Friday, June 21, 2013

jatuh

Jatuh tersungkur itu bukan akhirnya,
                ‘Jatuh’ itu wujud kerana ada ‘bangkit’
Aku hulurkan tangan menyambut,
                membersihkan luka menyeka air mata.
Sambut tanganku, kita ubah dunia bersama.

Aku tak mampu seorang diri.

keliru

Perhatikan orang di sekelilingmu.
Tutup matamu, tumpukan perhatianmu.
Cuba dengarkan jeritan batin mereka,
                Tidak dengar? Cuba lagi.

Masih tidak dengar?
Bersihkan fikiran dan hatimu dan cuba sekali lagi.

“Selamatkan aku! Selamatkan aku!”

Semakin lama jeritan itu akan semakin didengari.
Dengan syarat: Hati dan fikiranmu bersih.

Jeritan itu tidak terlafaz oleh mulut mereka.
Lafaz itu keluar dari riak wajah mereka.
Mereka perlukanmu untuk menafsir perasaan.

                Perasaan yang mereka sendiri keliru.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin