Posts

Showing posts with the label tarikh

Hero 2

Para sahabat diseksa kerana beriman kepada risalah Islam. Rela badan disalai, dibakar, dipukul, dihujam dan dihentak kerana mempertahankan keyakinan yang ada dalam diri mereka. Ketika Bilal disidai di bawah terik matahari, badan beliau menjadi alas sebuah batu besar yang menghempit dada. Lantas dipaksa mengucapkan kata kufur. Keyakinan beliau tidak merelakannya menggadaikan syurga yang beliau telah lihat jauh disebalik kesakitan seksaan. Kata 'ahad...ahad..ahad..' terucap dari hati. Allah telah menaikkan darjat beliau sebagai hamba abdi di mata manusia menjadi manusia mulia. Semua ini kerana apa? Kerana beliau telah menyaksikan kebenaran, dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk menunaikan hak penyaksian beliau. ~()~ ' Short Film ' yang dibuat oleh Murad Amayreh ini sangat menyentuh dan menyentak. Penuh dengan analogi mengenai kita. Satu introspeksi terhadapa peranan kita sebagai muslim. Dengan menggunakan senario harian seorang kanak-kanak, beliau berjaya ...

Hero 1

Rakyat negara itu lesu dan lemah. Tercabut rasa keberanian dari jiwa mereka apabila diseru untuk keluar berperang. Jika dalam sepuluh pemuda, hanya satu yang sanggup berperang bersama tentera. Itupun belum pasti. Ada juga yang rakyat mereka dikirim secara paksa untuk menjajah negara lain. Diperah dan rakyat berputus asa. Semuanya kerana dipaksa melakukannya dan imbalannya belum tentu diperoleh dengan segera atas pengorbanan dalam keterpaksaan mereka. Tiada belas kasihan antara penguasa dan rakyat. Jika ada penghargaan sekalipun, sama ada atas dasar politik ataupun kerana menjaga hubugan. Mereka yang terkorban, dikenang-kenang dengan sambutan-sambutan yang diadakan puluhan tahun selepas itu dan mereka digelar 'hero' masyarakat. Cinta itu telah dipaksa. Cinta itu telah lenyap. <--> Kedatangan Islam di kota Mekkah itu dilihat asing. Akan tetapi itulah saat cinta mekar kembali dalam jiwa manusia setelah sekian lama menghilang. Cinta itu wujud dalam diri 'hero' ini....

Aqsa2Gaza

Image
Adakah anda mengetahui bahawa sekarang ini ada satu peristiwa dan usaha menyejarah sedang dilakukan oleh manusia-manusia prohatin terhadap al-Aqsa dan Palestin? Jangan biarkan diri anda berada di bawah tepurung pisah daripada dunia perjuangan. Ikuti perkembangan konvoi darat Viva Palestin 5 dalam perjuangan menerobos sekatan Zionis di Palstin. Konvoi darat ke Palestin ini adalah yang terbesar sepanjang sejarah konvoi ke Palestin. Ikuti perkembangan mereka di: Aqsa2Gaza Aqsa2Gaza @ Youtube Aqsa2Gaza @ Twitter Gambar konvoi Rakaman audio Viva Palestina Malaysia dan banyak lagi...boleh 'google' Mereka telah berbuat...Kita pula?

Kenyataan Media AQSA SYARIF

Image
Kenyataan Media AQSA SYARIF 19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi'ulakhir 1431 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil  Hurva  di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan  Haikal , tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil p...

Thalut: Sebuah renungan

Image
Maka Thalut dipilih oleh Allah sebagai ketua setelah mereka meminta seorang ketua daripada kalangan mereka untuk memimpin melawan musuh. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu"... (2:247) Kerana hati mereka menderita penyakit, mereka mempersoalkan kewibawaan Thalut. Atas apa dia dilantik? Dia tida menguasai kekayaan pun bahkan merupakan seorang yang miskin. Apatah lagi darahnya tidak mengalir dari sumber pewaris raja terdahulu. Nah, mereka lupa bahawa di sisi Allah darah keturunan dan kekayaan tidak pernah menjadi sandaran untuk menilai darjat sesorang itu. Kerana itu misi dan visi pandangan yang dinodai oleh nilai materialistik sering sahaja berakhir dengan kehancuran. Sejarah membuktikan hal ini. Rom dan Parsi yang mengambil masa ribuan tahun menaiki tangga kekuasaan suatu ketika dahulu runtuh dan ranap dalam masa kurang dari 3 tahun. Faktor yang memungkinkan perkara tersebut berlaku ada dua: pabila material...

Ramadhan Momentum Selamatkan Al-Aqsha

Image
Masjid Al Aqsa yang terletak di kota lama Yerusalem merupakan simbol kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Sayangnya, masjid yang sempat menjadi kiblat pertama umat Islam itu kini terus dirongrong Zionis Israel. Imam Masjid Al Aqsa, Syekh Mohammad Mahmud Seyam, mengungkapkan, hampir sepertiga simbol kehormatan Islam itu dikuasai Israel. Ia juga mengajak seluruh umat Muslim di dunia untuk menjadikan Ramadhan 1430 H sebagai momentum menyelamatkan kiblat pertama umat Islam. Pada era kepemimpinan Rasulullah SAW, umat Muslim berbondong-bondong membantu Masjid Al Aqsa, seperti menyumbangkan minyak zaitun untuk penerangan. Saat ini, lanjut dia, yang diperlukan untuk mempertahankan masjid tersebut adalah bantuan dana dan doa dari seluruh umat Muslim. Bulan Ramadhan, merupakan momentum untuk meningkatkan kualiti ibadah. Saat ini, Masjid Al Aqsa memerlukan bantuan dana untuk membiayai penerangan. Ia menjelaskan, Israel sulit diusir dari Palestina karena masih adanya kelompok-kelompok di wilaya...

Ketika Kami Mencari KeSyahidan

Anak perempuan kecil cantik bermata coklat dengan penuh perasaan menyanyikan sebuah lagu yang sungguh sedap di dengar. Ternyata lagu yang dinyanyikan bukan lagu dodoian maupun romantis..tapi sebuah aliran kata-kata yang berisi kalimah-kalimah berat perjuangan Video ini bukanlah diterbitkan oleh stesen ataupun syarikat yang berasas di Palestin tetapi oleh sebuah syarikat di Jordan yang menggelarkan diri mereka Thoyurul Jannah/Birds of Heave n (www.toyoraljanah.com) Ketika kami mencari kesyahidan, kami akan menuju surga Kau katakan kepada kami bahwa kami kecil, tetapi dari cara kehidupan seperti inilah kami akan menjadi besar. Tanpa Palestina, apalah ertinya masa kecil? Walaupun lagu "Ketika kami mencari keSyahidan" mendapat banyak kritikan dari pelbagai pihak kerana akan dapat mempengaruhi pikiran serta mengajarkan dan mendorong anak-anak untuk menggunakan senjata, membunuh, menggunakan bahan peledak serta pertumpahan darah, namun sebagai seorang Muslim sudah selayaknya dar...

Cuma Doa, Senjata Kami Tersisa

Image
"Musik tahun baru kami adalah deru suara pesawat tempur Israel, kembang api tahun baru kami adalah percikan-percikan sinar dari misil-misil Israel," kata Raed Samir, seorang pemuda Gaza dengan nada sendu. Itulah gambaran tahun baru di Jalur Gaza, di saat penduduk dunia bersuka ria merayakan tahun baru dengan hura-hura dan pesta kembang api. Dimana-mana disampaikan pesan tahun baru yang penuh harapan, tapi tidak bagi warga Gaza yang memulai tahun baru dengan penderitaan yang mungkin akan berlangsung lama akibat kebiadaban kaum Zionis Yahudi Israel. "Lihatlah ke luar, pesawat-pesawat tempur F-16 tersenyum padamu, misil-misil menari untukmu, zanana (suara gemuruh) bernyanyi untukmu," itulah bunyi sms yang diterima Fathi Tobal, juga warga Gaza dari seorang temannya. Tobal dengan sinis berkata,"Sementara orang lain di seluruh dunia berpesta, kelihatannya pasukan udara Israel sedang berusaha memberikan kami kembang api." Apa yang dirasakan rakyat Palestina se...