Posts

Showing posts from January, 2011

munazhom fi syu'unihi

Image
[perhatikan tulisan di tengah gambar] Masih ingat ruangan petak itu.  Jauh di sudut ruangan, tersandar sebuah papan putih.  Di salah satu bucu papan putih itu ditulis: Jaga muwasofat tarbiyah kita ~ Ada sepuluh. Dan salah satu sifat tersebut ialah tersusun dalam urusan. Ini hadiah untuk anda: download [ Calendar AQII ] atau jika ingin menderma: [ planner AQSA ] Semoga urusan kita lebih tersusun.  Ameen.

meaning of arts

Image
Alhamamdulillah, semalam sempat mengikuti kelas ' The Divine Code-Unveiling The Secrets of Sacred Arts'  yang dibuat oleh Cordova Academy  (CA) yang berpusat di Ottawa. Kelas diadakan di University of Ottawa. Teringin untuk mendalami Islamic Arts~ ~^~ Tengahari. Ada 'team discussion' di OttawaU. Minta izin untuk keluar awal untuk ke kelas tersebut (yang telah book seminggu awal). Solat Asar di multifaith room. Selepas itu terus ke mont petit untuk pendaftaran. Bayar yuran (special price), terus masuk ke kelas. ~^~ Kelas ini dikendalikan oleh Imam Jebara (Pengetua CA). 29 tahun. Membesar di Ottawa. Hafiz. Ketika sekolah menengah, setiap hari ahad akan ke montreal untuk belajar. Ada ijazat. Kepakaran beliau: classical arabic. ~^~ Banyak nak dikongsi...tak tertulis~Some points... Ciri2 islamic arts - mendekatkan orang yang melihat kepada Allah. - Sumber inspirasi: al-Quran dan as-Sunnah. Sebab itu kalau kita pergi mana2, ada kesamaan dari hasil seni yang dihasilkan ole

sementara

sementara menunggu 'post' mendatang. tiga kata: Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Moga kebaikan itu terus mengalir. Agak susah ye untuk kita istiqomah. Itu yang kita perlukan teman-teman yang mengingatkan  diri yang sememangnya lemah. Dan jangan lupa Dia ada.

mimpi

Pagi. Sedang membaca ' feed2 ' blogs di google reader , membaca satu 'update' di blog R2J3  yang sudah lama tiada 'update'. Tajuk: Jejak Mimpi oleh Kak Rusyda. Ya, teringat dan masih mengingati ketika masing-masing menulis mimpi-mimpi yang ingin dicapai dan menyatakannya pada sahabat-sahabat. Dikongsikan sebuah video..untuk terus meraih prestasi~ Mungkin ada yang dah dicapai dan mungkin ada yang belum. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berhenti bermimpi. Lah, orang kata "jangan terus bermimpi"....tapi bagaimana sebuah idea besar itu bermula tanpa mimpi? dan mimpi yang kita maksudkan bukan seperti definisi yang mereka berikan. Tetapi definisi yang kita sendiri berikan. Lalu, apa mimpi kita? 'mimpi semalam adalah kenyataan hari ini, mimpi hari ini adalah kenyataan esok' (IHAB) (tema konvensyen siswa Ikram zon tengah dan Selatan 2010) InsyaAllah kan jadi kenyataan. bismillah, jalan. Jangan takut bermimpi~ Dan bila mimpi itu tercapai...bert

Hero 2

Para sahabat diseksa kerana beriman kepada risalah Islam. Rela badan disalai, dibakar, dipukul, dihujam dan dihentak kerana mempertahankan keyakinan yang ada dalam diri mereka. Ketika Bilal disidai di bawah terik matahari, badan beliau menjadi alas sebuah batu besar yang menghempit dada. Lantas dipaksa mengucapkan kata kufur. Keyakinan beliau tidak merelakannya menggadaikan syurga yang beliau telah lihat jauh disebalik kesakitan seksaan. Kata 'ahad...ahad..ahad..' terucap dari hati. Allah telah menaikkan darjat beliau sebagai hamba abdi di mata manusia menjadi manusia mulia. Semua ini kerana apa? Kerana beliau telah menyaksikan kebenaran, dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk menunaikan hak penyaksian beliau. ~()~ ' Short Film ' yang dibuat oleh Murad Amayreh ini sangat menyentuh dan menyentak. Penuh dengan analogi mengenai kita. Satu introspeksi terhadapa peranan kita sebagai muslim. Dengan menggunakan senario harian seorang kanak-kanak, beliau berjaya '

syita'a is winter

Image
Alhamdulillah, semester musim sejuk bermula. Homework  dan  assignment  akan kembali mencari ruang. Tekun. Usaha. Raih prestasi. Mereka kata, kita harus berbeza. Angka-angka yang hendak dicapai mungkin sama, tapi proses dan usaha itu yang dikira. Ilmu yang kita cari, bukan gred. Apa erti gred melambung tinggi....jika kembali kosong. Hak kepada guru (e.g  prof. ) perlu diberi, apa erti menuntut tanpa keberkatan. Selamat menempuh semester baru. [munir] tak lupa kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki/kembali ke alam persekolahan :-) adik2 di Hidayah [ link ]

tinggi

Image
[CN Tower, Toronto 2010] Seluruh tenaga dikerahkan. Keringat peluh tercurahkan untuk membina bangunan setinggi langit. Jika boleh mencakar langit tinggi..terus diusahakan. Dan akhirnya, bangunan itu terbina. Megah di mata para pelancong dan menjadi kebanggan semua. Gambar-gambar terpampang. Setelah itu, mereka mendapat bayaran yang setimpal. Lalu arkitek dan kontraktor pun rehat kepenatan. Kesudahannya mereka, tiada siapa tahu. Bayangkanlah pula jika si arkitek dan kontraktor itu membina bangunan Islam. Peluh yang tercurahkan akan menjadi wangian. Darah hasil luka-luka membina akan menjadi haruman.   Dengan rahmatNya, kesudahannya, tentu mereka akan rehat di syurga yang abadi. Lalu mereka berkata  "aku ingin mati berkali-kali" [munir] CN Tower siap dibina pada 1976