Posts

shine

Image
ketika itu kami duduk saling bertatap. Melihat mereka, perasaan itu kembali~ ~*~ [flashback] Gedung ilmu itu diberi nama Hikmah. Ditengah-tengah kesibukan aktviti masyarakt, bangunan itu teguh berdiri. Kami bersepuluh masuk ke ruang utama diiringi oleh beberapa pelajar. Diskusi petang itu berkisar sekitar persoalan ......(tak penting) Selesai berdiskusi dan menikmati beberapa biji donut (yang dihidang), kami turun ke tingkat bawah (diskusi di tingkat dua). Kami berkumpul dan membuat satu bulatan. Ketika itu, kami berdiri saling bertatap... Mereka menyanyikan sebuah lagu yang memberi makna. Walaupun sudah beberapa kali mendengar lagu tersebut.. tapi kali ini suasana dan mood menepati dengan intipati lagu tersebut~ "Selamat tinggal sahabatku ku kan pergi berjuang menegakkan cahaya islam  jauh di negeri seberang..." Entah bagaimana kelenjar di mata mula mengeluarkan rembesan air. mereka melepaskan kami dengan sebuah harapan ~*~ Kali ini kita akan pergi jauh.....

terkumpul dalam satu

Image
kem belia2 otai-Zubayr al-Awwam Antara 20 dan 52. Ternyata umur bukan penghalang. Kita memang pernah berjumpa dengan anak-anak kecil yang berjiwa besar. Kita memang pernah berjumpa dengan pakcik2 berjiwa muda. Begitu juga sebaliknya. Ternyata mengadili manusia dengan umur adalah tidak adil. Tentu Abu Bakar dan Umar tidak setuju dengan pelantikan Usamah yang jauh lebih muda. Tapi, mereka telah menunjukkan tauladan bagaimana untuk menilai umur seseorang. Sebagaimana Umar melayan Ibnu Abbas ketika sahabat ' senior ' yang lain menegurnya. ~*~ Kagum melihat seorang pakcik bersemangat. Pakcik ini istimewa berbanding yang lain. Separuh badan beliau ~lumpuh (kanan). Tapi setiap kali diri ini hadir ke program-program tarbawi, beliau pasti ada. Dengan keterbatasan pergerakan, beliau tetap hadir. Baik daurah...katibah...qiam...mukhayyam, semua dihadirinya. Pasti semangat itu ddatang dari tarbiyah yang dilalui.. ~*~ Semoga Allah jadikan kita kuat.. [munir] dah lama tak menulis~

bertemu

Image
Mabruk dan Tahniah kepada antum.... Agar kita saling mendoakan..dan bersatu dalam rabithoh aku diingatkan... kita harus saling memberi pesan dari banner kita pasak ke bumi insyaaLlah. dan banyak yang aku pelajari dan perlu terus belajar ~*~ masihkah kau ingat kata "Hari ini, saya mengingat kembali ketika zaman awal kenabian. Saya mengingat kembali, perjuangan diteruskan oleh khulafa' rasyidin terus menerus...tabi'ien, tabie' tabi'ien... dan ketika beberapa orang ikhwah bertemu dengan saya dengan wajah penuh keazaman .... sehingga hari ini...kita berkumpul... dan akan datang.... mari kita menjadi mata rantai seterusnya... dan di mana pun Allah mencampak kita... tidak menjadi jaminan tempat sekian-sekian menjadikan kita lebih baik daripada saudara kita yang lain. Allah itu Maha Adil. [inspirasi: brader-brader  tsm ]

penghubung zaman

Image
Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka. Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lal...

ada tiga

Image
17/5/11 Peribadinya sederhana. Muwajih itu mula berbicara ringkas; ~*~ Ada tiga cara untuk hidup sederhana. 1. Memasang niat - Banyak himpunan hadis bermula dengan hadis prihal. - Pelbagaikan niat apabila hendak berniat (e.g bila datang satu program, banyakkan niat) 2. Memasang target - Tiada target dalam beramal seperti membiarkan layang-layang terputus tali, bebas dibawa angin. - Target boleh meringkaskan hidup.Selepas 23 tahun kerasulan, umat Islam berjaya dengan izin Allah, mencapai hasil ratusan dan ribuan tahun jika dicapai oleh manusia-manusia lain. Tidak mungkin ini terjadi jika Rasulullah tidak mempunyai target yang jelas. 3. Memasang strategi - Mencari jalan yang terbaik untuk mencapai target "Siapa berhenti berinovasi, dia menjadi bagian dari sejarah masa lalu" [munir] kan dah kata, ringkas. [munir] Pak. M titip salam buat semua peserta R2A, R2J 1-4 dan R2S.

manusia, khalifah, Allah dan D.....

Allah menciptakan manusia dengan tanggungjawab... tanggungjawab sebagai HAMBA dan KHALIFAH... apa tanggungjawab tersebut? ikuti di sini TARBIYAHONLINE ... best2

kembara hati

Image
Selesai mesyuarat via sms. ~*~ Program kita ditundakan sehari atas masalah beberapa ikhwah terdampar di Regina akibat cuaca buruk di Manitoba-Saskachewan. Rancangan asal 3-4 Mei ditunda ke 4-5 Mei. Pasti ada hikmah desus hati kecil. Pagi 3 Mei: Hujan turun sepanjang hari di tempat program yang dirancang. (Ada hikmah program ditunda sehari..Alhamdulillah) Kembara Hati kali ini bertemakan ayat 3:190-194  Jom berjalan, melihat dan mentafsir~Biar gambar menceritakan segalanya~ 4 Mei 2011 Webster Fall, Hamilton Day 2: sambung nanti~