Tuesday, January 24, 2012

selalu lupa


Malam itu sungguh letih. Baru selesai dikerah tiga hari dua malam.

Mendaki dua  bukit tanpa pemandu. Hanya berpandukan kompas dan peta topografi yang
berusia puluhan tahun dahulu ditambah tersesat lapan jam kerana mendapat arahan
yang salah, berperang dengan nyamuk, kayak di'tibai' ombak, konflik
dengan ahli kumpulan...dan macam-macam lagi. Memang penat dalam kegembiraan.

Murabbi ketika itu berpesan, "Selalu kita lupa setelah dapat nikmat.
Bila kita lapar, Allah bagi makanan. Mula2 kita ingat Allah . Kita baca
bismillah. Bila dah kenyang, kita lupa ucap alhamdulillah..."

Ya..setelah melalui hari-hari yang menguji fizikal, mental dan ukhuwwah
(cara mengenal sahabat ialah dengan berjalan..tidur...bersamanya), malam
itu kami disaji dengan kerehatan yang merehatkan. Kalau sebelum ini berada di
hutan berjalan-jalan, malam itu tiada aktiviti berat....

Dan malam pun berlabuh. Menunggu hari esoknya.

~*~

Dan pagi itu kami direndam dalam air sungai yang serius sejuk. Kerana apa?
Kerana tidak bangun qiam. Khemah digegar...sedar-sedar, dah masuk subuh.
Tengok kiri, tengok kanan, semua tak bangun T_T. Dikerah untuk berlari pusing
padang beberapa kali sebelum dibasahkan.

"Anda selalu sebut pasal perjuangan, rasulullah, sahabat...perjuangan palestin,
al-qassam...hasan al-banna, da'wah, tarbiyah....tapi tak bangun qiam!..orang
macam anda ke yang nak dikatakan berjuang untuk islam...!"

semua tertunduk malu .  .  .  .

[munir] jom bermukhayyam di Banff, Jasper, Algonquin Park, Gatineu Park. :-)

Thursday, January 5, 2012

negeri hujan


masih ingatkah cuti winter kita yang hangat?

berpagi-pagi dengan menghayati ayat-ayat suci quran.

berjalan-jalan di Granville island. Lunch dengan fish and chip, burger tiram.
Berlayar atas air dengan aquabus meninggalkan ikan-ikan salmon terbaring di atas
ais membeku.

berpergian dengan Seabus ke North Vancouver, mengunyah ekor memerang bersalut coklat.

menaiki West Coast Express dihiasi dengan banjaran gunung-gunung memutih di kiri.

berkumpul di tingkat tinggi, berlatar belakang panorama indah - lautan luas
ber'wallpaper gunung2 terpasak di bumi. Menghayati semula sejarah silam kita yang
penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Bukan untuk diketahui, tapi untuk difahami.

demi masa di gastown dengan jam berwap. Bila tiba masanya-bebola besi mengubah keseimbangan-maka akan berbunyi.
mengingatkan manusia-manusia yang sibuk dengan urusan harian.

berlari2 dan berdapakap ukhuwwah di Wreck Beach. Ditemani ombak2 kecil.

menghirup udara malam di taman 1001 ekar, Stanley park.

dan akhirnya, kembali ke temapt masing-masing.

Ya, kita ada cita yang besar. Merealisasikan tujuan hidup kita yang BESAR.
Kerana CINTA kepada ALLAH, kita berusaha.

Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya.
Bukankah ukhuwah itu juga nikmat yang besar?

3:103

munir,
lapangan terbang vancy,
1300
5/1/11

Tuesday, December 13, 2011

cahaya

Sekarang musim peperiksaan. Lihat kiri, tengok kanan..semua tengah study.
Kadang-kadang rasa kering~

Alhamdulillah, Allah kurniakan teman-teman membasahkan hati.

~*~

Pesan mereka....

Hati kita, tanpa iman...buta...seperti mata tak dapat melihat tanpa cahaya.
akan meraba2 dalam terang cahaya matahari...
yang buta di dunia, pada hari akhirat juga akan buta.

Kita akan lemas...seperti kita sedang memandu dalam gelap gelita.
Tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Lemas.
Hati kita juga begitu. Akan resah dan gelisah jika cahaya itu tiada.
Bila solat, rasa kering. Bila baca quran, tak merasa.
Bila melihat bencana alam, tak terkesan. Tanda hati berdosa.

Bila masuk cahaya dalam hati, akan terang dan terbuka.

Friday, December 9, 2011

nota harmoni

Awal tahun ini, ketika rehlah bersama keluarga besar di Kanada, saya diminta untuk memberi tazkirah. Ketika itu musim bunga. Ini merupakan rehlah pertama sejak menjejak kaki di negeri ini.


Sambil duduk di tepi air terjun Webster yang dingin, kami berkumpul, merenung jauh ke dalam diri.

Webster's Fall, Hamilton [gambar lagi] ini bukan gambar google :-)

Saya kongsikan, catatan tazkirah tersebut.

~*~
Thabrani dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Ibnu Abbas, katanya, "Orang-orang Quraisy datang menemui orang-orang Yahudi, tanya mereka, 'Bukti-bukti apakah yang dibawa oleh Musa kepada tuan-tuan?' Jawab mereka, 'Tongkatnya dan tangannya yang putih bagi mata yang memandang.' Kemudian mereka datangi lagi orang-orang Nasrani, lalu menanyakan, 'Apa mukjizat Isa?' Jawab mereka, 'Menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya, orang yang berpenyakit kusta bahkan menghidupkan orang yang telah mati.' Setelah itu mereka menjumpai Nabi saw., kata mereka, 'Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Shafa ini dijadikannya sebagai bukit emas.' Maka Nabi pun memohon kepada Tuhannya, lalu diturunkan-Nyalah ayat, 'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi...' (Q.S. Ali Imran 190). Maka hendaklah mereka merenungkannya!"

Al-Quran 2:190-194

  • Seluruh alam ini adalah ‘kitab terbuka’ yang dalamnya mengandungi tanda-tanda dan bukti keyakinan (‘aqidah)
  • Alam ini menjadi tanda bahawa di sebalik alam syahadah ini, ada alam lain di mana penanggungjawaban dan ganjaran akan diputuskan. (4 musim, mati tumbuh tumbuhan)
  • Hanya mereka yang faham akan dapat melihat dan menghargai, iaitu mereka yang melalui kehidupan tanpa mata dan minda yang tertutup.
  • Ingat Allah ketika duduk, bangun etc…setiap masa ada saat yang boleh ingatkan kita kepada Allah
  • Alam menjadi tanda kewujudan Sang Pencipta, Allah. Aturan ekosistem yang indah mengajar kita bahawa kita perlu bergerak sekali dengan alam
            o Alam tidak melanggar sistem Allah. Alam semua ikut aturan. Tetapi adakah kita? Kita yang ganjil sebenarnya, majoriti ikut sistem Allah..
  • Tengok air dan batu-beza sifat-tapi bergerak bersama membemtuk suasana harmoni, tenang. Latar belakang kita mungkin berbeza. Potensi kita pasti berbeza. Perlu ada sesuatu yang menyatukannya.
  • Bumi ini, Allah akan wariskan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apa sumbangan yang telah kita berikan?
                o Bukan tanah yang menjadi persoalan, tetapi manusia yang menghuni.
                o Yatsrib takkan jadi Madinah Munwarrah tanpa muhajirin dan ansar yang menghuni.
                o Tapi bumi yang kita pijak, bukan kebetulan Allah wujudkan di situ. Ada tanggungjawab yang
                   perlu dimainkan.

Monday, November 28, 2011

gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
Kami Tak Mampu
Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan,
keretapi dah mula berjalan,
sempat dikejar lagi kerana masih perlahan.
Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan
menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu:
“kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…”
Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu!
Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha,
sekurang-kurangnya kurasa berpada juga.
Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja,
tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata…
Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa.
Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa,
tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga !
Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata:
“Duhai sahabat, bagilah kami masa…”
Terangkan maksudmu masa yang macam mana,
sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya)
bilamana kefahamanmu ada, tapi perlaksanaan tiada?
Kalau nak tunggu engkau sempurna kesemuanya,
entah bila waktu itu akan tiba?
Dan madah “kami tak mampu” itu sedap benarkah menjadi halwa telinga?

Isy! Mengapa nak bertindakpun engkau kecut perut ?
Takutkah tersilap, bimbang orang lain akan menyebut?
Bukankah jika terjadi kesilapan atau kelemahan
sekurang-kurangnya membolehkan kita belajar dari pengalaman?
Ayuh, laksanakanlah Islam dengan kekuatan dan persediaan yang ada,
perbaharui Iman, pertingkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.
Bukankah itu lebih baik daripada duduk saja,
berpeluk tubuh membuang masa?
Takut nanti bila ujian Allah datang melanda,
engkau tergaru kepala terpinga-pinga.
Bukankah jika di waktu itu juga baru kalut-kalut nak mula,
mustahillah barisan Islam yang mampu bekerja boleh terbentuk dalam sehari dua.
Jadi hambat keretapi yang semakin deras bergerak sebelum terlewat masa,
dapat menyempit di gerabak hujungpun dah mujur besar rasanya.
nukilan Nawar M. Adiy, Petaling Jaya, 31.12.1986
dipetik dari “Ke mana Hendak Dituju” Susunan  Mustafa Ramadan.

Friday, November 25, 2011

bawah jambatan


Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius.
Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza.
Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O.

Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr..

Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama.
Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing
dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani).

Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan.

Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut.
Ya, anjing bersama tuan berjogging bersama dalam cuaca sejuk.

"Apa agaknya yang membuatkan orang itu sanggup bangun pagi-pagi..dahla cuaca sejuk...untuk bawa anjing dia jalan-jalan?...

yang lain tertanya-tanya...?????? at least orang itu ada agenda harian dia yang dia anggap besar..iaitu untuk melayan anjing itu..dan untuk kita...pagi-pagi..kalau cuaca sejuk..kita bermalas-malasan..mungkin tengahari baru bangun..macam tak ada agenda besar yang perlu dilakukan pada hari itu.

Cuba bayangkan kalau waktu penerbangan kita pada awal pagi..mesti kita akan bangun dan tergesa-gesa untuk ke airport. Ataupun pagi itu ada jamuan raya atau perlawanan bola..mesti kita akan bangun awal..siap suruh member kejut dan sebagainya...

hanya agenda yang kita anggap besar yang boleh menggerakkan kita..walaupun sedang malas dan berat...

takkan hidup kita pada hari itu lebih 'tak bermakna' dari orang tadi yang bawa anjing dia berjalan...

bukankah setiap hari kita ada agenda besar di awal pagi..subuh kita....adakah itu kita tak anggap besar? ataupun memang kita tak rasa itu agenda besar..ini belum lagi cerita tentang agenda hidup.."

oh ya lupa..kejadian ini berlaku pada waktu pagi.

[munir] peringatan yang 'basah' pada hari itu.


Saturday, November 19, 2011

Ihtifal itu hari best

Teringat dulu-dulu pergi ihtifal SRI Hidayah. Tengok adik-adik comel membuat persembahan.

Tahun ini...tahniah, mabruk kepada Tasnim. Dapat hadiah akademik cemerlang dan hafazan terbaik...
Dan juga berjaya nenjadi burung yang terbang tinggi melangit.

Juga kepada adik-adik SRI Hidayah yang lain. Antum semua cemerlang sebab murobbi2 cemerlang.




Blog Widget by LinkWithin