Kita dan Kapitalisme
Islam turun sebagai deen yang syumul (lengkap dan komprehensif). Seluruh aspek kehidupan disentuh. Politik, sosial sebut apa sahaja, pasti kita akan menemui sistem tersebut telah dimaktub dengan sesempurnanya. Begitu juga dengan sistem ekonomi yang sering dibincangkan. Namun, kita sedih hari ini melihat ekonomi dunia berjalan dengan penuh penganiyaan, penipuan dan penindasan.
Jauh di sudut hati kita, kita inginkan dunia ini aman, sejahtera dan adil dari sudut ekonomi. Tetapi, apatah daya kita untuk mengetengahkan sistem yang kita yakini kerana kita sendiri tidak memahami apa penyelesaian yang Islam beri pada kita. Kita tidak pernah mempelajari apatah lagi mengkaji alternatif yang Islam berikan pada kita. Dan anda berada dalam golongan mana?
Petikan daripada buku yang dikarang oleh Alm. Fathi Yakan dalam karya beliau Kaifa Nad'u Ilal Islam (Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam) sebagai lonjakan kepada kita untuk memahami kenapa kita perlu Islam dari sudut ekonomi~
1. Kritikan terhadap Kapitalisme.
Kapitalisme, adalah teori yang dilaksanakan secara meluas di dunia Barat. Semenjak dunia Islam dilanda oleh serangan penjajahan kebudayaan, politik, serta ekonomi Barat, pada Abad ke-20 Masehi ini, maka sebahagian besar dari negara-negara Islam telah mempraktikkan teori ini di negerinya masing-masing! Namun perlu difahami, bahawa Kapitalisme itu berlainan dengan Islam dalam beberapa segi ajarannya di antaranya:
1). Pada dasarnya, Islam menolak Kapitalisme, dengan alasan bahawa Kapitalisme itu adalah teori ciptaan manusia. Memang pada prinsipnya, Islam menolak segala peraturan ciptaan manusia! Islam menilai, bahawa dasar kedudukan “MANUSIA” sebagai pencipta teori Kapitalisme itu, justeru itulah teori ini menemui kegagalannya. Islam menilai, bahawa segala teori buatan manusia adalah bermaksud menentang (Nizam), Syari’ah serta Ciptaan Allah
Subhanahu Wata’ala.
Kita hanya mengakui, bahawa satu-satunya peraturan yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada ummat manusia masa kini ialah “ISLAM” Islam telah ditetapkan sebagai penutup dari Kerasulan dan Kenabian serta agama, dan sudah ditentukan sebagai peraturan yang sesuai untuk masyarakat manusia seluruh zaman!
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 19)
“Barangsiapa yang mengharapkan agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya; dan kelak di akhirat, ia akan termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran: ayat 85)
2). Kapitalisme membentuk jurang perbezaan dalam masyarakat, lalu mengutamakan beredamya harta dan penghasilan di kalangan kelas itu saja. Kapitalisma mengutamakan kekuatan dan kedaulatan kelas, yang turut mempunyai modal dan saham. Cara yang seperti ini tidak dibenarkan dalam Islam. Islam menetapkan perlunya mengatur hak milik individu, dan menghapuskan perbuatan mengumpul kekayaan, Islam menetapkan peraturan-peraturan yang menjamin penghapusan pengumpulan harta-harta itu, dan memerintahkan supaya harta itu dibahagikan di kalangan masyarakat, dengan cara yang sebaik-baiknya. Allah Subhanahu Wata’ala memberi tuntunan dalam Al-Qur’an:
“Harta yang diperoleh dari orang kafir tanpa perang (Fai’), yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-Nya, yang berasal dari penduduk kota-kota yang belum masuk Islam, itu adalah untuk Allah, untuk Rasulullah, dan untuk kaum kerabatnya, dan untuk anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang sedang berada dalam perjalanan; supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang yang kaya di antara mereka.” (Surah Al-Hasyr: ayat 7)
Dan tuntutan itu disertai ancaman:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih.” (Surah At-Taubah: ayat 34)
3). Kapitalisme mengamalkan kebebasan individu, dan membolehkan pengumpulan. Ajaran ini bererti memuaskan jiwa kerakusan dan segelintir individu-individu yang kaya dan merugikan golongan masyarakat yang tidak kaya. Tentulah ini bertentangan dengan Islam, kerana semenjak dari langkah pertamanya, Islam sudah mengutamakan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, dan mengharamkan berbuat sesuatu yang membahayakan kepentingan umum.
Dalam hal ini Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berpesan:
“Tidak boleh berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri, dan tidak boleh berbuat sesuatu yang membahayakan orang lain.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dan Ibnu Abbas).
Oleh sebab ini, Islam mengharamkan pengumpulan harta benda, merampas hak orang lain, atau memakan harta mereka dengan cara yang salah. Di samping itu, Islam memberikan kemerdekaan kepada manusia seluruhnya. Dengan demikian Islam menjaga keseimbangan antara kesejahteraan individu dan kesejahteraan masyarakat.
4). Kapitalisme memperbolehkan orang-orang kaya mengamalkan “Riba!” Hal ini jelas bertentangan dengan Islam. Islam mengharamkan riba dalam segala bentuknya. Kenyataan membuktikan, bahawa riba itulah biang keladi yang menyebabkan dunia menderita oleh kegoncangan dan pergolakan. Mereka,merasa riba itu sebagai tulang belakangnya; Sedang dalam Ayat lain diterangkan pula:
“Orang-orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran tekanan penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata, bahawa sesungguhnya bejual-beli itu sama dengan riba. Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba...”
(Surah Al-Baqarah: ayat 275)
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah...”
(Surah Al-Baqarah: ayat 276)
Dan selanjutnya diberi peringatan:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkanlah sisa riba yang belum dipungut, jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak bertindak meninggalkan riba itu, maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 278-279)
5). Akhirnya, Kapitalisme itu bertentangan dengan Islam, kerana Kapitalisme itu menilai manusia hanya sebagai benda saja, tidak memiliki jiwa dan fikiran serta budi pekerti dan tujuan-tujuan kerohanian. Kapitalisme itu tidak pernah menghiraukan, bagaimana seharusnya usaha yang dilakukan, supaya masyarakat dapat ditingkatkan rohaninya dan ditinggikan jiwanya. Kapitalisme, bersama-sama dengan aliran-aliran materialisme yang lain-lain, semuanya ditolak oleh Islam.
bersambung...Kita dan Komunisme
"Semoga Allah memberi taufik pada kita.."
Comments