Posts

Doa

Image
Ada sesuatu yang kurang kita yakin. Senjata doa. Sebaik keluar dari kedua bibir kita, atau lintasan hati, terus meluncur laju menuji langit. Ini surat cinta tanpa memerlukan postman . ~^~ Selezai daurah, saya melihat buku nota saudara saya. Di kulit buku tersebut, dinukilkan satu frasa indah. " ukhuwwah (اخوة) itu ialah apabila kita mendoakan (اخوة) ikhwah lain dalam doa."

selalu lupa

Image
[ sumber ] Malam itu sungguh letih. Baru selesai dikerah tiga hari dua malam. Mendaki dua  bukit tanpa pemandu. Hanya berpandukan kompas dan peta topografi yang berusia puluhan tahun dahulu ditambah tersesat lapan jam kerana mendapat arahan yang salah, berperang dengan nyamuk, kayak di'tibai' ombak, konflik dengan ahli kumpulan...dan macam-macam lagi. Memang penat dalam kegembiraan. Murabbi ketika itu berpesan, "Selalu kita lupa setelah dapat nikmat. Bila kita lapar, Allah bagi makanan. Mula2 kita ingat Allah . Kita baca bismillah. Bila dah kenyang, kita lupa ucap alhamdulillah..." Ya..setelah melalui hari-hari yang menguji fizikal, mental dan ukhuwwah (cara mengenal sahabat ialah dengan berjalan..tidur...bersamanya), malam itu kami disaji dengan kerehatan yang merehatkan. Kalau sebelum ini berada di hutan berjalan-jalan, malam itu tiada aktiviti berat.... Dan malam pun berlabuh. Menunggu hari esoknya. ~*~ Dan pagi itu kami direndam dalam air sung...

negeri hujan

Image
masih ingatkah cuti winter kita yang hangat? berpagi-pagi dengan menghayati ayat-ayat suci quran. berjalan-jalan di Granville island. Lunch dengan fish and chip, burger tiram. Berlayar atas air dengan aquabus meninggalkan ikan-ikan salmon terbaring di atas ais membeku. berpergian dengan Seabus ke North Vancouver, mengunyah ekor memerang bersalut coklat. menaiki West Coast Express dihiasi dengan banjaran gunung-gunung memutih di kiri. berkumpul di tingkat tinggi, berlatar belakang panorama indah - lautan luas ber'wallpaper gunung2 terpasak di bumi. Menghayati semula sejarah silam kita yang penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Bukan untuk diketahui, tapi untuk difahami. demi masa di gastown dengan jam berwap. Bila tiba masanya-bebola besi mengubah keseimbangan-maka akan berbunyi. mengingatkan manusia-manusia yang sibuk dengan urusan harian. berlari2 dan berdapakap ukhuwwah di Wreck Beach. Ditemani ombak2 kecil. menghirup udara malam di taman 1001 ekar, Stanley...

cahaya

Image
Sekarang musim peperiksaan. Lihat kiri, tengok kanan..semua tengah study . Kadang-kadang rasa kering~ Alhamdulillah, Allah kurniakan teman-teman membasahkan hati. ~*~ [sumber] Pesan mereka.... Hati kita, tanpa iman...buta...seperti mata tak dapat melihat tanpa cahaya. akan meraba2 dalam terang cahaya matahari... yang buta di dunia, pada hari akhirat juga akan buta. Kita akan lemas...seperti kita sedang memandu dalam gelap gelita. Tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Lemas. Hati kita juga begitu. Akan resah dan gelisah jika cahaya itu tiada. Bila solat, rasa kering. Bila baca quran, tak merasa. Bila melihat bencana alam, tak terkesan. Tanda hati berdosa. Bila masuk cahaya dalam hati, akan terang dan terbuka.

nota harmoni

Image
Awal tahun ini, ketika rehlah bersama keluarga besar di Kanada, saya diminta untuk memberi tazkirah. Ketika itu musim bunga. Ini merupakan rehlah pertama sejak menjejak kaki di negeri ini. Sambil duduk di tepi air terjun Webster yang dingin, kami berkumpul, merenung jauh ke dalam diri. Webster's Fall, Hamilton [ gambar lagi ] ini bukan gambar google :-) Saya kongsikan, catatan tazkirah tersebut. ~*~ Thabrani dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Ibnu Abbas, katanya, "Orang-orang Quraisy datang menemui orang-orang Yahudi, tanya mereka, 'Bukti-bukti apakah yang dibawa oleh Musa kepada tuan-tuan?' Jawab mereka, 'Tongkatnya dan tangannya yang putih bagi mata yang memandang.' Kemudian mereka datangi lagi orang-orang Nasrani, lalu menanyakan, 'Apa mukjizat Isa?' Jawab mereka, 'Menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya, orang yang berpenyakit kusta bahkan menghidupkan orang yang telah mati.' Setelah itu mereka menjumpai Nabi saw., kata merek...

gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`` Kami Tak Mampu Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan, keretapi dah mula berjalan, sempat dikejar lagi kerana masih perlahan. Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu: “kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…” Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu! Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha, sekurang-kurangnya kurasa berpada juga. Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja, tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata… Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa. Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa, tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga ! Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata: “Duhai sahabat, bagilah kami masa…” Terangkan maksudmu masa yang macam mana, sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya) bilamana kefahamanmu ...

bawah jambatan

Image
[ sumber ] Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius. Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza. Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O. Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr.. Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama. Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani). Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan. Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Ya, anjing bersama tuan...