-sifat seorang muslim dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

“Seandainya kau mampu masuk ke dalam mimpiku,
nescaya engkau melihat keindahan terserlah..” 
(Manusia Untuk Sebuah Cita)

Namun Begitu, ia mustahil untuk dilaksanakan kerana kamu tidak berusaha untuk memasukinya dengan segala kekuatan yang kamu punyai.

Sahabat-sahabat yang yakin bahawa dengan Islam sahaja, kejayaan dapat dicapai,

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila kita hanya beranggapan bahawa Islam hanyalah ketika ceramah, solat, khutbah serta ibadah khusus yang lain. Adakah kita hendak tergolong dalam golongan mereka yang dikatakan dalam al-Quran mereka yang hanya mengambil sebahagian daripada al-Quran sementara sebahagian yang lain diingkari. Kita banyak berkata-kata tentang permasalahan umat dan kebangkitan Islam, namun tidak satu pun tindakan yang kita lakukan terhadapnya. Islam tidak akan tertegak dengan kata-kata. Kita punya ramai pendakwah tetapi berapa ramai yang bertindak dengan apa yang didakwahnya.

Sedarlah bahwa umur kita sekarang menentukan apa yang akan kita peroleh pada masa akan datang. Hiasilah diri dengan akhlak-akhlak Islamiyah. Yakinlah bahawa protokol (tatatertib, tatasusila) dalam hidup kita sebenarnya merupakan adab-adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah melalui sunnahnya.

Bicaralah dengan bicara seorang muslim kerana percakapan kita mampu menjadi indikator kejernihan hati. Sebuah bekas itu hanya akan menumpahkan apa yang telah dimasukkan ke dalamnya. Mustahil bekas tersebut menumpahkan apa yang tidak dimasukkan ke dalamnya. Begitulah hati kita. Seandainya bersih hati, apa yang akan diucapkan oleh kita tentu perkara yang baik dan seandainya kotor hati kita, perkataan kotorlah yang akan terkeluar daripada bibir.

Dengan perasaan cinta dan penuh hormat, saya mengajak kita semua tidak mengira umur, pangkat dan kedudukan mengetuk pintu qolbu (hati). Biarlah tuan rumah yang menguasai diri, jangan biarkan tetamu hati yang menguasainya. Hatilah yang akan menentukan kedudukan kita disisiNya. Kitalah yang akan menjadi pilar kebangkitan umat. Kitalah rahsia kekuatan umat. Kitalah pimpinan masa depan. Marilah kita kembali kepada fitrah kita : ISLAM.

“Oleh kerana itu, sejak dahulu hingga sekarang, pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya” 
(Hassan al-Banna)



Salam hormat dan cinta,
Qalam Qolbu
Mei 2007 | Johor Bahru
Revised: November 2010 | Ottawa

Monday, November 15, 2010

Happy Eid & Congrats

O my Lord! Grant me (Abraham) a righteous (son)!? So We gave him the good news of a boy ready to suffer and forbear. ?Then, when the the son reached the age to work with him, he said: ?O my son I see in a vision that I offer you in sacrifice: Now say what is your view!? (The son) said: ?O My father! Do as you are commanded: You will find me if God so wills, one practising patience and constancy!? So when they had both submitted their wills (to God), and he had made him prostrate on his face (for sacrifice), We called out to him: ?O Abraham! You have already fulfilled the vision!? Thus indeed do we reward those who do right. ?For this was obviously a trial and We ransomed him with a momentous sacrifice: and We left (this blessing) for him among generations (to come) in later times: 
(37:100-109).


MABRUK!! to my lil' sister. Belajar rajin2 dekat SRI Hidayah nanti...
[munir] itu logo IMAN ELC baru bagi mereka yang belum tahu.


Thursday, November 11, 2010

Hero 1

Rakyat negara itu lesu dan lemah. Tercabut rasa keberanian dari jiwa mereka apabila diseru untuk keluar berperang. Jika dalam sepuluh pemuda, hanya satu yang sanggup berperang bersama tentera. Itupun belum pasti. Ada juga yang rakyat mereka dikirim secara paksa untuk menjajah negara lain. Diperah dan rakyat berputus asa. Semuanya kerana dipaksa melakukannya dan imbalannya belum tentu diperoleh dengan segera atas pengorbanan dalam keterpaksaan mereka. Tiada belas kasihan antara penguasa dan rakyat. Jika ada penghargaan sekalipun, sama ada atas dasar politik ataupun kerana menjaga hubugan. Mereka yang terkorban, dikenang-kenang dengan sambutan-sambutan yang diadakan puluhan tahun selepas itu dan mereka digelar 'hero' masyarakat.

Cinta itu telah dipaksa. Cinta itu telah lenyap.

<-->

Kedatangan Islam di kota Mekkah itu dilihat asing. Akan tetapi itulah saat cinta mekar kembali dalam jiwa manusia setelah sekian lama menghilang. Cinta itu wujud dalam diri 'hero' ini.

Suatu hari, setelah Abu Bakar menyatakan keIslamannya, ia pernah diseksa oleh masyarakat Quraisy. Dipukul dan dilempar dengan terompah. Nama pelempar tersebut, Utbah bin Rabi'ah. Akibat seksaan tersebut, wajah Abu Bakar bengkak dan berdarah. Setelah beliau terjatuh atas tanah, Utbah tidak berhenti di situ. Terus perut Abu Bakar dipijak-pijak sehingga pengsan dan wajahnya tidak dapat dibezakan lagi dengan hidungnya. Kaum Banu Tamim mengangkat beliau dan membawanya masuk ke dalam rumahnya. Mera yakin bahawa Abu Bakar pasti binasa.

Ketika Abu Bakar mula sedar, cuba teka apakah ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau?

"Bagaimanakah keadaan Rasulullah?" Kaumnya terkejut kerana ia langsung tidak memikirkan keadaan dirinya yang baru lepas diseksa. Lalu mereka mengammbil keputusan untuk bertemu ibu Abu Bakar dan menyarankan, "Sebaiknya kamu berikan ia sedikit makanan dan minuman."

Ketika keluarga Abu Bakar memberinya makanan dan minuman, Abu Bakar tidak menjamahnya. Beliau bertanyakan keadaan Rasulullah. Keluarganya menjawab bahawa Rasulullah sihat walafiat dan baginda berada di rumah Arqam bin Arqam. Namun, jawapan itu tidak memuaskan hati beliau. Sebuah kenyataan yang cukup 'heroic' keluar dari mulut beliau, " Demi Allah, aku tak akan makan ataupun minum sebelum bertemu dengan Rasulullah."

Betapa heroic kisah ini. Sebuah tubuh yang baru sahaja dibantai terus menanyakan keadaan orang lain. Apakah dia tidak memikirkan dirinya sendiri? Ini kisah realiti bukan fantasi. Jauh lebih benar dari cerita dan filem superhero yang mengorbankan diri untuk menyelamatkan orang lain. 

Dan ini baru satu kisah dari kisah-kisah heroic yang mewarnai sejarah manusia. Ini kisah benar.

[munir...1] masyarakat sini menyambut hari peringatan mengenang mereka yang berkhidmat dan terkorban dalam memberi khidmat kepada negara. Mereka memakai bunga poppy plastik berwarna merah sebagai simbolik. 

[munir...2] Kita? Kisah yang kita ada jauh lebih heroic. Adakah kita menghargai mereka yang mengorbankan nyawa agar Islam dapat kita nikmati dan hayati? Adakah kita mengenali mereka? 

Pass the stories, by words and actions.

Monday, November 1, 2010

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin