Posts

Showing posts from March, 2011

dia bersama quran

Image
"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?" ~~~ Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira.  ~*~ Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding ( bayi pun boleh bersandar ). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil.. erm..taknak kacau ..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara. Petang itu, setelah selesai group discussion , saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerh

Libya @ Ottawa

Image
Event: Freedom for Libya Date: 19 March 2011 Location: Parliament Hill, Ottawa The Crowd Sheikh Ismail (Imam of Masjid Darussunnah) giving a speech Libyan children chanting... " I want a free Libya " May He gives victory to the people in Libya. Aameen. 

canal itu

Image
Setiap kali musim sejuk, Rideau Canal akan jadi tumpuan penduduk sini. Skating rink terpanjang dunia ini (7.8 km) menjadi tempat bermain ribuan manusia ketika permukaan canal ini beku. Kali pertama melihat canal ini, disangka beku keseluruhannya. Bila terjatuh, sakit. Rupa-rupanya bila diperhatikan, masih ada air yang mengalir di bawahnya. Bila permukaan menjadi tidak rata, air akan dipam keluar sikit demi sedikit. Lalu diratakan. ~^~ Peribadi dia memang agak keras berbanding dengan yang lain. Persepsi pertama apabila bertemu dia, disangka orang yang keras. Melihat cara dia bergaul, memang keras. Tapi, ternyata saya tersilap dan bersalah kerana membuat sangkaan awal. Apabila mula mengenali dia, jiwanya lembut dan hatinya mudah tersentuh. ~^~ Seperti Rideau Canal, air lembut sentiasa ada di bawah permukaan ais yang keras. Bila masanya, air di bawah akan dikeluarkan. Siapa sangka. [munir] Rideau Canal officially closed for the season.

q rasa q tahu

Ada seorang sahabat hadiahkan CD nasyid Riham. Semoga bermanfaat~ Klip- Riham Nasyid - Q rasa Q tahu Esok ku terbangun Ucapkan Syukur Alhamdulillah   Ku tatap dunia ini   dengan penuh rasa takjub   Dan ku termenung   Ingatkanku pada Diri-Nya   Terlintas didalam benakku   Buat apa kita hidup didunia   Aduh aku bingung   Bingung- bingung memikirkannya   Aku terus berfikir   Buat apa kita hidup didunia   Kurasa ku tau   Buat apa kita hidup di dunia   Ternyata hidupku ini   Tuk beribadah kepadaNya   Eh eh satu lagi kawan   Buat apa kita hidup di dunia   Ternyata hidupku ini tuk menjaga indahnya alam ini Tuk menjaga indahnya alam ini [2:30] [51:56] 

wanagama

Image
"Semua bersiap siaga! Kita akan mulai outbond kita sebentar lagi," kata salah seorang panitia. Kami terus mempersiapkan diri dengan peralatan-perlatan yang perlu. Pakaian ditukar kepada yang lebih sesuai untuk aktiviti lasak. Sedia untuk meneroka dunia luar kota di bumi baru. ~^~ Keistimewaan hutan Wanagama yang terletak di Yogyakarta ( Joga istimewa untuk Indonesia ) itu menarik perhatian saya. Kenyamanan udara, kesegaran nafas, kebersihan dan keindahan alam semula jadi menjadi bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Sambil menikmati itu, saya mengambil peluang merenung penciptaan-penciptaan yang mengesani iman. Istilah mereka disebut tafakkur alam . Aktiviti outbond terus bermula (rujuk video di atas)~best! ~^~ Sekarang di wilayah maple ini, peluang untuk tafakkur alam itu selalu saja datang. Hanya hati-hati yang keras akan mampu menolaknya. Memang benar, tanda-tanda kekuasaan Allah itu tak dapat dinafikan dan ianya menjadi peluang untuk menambah iman. Teringat petikan

surat ke langit

Image
[mungkin ini generasi awal skype] Zaman terus berubah. Teknologi perhubungan manusia bertambah canggih. Video conferencing, chat, email, video message, MMS, SMS, Skype, Paltalk, tinychat, YM dan sebagainya menjadi alat kebiasaan utnuk berhubung. Yang jauh dapat didekatkan, yang berpisah dapat ditemukan. Namun ada satu teknologi sepanjang zaman yang lebih hebat. Tiada gelombang yang dapat mengganggu data yang dihantar jika tidak diizinkanNya. Lafaz yang keluar dari mulut, terus melaju menerbang ke langit. Bahkan, baru terdetik di hati, surat itu melangit tinggi. Kadang-kadang memaksa keluar. Walau tiada gelombang suara dikeluarkan, Dia dapat mendengar. Alangkah indah jika  kita dapat berbuat demikian...saat merayu rindu, tiada limit masa untuk berkomunikasi. Semuanya percuma. Agar setiap saat kita bersama Allah. Sudahkah kita berdoa hari ini? Saya mencadangkan buku ini untuk dibaca. Tak seperti buku doa biasa~best!