Posts

Showing posts with the label hikmah

selalu lupa

Image
[ sumber ] Malam itu sungguh letih. Baru selesai dikerah tiga hari dua malam. Mendaki dua  bukit tanpa pemandu. Hanya berpandukan kompas dan peta topografi yang berusia puluhan tahun dahulu ditambah tersesat lapan jam kerana mendapat arahan yang salah, berperang dengan nyamuk, kayak di'tibai' ombak, konflik dengan ahli kumpulan...dan macam-macam lagi. Memang penat dalam kegembiraan. Murabbi ketika itu berpesan, "Selalu kita lupa setelah dapat nikmat. Bila kita lapar, Allah bagi makanan. Mula2 kita ingat Allah . Kita baca bismillah. Bila dah kenyang, kita lupa ucap alhamdulillah..." Ya..setelah melalui hari-hari yang menguji fizikal, mental dan ukhuwwah (cara mengenal sahabat ialah dengan berjalan..tidur...bersamanya), malam itu kami disaji dengan kerehatan yang merehatkan. Kalau sebelum ini berada di hutan berjalan-jalan, malam itu tiada aktiviti berat.... Dan malam pun berlabuh. Menunggu hari esoknya. ~*~ Dan pagi itu kami direndam dalam air sung...

cahaya

Image
Sekarang musim peperiksaan. Lihat kiri, tengok kanan..semua tengah study . Kadang-kadang rasa kering~ Alhamdulillah, Allah kurniakan teman-teman membasahkan hati. ~*~ [sumber] Pesan mereka.... Hati kita, tanpa iman...buta...seperti mata tak dapat melihat tanpa cahaya. akan meraba2 dalam terang cahaya matahari... yang buta di dunia, pada hari akhirat juga akan buta. Kita akan lemas...seperti kita sedang memandu dalam gelap gelita. Tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Lemas. Hati kita juga begitu. Akan resah dan gelisah jika cahaya itu tiada. Bila solat, rasa kering. Bila baca quran, tak merasa. Bila melihat bencana alam, tak terkesan. Tanda hati berdosa. Bila masuk cahaya dalam hati, akan terang dan terbuka.

gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`` Kami Tak Mampu Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan, keretapi dah mula berjalan, sempat dikejar lagi kerana masih perlahan. Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu: “kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…” Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu! Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha, sekurang-kurangnya kurasa berpada juga. Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja, tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata… Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa. Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa, tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga ! Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata: “Duhai sahabat, bagilah kami masa…” Terangkan maksudmu masa yang macam mana, sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya) bilamana kefahamanmu ...

bawah jambatan

Image
[ sumber ] Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius. Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza. Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O. Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr.. Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama. Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani). Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan. Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Ya, anjing bersama tuan...

kamu siapa?

Kamu siapa ? “Saya presiden persatuan dakwah sini”. Ini bisa disebut. “Saya ketua cawangan dakwah sini”. Ini juga boleh disebut. “Saya pemimpin organisasi dakwah”. Ini sangat mudah disebut. “Saya yang menguruskan usrah-usrah sini”. Ini cepat disebut. Tapi, kamu siapa ? “Saya orang yang selalu berdakwah. Pagi, siang, petan dan malam. Kelelahan adalah kenikmatan. Perjuangan adalah kemuliaan. Saya bahkan tidak tahu, apa nama diri saya. Karena saya lebih suka memberikan hal terbaik bagi dakwah, daripada mencari definisi saya sebagai apa di jalan ini”. Ya. Nikmati saja jalan ini. Sebagai apapun, atau tidak sebagai apapun diri kita di jalan dakwah. Jangan gagal menikmati. (diubah dari  http://cahyadi-takariawan.web.id/?p=1745 )

Anak-anakku Tercinta

Image
teks penuh:  http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/09/ucapan-mursyid-am-di-muktamar-tullab.html

comot itu bermakna

Image
ketika itu, sedang bermesyuarat dengan seorang pengurus taman asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang sedang ' top ' di Malaysia. Di sela-sela perbincangan, beliau kongsikan sebuah kisah menarik dan penuh bermakna. Tentu, kisah berkenaan seorang murid tadika. ~*~ [awan Alberta] Pada masa itu, merupakan sesi mata pelajaran pendidikan seni (P.S). Awan di langit cerah. Tugasan pada hari tersebut ialah murid-murid diminta untuk melukis dan mewarna menggunakan warna air (dulu sekolah rendah selalu beli warna air RM2 sekotak). Tema lukisan ialah keindahan alam. Jaddi, murid tersebut mengambil sehelai kertas bersaiz A3 daripada cikgunya. Lalu, dia melihat keluar tingkap. Dia melihat langit biru. Dengan gembiranya, dia mencelup berus cat ke dalam cat berwarna putih dan membuat tompok-tompok putih diselang-seli dengan warna biru muda untuk warna langit. Dalam keseronokan murid tersebut, tiba-tiba langit menjadi gelap. Hujan turun dengan lebat. Kilat sambar menyambar. Murid itu ...

shine

Image
ketika itu kami duduk saling bertatap. Melihat mereka, perasaan itu kembali~ ~*~ [flashback] Gedung ilmu itu diberi nama Hikmah. Ditengah-tengah kesibukan aktviti masyarakt, bangunan itu teguh berdiri. Kami bersepuluh masuk ke ruang utama diiringi oleh beberapa pelajar. Diskusi petang itu berkisar sekitar persoalan ......(tak penting) Selesai berdiskusi dan menikmati beberapa biji donut (yang dihidang), kami turun ke tingkat bawah (diskusi di tingkat dua). Kami berkumpul dan membuat satu bulatan. Ketika itu, kami berdiri saling bertatap... Mereka menyanyikan sebuah lagu yang memberi makna. Walaupun sudah beberapa kali mendengar lagu tersebut.. tapi kali ini suasana dan mood menepati dengan intipati lagu tersebut~ "Selamat tinggal sahabatku ku kan pergi berjuang menegakkan cahaya islam  jauh di negeri seberang..." Entah bagaimana kelenjar di mata mula mengeluarkan rembesan air. mereka melepaskan kami dengan sebuah harapan ~*~ Kali ini kita akan pergi jauh.....

terkumpul dalam satu

Image
kem belia2 otai-Zubayr al-Awwam Antara 20 dan 52. Ternyata umur bukan penghalang. Kita memang pernah berjumpa dengan anak-anak kecil yang berjiwa besar. Kita memang pernah berjumpa dengan pakcik2 berjiwa muda. Begitu juga sebaliknya. Ternyata mengadili manusia dengan umur adalah tidak adil. Tentu Abu Bakar dan Umar tidak setuju dengan pelantikan Usamah yang jauh lebih muda. Tapi, mereka telah menunjukkan tauladan bagaimana untuk menilai umur seseorang. Sebagaimana Umar melayan Ibnu Abbas ketika sahabat ' senior ' yang lain menegurnya. ~*~ Kagum melihat seorang pakcik bersemangat. Pakcik ini istimewa berbanding yang lain. Separuh badan beliau ~lumpuh (kanan). Tapi setiap kali diri ini hadir ke program-program tarbawi, beliau pasti ada. Dengan keterbatasan pergerakan, beliau tetap hadir. Baik daurah...katibah...qiam...mukhayyam, semua dihadirinya. Pasti semangat itu ddatang dari tarbiyah yang dilalui.. ~*~ Semoga Allah jadikan kita kuat.. [munir] dah lama tak menulis~

penghubung zaman

Image
Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka. Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lal...

ada tiga

Image
17/5/11 Peribadinya sederhana. Muwajih itu mula berbicara ringkas; ~*~ Ada tiga cara untuk hidup sederhana. 1. Memasang niat - Banyak himpunan hadis bermula dengan hadis prihal. - Pelbagaikan niat apabila hendak berniat (e.g bila datang satu program, banyakkan niat) 2. Memasang target - Tiada target dalam beramal seperti membiarkan layang-layang terputus tali, bebas dibawa angin. - Target boleh meringkaskan hidup.Selepas 23 tahun kerasulan, umat Islam berjaya dengan izin Allah, mencapai hasil ratusan dan ribuan tahun jika dicapai oleh manusia-manusia lain. Tidak mungkin ini terjadi jika Rasulullah tidak mempunyai target yang jelas. 3. Memasang strategi - Mencari jalan yang terbaik untuk mencapai target "Siapa berhenti berinovasi, dia menjadi bagian dari sejarah masa lalu" [munir] kan dah kata, ringkas. [munir] Pak. M titip salam buat semua peserta R2A, R2J 1-4 dan R2S.

Hilwi dan Lila

Image
"..jika mengembara, cari dan selami kisah-kisah perjuangan di tempat yang dituju.." Pada tahun 1871, sejarah telah mencatatkan kisah 13 orang yang berlabuh di pantai timur negeri ini. Pada tahun 1931, census mencatatkan sebanyak 645 orang. Mereka merupakan muslim terawal yang menetap di sini. Kini dijangka berjumlah lebih kurang satu juta orang. ~*~ Pada awal 1930-an, sekumpulan wanita Islam telah bertemu dengan datuk bandar, John Fry, dengan tujuan untuk memohon sebidang tanah untuk pembinaan masjid. Ketika pertemuan itu, John berkata kepada mereka, 'Kamu tidak ada duit untuk membina masjid." Dengan tegas dan penuh keyakinan mereka menjawab, "Kami akan dapatkan duit itu." Syarat yang dikenakan: sejumlah wang sebanyak $5000. Satu jumlah wang yang besar di masa ekonomi sedang merudum. Mereka tidak mengalah. Mereka pusing sekeliling bandar mengetuk pintu-pintu kedai tanpa mengira agama dan bangsa meminta sokongan.           ...

of pee-ter-bor-row

Image
[somewhere near London st. dam] bas bergerak laju melepasi Marmora dan Havelock menuju gerbang Kawarthas mungkin masyarakat kota tidak mengenalnya tapi bagi mereka yang melihat disebalik 'urbanisasi' ia dapat memberi sebuah makna bukankah setiap inci bumi ini masjid di atas jambatan Faryon yang menghubungkan tebing timur dan barat lihatlah ke bawah, sungai Otonabee mengalir indah menguatkan tekad ke syurga... tajrii min tahtihal anhaar sungai-sungai mengalir indah di bawah..jauh dari imajinasi manusia.. taburan alam semulajadi yang menghijau tersusun harmoni antara flora dan fauna semuanya mengikut aturan Ilahi, ibadah tanpa henti mereka yang tak bersama sikap alam ini berjalan dengan kaki di atas... pelik sunggguh tazkirah itu ada pada ciptaanNya mungkin bagi mereka negeri ini terpencil jauh dari kota tapi perlu ingat tanah merupakan persoalan kedua yang utama ialah manusia yang berpijak di atas tanah tersebut Yatsrib menjadi 'kota bercahaya' ker...

hujan

Image
Melihat ke luar jendela, titisan air turun membasahi bumi dan menyejukkann tanah.  Ada hikmah yang boleh kita belajar dari hujan. Sehalus-halus titisan hujan, segudang hikmah terkandung dan renungan (malah lebih). ~*~ Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya.. [39: 21] dan berapa banyak tumbuh-tumbuhan (e.g makanan) yang kita manfaatkan tanpa sedikit pun ingat kepada Yang memberi rezeki tersebut. Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), l al u Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan . Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan ...

Dua Bintang

Image
Di sela-sela ' take-five ', pergi cafe puisi sebentar.  Berjumpa dengan pak Iqbal ~dia mengumandangkan sebuah puisi bermakna~ melalui lembaran catatan yang ditinggalkannya.   Two Stars [ Muhammad Iqbal ] As two stars approached each other, one said: "If we could only stay only could stop whirling, If the sky were kinder we'd shine together." But this desire of two bears longing in itself. Stars are fated to resolve in orbits ordained. Together is a dream. Separation is the law. 

periksa

Image
Selamat Mengulangkaji. Selamat Menghadapi peperiksaan. 7-18 April 2011 Untuk Allah, Rasul dan Umat. SEMANGAT SAMPAI AKHIRAT!

masak

Image
[maqlooba] Bergurau dan bercanda, seperti garam dalam masakan.  Jika terlebih akan masin. Jika terkurang akan tawar Tetapi tetap perlu ada dalam masakan. :-)

dia bersama quran

Image
"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?" ~~~ Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira.  ~*~ Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding ( bayi pun boleh bersandar ). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil.. erm..taknak kacau ..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara. Petang itu, setelah selesai group discussion , saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerh...

canal itu

Image
Setiap kali musim sejuk, Rideau Canal akan jadi tumpuan penduduk sini. Skating rink terpanjang dunia ini (7.8 km) menjadi tempat bermain ribuan manusia ketika permukaan canal ini beku. Kali pertama melihat canal ini, disangka beku keseluruhannya. Bila terjatuh, sakit. Rupa-rupanya bila diperhatikan, masih ada air yang mengalir di bawahnya. Bila permukaan menjadi tidak rata, air akan dipam keluar sikit demi sedikit. Lalu diratakan. ~^~ Peribadi dia memang agak keras berbanding dengan yang lain. Persepsi pertama apabila bertemu dia, disangka orang yang keras. Melihat cara dia bergaul, memang keras. Tapi, ternyata saya tersilap dan bersalah kerana membuat sangkaan awal. Apabila mula mengenali dia, jiwanya lembut dan hatinya mudah tersentuh. ~^~ Seperti Rideau Canal, air lembut sentiasa ada di bawah permukaan ais yang keras. Bila masanya, air di bawah akan dikeluarkan. Siapa sangka. [munir] Rideau Canal officially closed for the season.

wanagama

Image
"Semua bersiap siaga! Kita akan mulai outbond kita sebentar lagi," kata salah seorang panitia. Kami terus mempersiapkan diri dengan peralatan-perlatan yang perlu. Pakaian ditukar kepada yang lebih sesuai untuk aktiviti lasak. Sedia untuk meneroka dunia luar kota di bumi baru. ~^~ Keistimewaan hutan Wanagama yang terletak di Yogyakarta ( Joga istimewa untuk Indonesia ) itu menarik perhatian saya. Kenyamanan udara, kesegaran nafas, kebersihan dan keindahan alam semula jadi menjadi bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Sambil menikmati itu, saya mengambil peluang merenung penciptaan-penciptaan yang mengesani iman. Istilah mereka disebut tafakkur alam . Aktiviti outbond terus bermula (rujuk video di atas)~best! ~^~ Sekarang di wilayah maple ini, peluang untuk tafakkur alam itu selalu saja datang. Hanya hati-hati yang keras akan mampu menolaknya. Memang benar, tanda-tanda kekuasaan Allah itu tak dapat dinafikan dan ianya menjadi peluang untuk menambah iman. Teringat petikan ...