Bercermin Peribadi Sahabat - Siri 1
"Celaka...! Kini aku hanya mempunyai seribu perawat kuda, seribu dayang dan seribu juru masak! Bagaimana aku boleh hidup?!" Suara menggelegar itu terdengar dari dalam kelambu sutera khemah sang Kisra suatu pagi sekitar 30 Hijri. Inilah kata-kata yang meluncur penuh kebimbangan dan kerisauan dari mulut Yazdajird III, Kisra terakhir Parsi dari keluarga Sassanid. Istana putih Kota Madain telah jatuh ke tangan kaum muslimin di bawah pimpinan panglima Saad bin Abi Waqqas. Inilah 'rintihan agung' oleh manusia yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan meskipun dilayani 3000 manusia lain. Mari kita renung sejenak membanding penggantinya. 'Umar al-Khattab mengangkat Salman al-Farisi sebagai gabenor yang memerintah wilayah bekas kekuasaan Yazdajirf III itu. Pilihan yang tepat..Salman adalah orang yang paling tahu tentang selok belok geografi, demografi dan sosiologi Parsi kerana Parsi merupakan tanah kelahirannya. Seperti apa kehidupan gabenor baru itu? Salman m...