Posts

Showing posts with the label karya

Semoga Sukses~

Image

negeri hujan

Image
masih ingatkah cuti winter kita yang hangat? berpagi-pagi dengan menghayati ayat-ayat suci quran. berjalan-jalan di Granville island. Lunch dengan fish and chip, burger tiram. Berlayar atas air dengan aquabus meninggalkan ikan-ikan salmon terbaring di atas ais membeku. berpergian dengan Seabus ke North Vancouver, mengunyah ekor memerang bersalut coklat. menaiki West Coast Express dihiasi dengan banjaran gunung-gunung memutih di kiri. berkumpul di tingkat tinggi, berlatar belakang panorama indah - lautan luas ber'wallpaper gunung2 terpasak di bumi. Menghayati semula sejarah silam kita yang penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Bukan untuk diketahui, tapi untuk difahami. demi masa di gastown dengan jam berwap. Bila tiba masanya-bebola besi mengubah keseimbangan-maka akan berbunyi. mengingatkan manusia-manusia yang sibuk dengan urusan harian. berlari2 dan berdapakap ukhuwwah di Wreck Beach. Ditemani ombak2 kecil. menghirup udara malam di taman 1001 ekar, Stanley...

Anak-anakku Tercinta

Image
teks penuh:  http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/09/ucapan-mursyid-am-di-muktamar-tullab.html

comot itu bermakna

Image
ketika itu, sedang bermesyuarat dengan seorang pengurus taman asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang sedang ' top ' di Malaysia. Di sela-sela perbincangan, beliau kongsikan sebuah kisah menarik dan penuh bermakna. Tentu, kisah berkenaan seorang murid tadika. ~*~ [awan Alberta] Pada masa itu, merupakan sesi mata pelajaran pendidikan seni (P.S). Awan di langit cerah. Tugasan pada hari tersebut ialah murid-murid diminta untuk melukis dan mewarna menggunakan warna air (dulu sekolah rendah selalu beli warna air RM2 sekotak). Tema lukisan ialah keindahan alam. Jaddi, murid tersebut mengambil sehelai kertas bersaiz A3 daripada cikgunya. Lalu, dia melihat keluar tingkap. Dia melihat langit biru. Dengan gembiranya, dia mencelup berus cat ke dalam cat berwarna putih dan membuat tompok-tompok putih diselang-seli dengan warna biru muda untuk warna langit. Dalam keseronokan murid tersebut, tiba-tiba langit menjadi gelap. Hujan turun dengan lebat. Kilat sambar menyambar. Murid itu ...

penghubung zaman

Image
Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka. Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lal...

kembara hati

Image
Selesai mesyuarat via sms. ~*~ Program kita ditundakan sehari atas masalah beberapa ikhwah terdampar di Regina akibat cuaca buruk di Manitoba-Saskachewan. Rancangan asal 3-4 Mei ditunda ke 4-5 Mei. Pasti ada hikmah desus hati kecil. Pagi 3 Mei: Hujan turun sepanjang hari di tempat program yang dirancang. (Ada hikmah program ditunda sehari..Alhamdulillah) Kembara Hati kali ini bertemakan ayat 3:190-194  Jom berjalan, melihat dan mentafsir~Biar gambar menceritakan segalanya~ 4 Mei 2011 Webster Fall, Hamilton Day 2: sambung nanti~

Hilwi dan Lila

Image
"..jika mengembara, cari dan selami kisah-kisah perjuangan di tempat yang dituju.." Pada tahun 1871, sejarah telah mencatatkan kisah 13 orang yang berlabuh di pantai timur negeri ini. Pada tahun 1931, census mencatatkan sebanyak 645 orang. Mereka merupakan muslim terawal yang menetap di sini. Kini dijangka berjumlah lebih kurang satu juta orang. ~*~ Pada awal 1930-an, sekumpulan wanita Islam telah bertemu dengan datuk bandar, John Fry, dengan tujuan untuk memohon sebidang tanah untuk pembinaan masjid. Ketika pertemuan itu, John berkata kepada mereka, 'Kamu tidak ada duit untuk membina masjid." Dengan tegas dan penuh keyakinan mereka menjawab, "Kami akan dapatkan duit itu." Syarat yang dikenakan: sejumlah wang sebanyak $5000. Satu jumlah wang yang besar di masa ekonomi sedang merudum. Mereka tidak mengalah. Mereka pusing sekeliling bandar mengetuk pintu-pintu kedai tanpa mengira agama dan bangsa meminta sokongan.           ...

of pee-ter-bor-row

Image
[somewhere near London st. dam] bas bergerak laju melepasi Marmora dan Havelock menuju gerbang Kawarthas mungkin masyarakat kota tidak mengenalnya tapi bagi mereka yang melihat disebalik 'urbanisasi' ia dapat memberi sebuah makna bukankah setiap inci bumi ini masjid di atas jambatan Faryon yang menghubungkan tebing timur dan barat lihatlah ke bawah, sungai Otonabee mengalir indah menguatkan tekad ke syurga... tajrii min tahtihal anhaar sungai-sungai mengalir indah di bawah..jauh dari imajinasi manusia.. taburan alam semulajadi yang menghijau tersusun harmoni antara flora dan fauna semuanya mengikut aturan Ilahi, ibadah tanpa henti mereka yang tak bersama sikap alam ini berjalan dengan kaki di atas... pelik sunggguh tazkirah itu ada pada ciptaanNya mungkin bagi mereka negeri ini terpencil jauh dari kota tapi perlu ingat tanah merupakan persoalan kedua yang utama ialah manusia yang berpijak di atas tanah tersebut Yatsrib menjadi 'kota bercahaya' ker...

cita-cita

Image
esok bila tiba di sekolah, seorang lagi syahid.  ada yang gembira, ada yang sedih. saya pilih gembira kerana yakin dia gembira. umur yang muda tapi dah mencapai cita-cita. dan saya masih ' struggle ' dengan diri. [ al-mautu fi sabilillah asma~ amanina ] ini untuk versi live

kerana ia tumbuh berganda

Dari universiti, bergegas menaiki bas~ ~^~ Malam tadi masjid di kawasan rumah saya menganjurkan majlis amal untuk mengumpul dana pembangunan masjid. Rujuk sini [ amacanada.org ]. Masih banyak yang diperlukan untuk merealisasikan mimpi masyarakat setempat sejak 16 tahun dulu. Alhamdulillah, wujud insan-insan dermawan berusaha mencontohi Abd Rahman Auf. Puluhan ribu disumbangkan oleh individu yang diberi kurnia. fastabiquul khairat . Majlis dimulai dengan bacaan ayat al-quran oleh qari. Ayat yang dibaca 2:261. Siapa tak mahu gandaan seperti itu. Semoga masjid ini menjadi titik tolak baru kepada tarbiyah umat sini. Suasana ini mengingatkan saya kepada ' malam badar ' yang menjadi acara tahunan di sekolah hidayah. Teringat juga seruan-seruan infaq... Palestin ..Iraq...Sekolah...Pakistan...dakwah...tarbiyah....kadang terasa berat untuk mengeluarkan padahal cepat saja dikeluarkan untuk tujuan-tujuan kurang penting. ~^~ Kelmarin ada seorang akh pesan...dalam sembang-sembang kopi.....

suci

Image
Semalam, salji turun agak lebat. Bila lihat luar tingkap, tanah dan jalan yang dulunya berdebu dan berlecak kembali memutih. Makhluk-makhluk putih itu telah memadam warna-warna kekotoran. Esok, kemungkinan warna kekotoron tersebut akan muncul kembali. Tiada siapa tahu. Nah, begitu juga dengan hati. Bila mula muncul bintik-bintik hitam, akan datang perkara yang memutihkan. Jika tiada, perlu kita cari. Takkan nak biarkan terus berlecak. Jika ada, jangan pula kita menolak. Nanti lecak-lecak kotor akan kembali. Tapi, seperti salji, bila dah memutih, akan ada saat-saat ia mencair. Lalu mengharapkan salji untuk turun kembali. Tapi jangan lupa Yang menurunkan salji itu. Begitu juga hati.

qowiyul jismi

Image
[bersama izzat syahmi | Rehlah 2010] Pembinaan itu berkisar seputar 'sepuluh'. Salah satunya 'berbadan sihat dan kuat'. ~*~ Badan dan jasad adalah amanah. Ada hak yang perlu ditunaikan. Untuk mengembalikannya kepadaNya. Juga antara ciri pemimpin. Telusuri kisah Talut. Sang pemimpin yang diangkat. Bila sebut 'kuat', bukan sekadar fizikal, tapi merangkumi akal dan jiwa. Kuat juga: mampu mengawal galaksi perasaan. Juga mengelola hati. Maka usaha ke arah  melengkapkan diri perlu ditekankan. -tabiat pemakanan-kebersihan rumah-pakaianmu -kesihatan tubuh-kestabilan perasaan-riadhah ... dan segalanya, untuk dikembalikan kepada Allah. “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa ”. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:247) “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yan...

mimpi

Pagi. Sedang membaca ' feed2 ' blogs di google reader , membaca satu 'update' di blog R2J3  yang sudah lama tiada 'update'. Tajuk: Jejak Mimpi oleh Kak Rusyda. Ya, teringat dan masih mengingati ketika masing-masing menulis mimpi-mimpi yang ingin dicapai dan menyatakannya pada sahabat-sahabat. Dikongsikan sebuah video..untuk terus meraih prestasi~ Mungkin ada yang dah dicapai dan mungkin ada yang belum. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berhenti bermimpi. Lah, orang kata "jangan terus bermimpi"....tapi bagaimana sebuah idea besar itu bermula tanpa mimpi? dan mimpi yang kita maksudkan bukan seperti definisi yang mereka berikan. Tetapi definisi yang kita sendiri berikan. Lalu, apa mimpi kita? 'mimpi semalam adalah kenyataan hari ini, mimpi hari ini adalah kenyataan esok' (IHAB) (tema konvensyen siswa Ikram zon tengah dan Selatan 2010) InsyaAllah kan jadi kenyataan. bismillah, jalan. Jangan takut bermimpi~ Dan bila mimpi itu tercapai...bert...

Hero 2

Para sahabat diseksa kerana beriman kepada risalah Islam. Rela badan disalai, dibakar, dipukul, dihujam dan dihentak kerana mempertahankan keyakinan yang ada dalam diri mereka. Ketika Bilal disidai di bawah terik matahari, badan beliau menjadi alas sebuah batu besar yang menghempit dada. Lantas dipaksa mengucapkan kata kufur. Keyakinan beliau tidak merelakannya menggadaikan syurga yang beliau telah lihat jauh disebalik kesakitan seksaan. Kata 'ahad...ahad..ahad..' terucap dari hati. Allah telah menaikkan darjat beliau sebagai hamba abdi di mata manusia menjadi manusia mulia. Semua ini kerana apa? Kerana beliau telah menyaksikan kebenaran, dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk menunaikan hak penyaksian beliau. ~()~ ' Short Film ' yang dibuat oleh Murad Amayreh ini sangat menyentuh dan menyentak. Penuh dengan analogi mengenai kita. Satu introspeksi terhadapa peranan kita sebagai muslim. Dengan menggunakan senario harian seorang kanak-kanak, beliau berjaya ...

syita'a is winter

Image
Alhamdulillah, semester musim sejuk bermula. Homework  dan  assignment  akan kembali mencari ruang. Tekun. Usaha. Raih prestasi. Mereka kata, kita harus berbeza. Angka-angka yang hendak dicapai mungkin sama, tapi proses dan usaha itu yang dikira. Ilmu yang kita cari, bukan gred. Apa erti gred melambung tinggi....jika kembali kosong. Hak kepada guru (e.g  prof. ) perlu diberi, apa erti menuntut tanpa keberkatan. Selamat menempuh semester baru. [munir] tak lupa kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki/kembali ke alam persekolahan :-) adik2 di Hidayah [ link ]

seputih salji

Image
Penat menatap buku, sejenak pandang ke luar jendela.. SubahanAllah, awan seputih salji bergerak tanpa motor dan gear... berlatarbelakangkan hamparan biru tanpa penghujung... Dan di tempat saya berada - di celah himpunan ribuan buku, Tidak ada satu pun yang boleh menerangkan pergerakan awan tanpa tiang.. O Allah , separate me from my sins as You have separated the East from the West. O Allah, cleanse me of my transgressions as the white garment is cleansed of stains . O Allah , wash away my sins with ice and water and frost. (Al-Bukhari 1/181, Muslim 1/419) MacOdrum Library  27 Nov 2010 | 1454

Hero 1

Rakyat negara itu lesu dan lemah. Tercabut rasa keberanian dari jiwa mereka apabila diseru untuk keluar berperang. Jika dalam sepuluh pemuda, hanya satu yang sanggup berperang bersama tentera. Itupun belum pasti. Ada juga yang rakyat mereka dikirim secara paksa untuk menjajah negara lain. Diperah dan rakyat berputus asa. Semuanya kerana dipaksa melakukannya dan imbalannya belum tentu diperoleh dengan segera atas pengorbanan dalam keterpaksaan mereka. Tiada belas kasihan antara penguasa dan rakyat. Jika ada penghargaan sekalipun, sama ada atas dasar politik ataupun kerana menjaga hubugan. Mereka yang terkorban, dikenang-kenang dengan sambutan-sambutan yang diadakan puluhan tahun selepas itu dan mereka digelar 'hero' masyarakat. Cinta itu telah dipaksa. Cinta itu telah lenyap. <--> Kedatangan Islam di kota Mekkah itu dilihat asing. Akan tetapi itulah saat cinta mekar kembali dalam jiwa manusia setelah sekian lama menghilang. Cinta itu wujud dalam diri 'hero' ini....

kerana mereka juga manusia

Image
Kadangkala kau mengharapkan suatu yang luar biasa daripada individu tertentu. Namun seringkali harapan tidak tercapai. Lalu kau kecewa dan hampa. Nasihat aku, jangan terus berharap selagi kau tidak memberi suatu yang luar biasa. Kerana jangan kau lupa bahawa mereka juga manusia seperti kau. Ada kelebihan dan kekurangan.  Hanya mampu terus berusaha dan berdoa.

Menyingkap Tirai Badar

Image
Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar.Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk. ’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah : 2). Al-Qu...

Download Ramadhan 1

Image
Hadiah untuk anda semua..."click" gambar untuk paparan lebih besar..