Posts

Ramadhan Around The Corner 1

Download Ramadhan 1

Image
Hadiah untuk anda semua..."click" gambar untuk paparan lebih besar..

Persembahan Untukmu

Image
Telah tiba masanya untuk kami bicara Telah tiba masanya untuk kami bertindak Telah tiba masa perjuangan kami Dengan mengucap syukur kepada Rabb semesta Alam, Tiada ILLAH selain Allah SWT, kepada-Nya lah kita berserah diri atas semua kealpaan, kebodohan, dan kezaliman diri kita. Dengan mengucap salam teruntuk Rasulullah Muhammad SAW, seorang utusan untuk semua manusia, seorang uswah dengan keindahan sifat-sifatnya, Dengan menyampaikan rasa haru dan rindu . . Ahlan Wa Sahlan Selamat datang di dunia Perjuangan Sejarah telah diwarnai, dipenuhi dan diperkaya oleh orang yg sungguh2. Bukan oleh orang2 yg berleha-leha, santai dan berangan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang yang me-realisir cita-cita, impian dan harapan mereka dengan jiddiyah (kesungguh-sungguhan) dan kekuatan tekad. Di sisi lain kebatilan pun dibela sungguh2 oleh pendukungnya, kerana itulah Ali bin Abi Tholib ra menyatakan: “Kebaikan yg tidak ditata dengan baik akan dikalahkan oleh kebatilan yg tertata dengan baik...

is here

SYAABAN is here

Menang

Image
Artikel sempena melangkahnya kaki ke fasa baru kehidupan, yang mereka gelar alam kampus. Nyatakan peradaban mana pun, organisasi mana pun, kampus menjadi tunjang kepada perjuangan. Islam mahupun taghut, keduanya meletakkan  positioning  sumber daya manusia yang terbaik di medan yang kita gelar 'alam kampus'. Perlu diingati bahawa kita dan mereka tidak menganggap alam kampus adalah akhir dari segalanya, tetapi awal dari projek baru yang dinanti. Jadi kemenangan masa depan umat bermula dari alam kampus. Tiada siapa yang saya kenali menafikan hal ini.  Kemenangan kita Apabila kita berbicara mengenai kemenangan, apakah yang dimaksudkan dengan kemenangan? Definisi siapa yang perlu kita ikut? Nah, pastinya sebagai seorang muslim kamus definisi kehidupan kita adalah  kitabullah.  Rasanya tidak perlu saya hurai secara terperinci mengenai kemenangan yang dimaksudkan, pasti anda akan menemui jawapan tersebut dalam tadabbur harian anda. Cuma saya susunnya dalam beberapa k...

Kenyataan Media IKRAM - 30 Jun 2010

Image
Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431 IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH. IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa di seluruh negara.   2. Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”. 3. MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara le...

Cuti: Ruang Berprestasi

Ikhwah akhwat sekalian (saudara saudari) Telah selesai kita dalam satu fasa kecil dalam dunia pendidikan akademik. Beberapa bulan yang mendatang pasti akan menemukan kita dengan aktiviti-aktiviti yang telah masing-masing rencana. Akan tetapi, kita perlu terus melihat ke depan. Keputusan yang telah diperoleh akan tamat nilainya sebentar sahaja lagi setelah kaki melangkah ke universiti. Tinggal bagaimana kita memanfaatkan ruang yang ada sepanjang cuti ini. Beberapa saranan yang boleh kita manfaatkan selain dengan urusan-urusan penerbangan: 1. Tingkatkan amal fardi (baca quran setiap hari, solat berjemaah, qiamullail) 2. Mantapkan ilmu. Bacalah buku-buku yang bermanfaat khususnya mengenai Islam (sirah,aqidah,fiqh etc). (kn malu kalau ditanya apa itu Islam, sirah nabi....dll kita x mampu jawab?) 3. berbaktilah kepada masyarakat sekeliling (cth: sertai aktiviti kemasyarkatan) 4. Kembali ke sekolah (cth: junior). Ini salah satu bakti kita pada tempat belajar dahulu. 5. Hargai masa yang ada...