Hidup Kita Sebuah Proses
Duhai Jiwa,
Jangan melihat jauh ke dalam jiwa lain.
Sang Pencipta telah menjadikan dirimu sebagai ciptaan terbaik.
Pandanglah ke dalam dirimu dan sekitarmu,
Nescaya kamu akan melihat pelajaran dariNya.
Memang sebahagian manusia seringkali melihat manusia lain sehingga melupakan apa yang ada pada dirinya. Sepanjang kembara ini, aku belajar untuk melihat ke dalam diri. Satu introspeksi yang tiada penghujungnya.
Suasana di Islamic Centre Iqro’ tenang. Udaranya segar dan tiupan angin membelai lembut jiwa-jiwa yang penuh bersemangat. Itulah ’air-cond’ Ilahi nikmat untuk hambaNya.
Malam itu merupakan malam pertama aku di Jakarta. Setelah melalui hari pertama kembara ke Jawa ini, diriku merasakan semangat yang lebih kuat kerana aku belum mendapat apa yang aku hendaki daripada kembara ini. Satu hari belum cukup untuk menilai misi kembara ini.
Setelah selesai makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taushiyah yang sungguh bermakna dan berkait rapat dengan diri kami. Seorang akh yang saya kenali, akhi Casudi, memulakan bicaranya dengan lembut tetapi bersemangat…
Teringat aku akan susunan kata-katanya yang membekas dalam diri..
“Kenapa para pejuang dakwah tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mereka walaupun berhadapan pelbagai mihnah dan tribulasi yang bertujuan mematahkan semangat juang mereka? Bahkan setiap kali ditimpa ujian yang besar, mereka menjadi semakin kuat. Adik-adik yang saya cintai kerana Allah, perkara ini terjadi kepada mereka kerana mereka telah melalui sebuah ‘proses’. Proses yang membentuk mereka sehingga menjadi begitu kuat.
Apakah proses situ? Tidak perlu kita melihat perkara-perkara yang jauh dari kita. Cuba kita perhatikan apa yang ada disekeliling kita untuk memahami proses tersebut. Cuba perhatikan apa yang ada di bawah kalian. Jubin yang sedang kalian duduki memberi erti yang besar.
Apa kaitan kita dengan jubin? Jubin yang sedang kalian duduki berasal daripada tanah yang terpilih. Daripada banyak tanah, hanya tanah tersebut yang terpilih. Apakah yang dikenakan ke atas tanah tersebut untuk menjadi indah? Tidak lain tidak bukan, tekanan dan haba panas yang mengiringi tanah-tanah tersebut sepanjang proses pembentukan menjadi jubin. Semakin kuat tekanan dan tinggi habanya, semakin cantik dan berkualiti jubin itu akan terhasil. Begitulah kita ikhwah dan ahawat yang saya cintai sekalian. Perjalanan hidup kita mengajak kita untuk mengikuti proses ini, iaitu proses ‘tarbiyah’. Memang kadangkala sepanjang proses ini terdapat beberapa perkara yang tidak kita sukai seperti penat lelah, luka dan duka. Akan tetapi, seperti kisah jubin tadi, segala apa yang kita bakal hadapi adalah proses dan hanya mereka yang mempunyai niat yang suci dan tekad yang tinggi akan berjaya melali proses ini…”
“Tarbiyahlah dirimu dengan tarbiyah yang sukar..”
Dalam diam, diri ini bertekad untuk tergolong dalam golongan jubin yang paling kuat dan berkualiti….Aku ingin berprestasi untuk ILAHI!!
19 Mei 2009
Johor Bahru..
Comments