Posts

Akan Datang: AQSA@ Casa Subang

Image

kerana KAMI

Image
Betapa inginnya kami agar negeri ini mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan. Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik negeri ini, sementara kita hanya menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan. Kami ingin agar negeri ini mengetahui bahwa kami membawa misi yang bersih dan suci, bersih dari kepentingan peribadi, bersih dari kepentingan dunia, dan bersih dari hawa nafsu. Kami tidak mengharapkan sesuatu pun dari manusia, tidak mengharap harta benda atau ...

Lirih Pembebas | Lifeline 4 Gaza

kerana kita punya peranan

Image
akhi, kenapa kita di sini? kita merentasi lautan menuju negeri yang dahulunya pernah bersatu. kita melewati negeri-negeri yang fizikalnya membangun pesat, tetapi tiada jiwa. akhi, kita di sini kerana kita punya peranan dalam 'amal; yang belum pasti bila kejayaan itu tiba. habis tu, kenapa kita ada di sini? akhi, bukankah mereka yang ingin turut serta berbeza dengan mereka yang menunggu dan melihat? ketika anda memberi pesan.... kita perlu terus melangkah....masa hadapan milik kita. cuma tinggal kita melangkah selangkah kehadapan...menjangkaui perbatasan kita jazakumullah akhi, moga diberi barakah Untuk teman-teman dari bumi Jogja..selamat pulang ke bumi dakwah Indonesia. Kita harus terus berbagi~

WIEF

Semoga resolusi mereka dapat menjadi amal yang mengislah perekonomian umat.

kisah bubur ayam

Image
Dari kiri: Pak Wawan, Munir, Anas, Irfan, Mas Fatan, Mas Onny, Mas Bambang,  Ahmad (calon Imam Muda), Abid, Irsyad, Irfan MN, Anas Azlan. Teringat sebuah kisah..2009 Masjid Jogokaryan, Yogyakarta- Selesai menunaikan fardhu Subuh, kami berkumpul untuk membaca wazifah. Memang menjadi suatu yang diusahakan untuk melazimkan diri dengan membaca zikir-zikir ma'tsur sebagai benteng diri selain mendekatkan diri kepada Allah. Setelah selesai berzikir, Pak Wawan, pengiring kami, mengajak kami untuk berkumpul. Dengan keadaan diri yang masih mengantuk, kami mengerahkan sedikit tenaga kami untuk berkumpul. Ruangan yang menjadi mangsa ialah ruangan berdekatan dengan tingkap masjid tingkat dua. Alhamdulillah, udara yang membelai kami nyaman. Boleh dikatakan setiap pagi selepas Subuh akan diadakan sesi 'kultum' ( kuliyah tujuh minit...walaupun selalu saja lebih.. ). Pagi itu, Pak Wawan yang mengisi kuliyah. Beliau mengajak kami muhasabah kembali hari-hari yang telah dilalui di bumi Jo...

Kerana si kecil itu akan membesar

Image
Kerana si kecil itu akan membesar.... Kerana itu mereka perlu disantuni...diladeni Kerana itu mereka perlu didampingi... Kerana mereka begitu mudah menyerap semangat kita... Kerana itu mereka perlu diperkenalkan... .....kisah perjuangan Rasulullah... ....kisah para sahabat generasi al-Quran... penuh heroik~penuh kepahlawanan Kerana mereka mata rantai masa depan Menyambung perjuangan risalah agung Kerana itu mereka perlu tahu  perjuangan yang perlu mereka sambung Dalam setiap kesempatan, jangan menyiakan waktu kisahkan pada mereka kisah pahlawan muda... yang membebaskan diri dari jahiliyah yang mengharungi badai kehidupan yang dihujani panah-panah pengoyak tubuh kisah yang jauh lebih heroik dan 'real' dari kisah fantasi dan imaginasi 'super-hero'  ciptaan mereka yang tidak 'heroik' Maka engkau yang bakal menyampaikan kisah ini pada mereka... Sudahkah punya bekal untuk melakukan tugas tersebut? Ayuh, telusuri kisah manusia yang bergelar pahlawan, Agar mereka...