dia bersama quran
"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?" ~~~ Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira. ~*~ Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding ( bayi pun boleh bersandar ). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil.. erm..taknak kacau ..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara. Petang itu, setelah selesai group discussion , saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerh...

Comments
Ana cukup berbangga dengan usaha dakwah oleh Batch entum.
Walau bagaimanapun, sedikit komen daripada ana terhadap status hadith berkenaan doa "Allahumma baariklana fi rajab wa sya'ban wa ballighna ramadhan". [Riwayat Al-Bayhaqi,Ahmad,dan lain-lain]
Status hadith tersebut adalah disandarkan sanadnya kepada Dha'if, terutamanya dari segi sanadnya. Terdapat seorang yang bernama Za'idah bin Abi Ar-Raqad.
Kedha'ifannya juga diperakui oleh Ulama' hadith seperti Al-Imam Al-Bukhari, Al-Hafiz Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani, Al-Albani dan lain-lain.
Jadi, ianya berkaitan dengan permasalahan cara kita bermuamalah dengan hadith Dha'if.
Hadith dha'if tidak boleh disandarkan sebagai kata-kata,perbuatan atau pengakuan Nabi SAW secara pasti.
Tambahan pula dalam perihal berdoa, manusia bebas berdoa apa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Namun,kesilapan yang perlu diubah adalah sekadar tidak menisbahkan doa itu sebagai doa yang sahih dari Nabi SAW.
Sekian.
Allahu A'lam.
"Mulianya seorang penuntut ilmu adalah kerana dia amanah dengan ilmunya, tetapi hinanya seorang penuntut ilmu adalah kerana dia khianat pada ilmunya."
Jazakumullah.