Posts

Showing posts from November, 2011

gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`` Kami Tak Mampu Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan, keretapi dah mula berjalan, sempat dikejar lagi kerana masih perlahan. Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu: “kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…” Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu! Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha, sekurang-kurangnya kurasa berpada juga. Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja, tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata… Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa. Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa, tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga ! Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata: “Duhai sahabat, bagilah kami masa…” Terangkan maksudmu masa yang macam mana, sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya) bilamana kefahamanmu

bawah jambatan

Image
[ sumber ] Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius. Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza. Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O. Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr.. Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama. Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani). Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan. Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Ya, anjing bersama tuan berjogging bersama

Ihtifal itu hari best

Image
Teringat dulu-dulu pergi ihtifal SRI Hidayah. Tengok adik-adik comel membuat persembahan. Tahun ini...tahniah, mabruk kepada Tasnim. Dapat hadiah akademik cemerlang dan hafazan terbaik... Dan juga berjaya nenjadi burung yang terbang tinggi melangit. Juga kepada adik-adik SRI Hidayah yang lain. Antum semua cemerlang sebab murobbi2 cemerlang.