Tuesday, January 24, 2012

selalu lupa


Malam itu sungguh letih. Baru selesai dikerah tiga hari dua malam.

Mendaki dua  bukit tanpa pemandu. Hanya berpandukan kompas dan peta topografi yang
berusia puluhan tahun dahulu ditambah tersesat lapan jam kerana mendapat arahan
yang salah, berperang dengan nyamuk, kayak di'tibai' ombak, konflik
dengan ahli kumpulan...dan macam-macam lagi. Memang penat dalam kegembiraan.

Murabbi ketika itu berpesan, "Selalu kita lupa setelah dapat nikmat.
Bila kita lapar, Allah bagi makanan. Mula2 kita ingat Allah . Kita baca
bismillah. Bila dah kenyang, kita lupa ucap alhamdulillah..."

Ya..setelah melalui hari-hari yang menguji fizikal, mental dan ukhuwwah
(cara mengenal sahabat ialah dengan berjalan..tidur...bersamanya), malam
itu kami disaji dengan kerehatan yang merehatkan. Kalau sebelum ini berada di
hutan berjalan-jalan, malam itu tiada aktiviti berat....

Dan malam pun berlabuh. Menunggu hari esoknya.

~*~

Dan pagi itu kami direndam dalam air sungai yang serius sejuk. Kerana apa?
Kerana tidak bangun qiam. Khemah digegar...sedar-sedar, dah masuk subuh.
Tengok kiri, tengok kanan, semua tak bangun T_T. Dikerah untuk berlari pusing
padang beberapa kali sebelum dibasahkan.

"Anda selalu sebut pasal perjuangan, rasulullah, sahabat...perjuangan palestin,
al-qassam...hasan al-banna, da'wah, tarbiyah....tapi tak bangun qiam!..orang
macam anda ke yang nak dikatakan berjuang untuk islam...!"

semua tertunduk malu .  .  .  .

[munir] jom bermukhayyam di Banff, Jasper, Algonquin Park, Gatineu Park. :-)

Thursday, January 5, 2012

negeri hujan


masih ingatkah cuti winter kita yang hangat?

berpagi-pagi dengan menghayati ayat-ayat suci quran.

berjalan-jalan di Granville island. Lunch dengan fish and chip, burger tiram.
Berlayar atas air dengan aquabus meninggalkan ikan-ikan salmon terbaring di atas
ais membeku.

berpergian dengan Seabus ke North Vancouver, mengunyah ekor memerang bersalut coklat.

menaiki West Coast Express dihiasi dengan banjaran gunung-gunung memutih di kiri.

berkumpul di tingkat tinggi, berlatar belakang panorama indah - lautan luas
ber'wallpaper gunung2 terpasak di bumi. Menghayati semula sejarah silam kita yang
penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Bukan untuk diketahui, tapi untuk difahami.

demi masa di gastown dengan jam berwap. Bila tiba masanya-bebola besi mengubah keseimbangan-maka akan berbunyi.
mengingatkan manusia-manusia yang sibuk dengan urusan harian.

berlari2 dan berdapakap ukhuwwah di Wreck Beach. Ditemani ombak2 kecil.

menghirup udara malam di taman 1001 ekar, Stanley park.

dan akhirnya, kembali ke temapt masing-masing.

Ya, kita ada cita yang besar. Merealisasikan tujuan hidup kita yang BESAR.
Kerana CINTA kepada ALLAH, kita berusaha.

Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya.
Bukankah ukhuwah itu juga nikmat yang besar?

3:103

munir,
lapangan terbang vancy,
1300
5/1/11

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin