Tuesday, December 13, 2011

cahaya

Sekarang musim peperiksaan. Lihat kiri, tengok kanan..semua tengah study.
Kadang-kadang rasa kering~

Alhamdulillah, Allah kurniakan teman-teman membasahkan hati.

~*~

Pesan mereka....

Hati kita, tanpa iman...buta...seperti mata tak dapat melihat tanpa cahaya.
akan meraba2 dalam terang cahaya matahari...
yang buta di dunia, pada hari akhirat juga akan buta.

Kita akan lemas...seperti kita sedang memandu dalam gelap gelita.
Tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Lemas.
Hati kita juga begitu. Akan resah dan gelisah jika cahaya itu tiada.
Bila solat, rasa kering. Bila baca quran, tak merasa.
Bila melihat bencana alam, tak terkesan. Tanda hati berdosa.

Bila masuk cahaya dalam hati, akan terang dan terbuka.

Friday, December 9, 2011

nota harmoni

Awal tahun ini, ketika rehlah bersama keluarga besar di Kanada, saya diminta untuk memberi tazkirah. Ketika itu musim bunga. Ini merupakan rehlah pertama sejak menjejak kaki di negeri ini.


Sambil duduk di tepi air terjun Webster yang dingin, kami berkumpul, merenung jauh ke dalam diri.

Webster's Fall, Hamilton [gambar lagi] ini bukan gambar google :-)

Saya kongsikan, catatan tazkirah tersebut.

~*~
Thabrani dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Ibnu Abbas, katanya, "Orang-orang Quraisy datang menemui orang-orang Yahudi, tanya mereka, 'Bukti-bukti apakah yang dibawa oleh Musa kepada tuan-tuan?' Jawab mereka, 'Tongkatnya dan tangannya yang putih bagi mata yang memandang.' Kemudian mereka datangi lagi orang-orang Nasrani, lalu menanyakan, 'Apa mukjizat Isa?' Jawab mereka, 'Menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya, orang yang berpenyakit kusta bahkan menghidupkan orang yang telah mati.' Setelah itu mereka menjumpai Nabi saw., kata mereka, 'Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Shafa ini dijadikannya sebagai bukit emas.' Maka Nabi pun memohon kepada Tuhannya, lalu diturunkan-Nyalah ayat, 'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi...' (Q.S. Ali Imran 190). Maka hendaklah mereka merenungkannya!"

Al-Quran 2:190-194

  • Seluruh alam ini adalah ‘kitab terbuka’ yang dalamnya mengandungi tanda-tanda dan bukti keyakinan (‘aqidah)
  • Alam ini menjadi tanda bahawa di sebalik alam syahadah ini, ada alam lain di mana penanggungjawaban dan ganjaran akan diputuskan. (4 musim, mati tumbuh tumbuhan)
  • Hanya mereka yang faham akan dapat melihat dan menghargai, iaitu mereka yang melalui kehidupan tanpa mata dan minda yang tertutup.
  • Ingat Allah ketika duduk, bangun etc…setiap masa ada saat yang boleh ingatkan kita kepada Allah
  • Alam menjadi tanda kewujudan Sang Pencipta, Allah. Aturan ekosistem yang indah mengajar kita bahawa kita perlu bergerak sekali dengan alam
            o Alam tidak melanggar sistem Allah. Alam semua ikut aturan. Tetapi adakah kita? Kita yang ganjil sebenarnya, majoriti ikut sistem Allah..
  • Tengok air dan batu-beza sifat-tapi bergerak bersama membemtuk suasana harmoni, tenang. Latar belakang kita mungkin berbeza. Potensi kita pasti berbeza. Perlu ada sesuatu yang menyatukannya.
  • Bumi ini, Allah akan wariskan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apa sumbangan yang telah kita berikan?
                o Bukan tanah yang menjadi persoalan, tetapi manusia yang menghuni.
                o Yatsrib takkan jadi Madinah Munwarrah tanpa muhajirin dan ansar yang menghuni.
                o Tapi bumi yang kita pijak, bukan kebetulan Allah wujudkan di situ. Ada tanggungjawab yang
                   perlu dimainkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin