Tuesday, December 13, 2011

cahaya

Sekarang musim peperiksaan. Lihat kiri, tengok kanan..semua tengah study.
Kadang-kadang rasa kering~

Alhamdulillah, Allah kurniakan teman-teman membasahkan hati.

~*~

Pesan mereka....

Hati kita, tanpa iman...buta...seperti mata tak dapat melihat tanpa cahaya.
akan meraba2 dalam terang cahaya matahari...
yang buta di dunia, pada hari akhirat juga akan buta.

Kita akan lemas...seperti kita sedang memandu dalam gelap gelita.
Tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Lemas.
Hati kita juga begitu. Akan resah dan gelisah jika cahaya itu tiada.
Bila solat, rasa kering. Bila baca quran, tak merasa.
Bila melihat bencana alam, tak terkesan. Tanda hati berdosa.

Bila masuk cahaya dalam hati, akan terang dan terbuka.

Friday, December 9, 2011

nota harmoni

Awal tahun ini, ketika rehlah bersama keluarga besar di Kanada, saya diminta untuk memberi tazkirah. Ketika itu musim bunga. Ini merupakan rehlah pertama sejak menjejak kaki di negeri ini.


Sambil duduk di tepi air terjun Webster yang dingin, kami berkumpul, merenung jauh ke dalam diri.

Webster's Fall, Hamilton [gambar lagi] ini bukan gambar google :-)

Saya kongsikan, catatan tazkirah tersebut.

~*~
Thabrani dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Ibnu Abbas, katanya, "Orang-orang Quraisy datang menemui orang-orang Yahudi, tanya mereka, 'Bukti-bukti apakah yang dibawa oleh Musa kepada tuan-tuan?' Jawab mereka, 'Tongkatnya dan tangannya yang putih bagi mata yang memandang.' Kemudian mereka datangi lagi orang-orang Nasrani, lalu menanyakan, 'Apa mukjizat Isa?' Jawab mereka, 'Menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya, orang yang berpenyakit kusta bahkan menghidupkan orang yang telah mati.' Setelah itu mereka menjumpai Nabi saw., kata mereka, 'Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Shafa ini dijadikannya sebagai bukit emas.' Maka Nabi pun memohon kepada Tuhannya, lalu diturunkan-Nyalah ayat, 'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi...' (Q.S. Ali Imran 190). Maka hendaklah mereka merenungkannya!"

Al-Quran 2:190-194

  • Seluruh alam ini adalah ‘kitab terbuka’ yang dalamnya mengandungi tanda-tanda dan bukti keyakinan (‘aqidah)
  • Alam ini menjadi tanda bahawa di sebalik alam syahadah ini, ada alam lain di mana penanggungjawaban dan ganjaran akan diputuskan. (4 musim, mati tumbuh tumbuhan)
  • Hanya mereka yang faham akan dapat melihat dan menghargai, iaitu mereka yang melalui kehidupan tanpa mata dan minda yang tertutup.
  • Ingat Allah ketika duduk, bangun etc…setiap masa ada saat yang boleh ingatkan kita kepada Allah
  • Alam menjadi tanda kewujudan Sang Pencipta, Allah. Aturan ekosistem yang indah mengajar kita bahawa kita perlu bergerak sekali dengan alam
            o Alam tidak melanggar sistem Allah. Alam semua ikut aturan. Tetapi adakah kita? Kita yang ganjil sebenarnya, majoriti ikut sistem Allah..
  • Tengok air dan batu-beza sifat-tapi bergerak bersama membemtuk suasana harmoni, tenang. Latar belakang kita mungkin berbeza. Potensi kita pasti berbeza. Perlu ada sesuatu yang menyatukannya.
  • Bumi ini, Allah akan wariskan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apa sumbangan yang telah kita berikan?
                o Bukan tanah yang menjadi persoalan, tetapi manusia yang menghuni.
                o Yatsrib takkan jadi Madinah Munwarrah tanpa muhajirin dan ansar yang menghuni.
                o Tapi bumi yang kita pijak, bukan kebetulan Allah wujudkan di situ. Ada tanggungjawab yang
                   perlu dimainkan.

Monday, November 28, 2011

gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
Kami Tak Mampu
Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan,
keretapi dah mula berjalan,
sempat dikejar lagi kerana masih perlahan.
Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan
menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu:
“kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…”
Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu!
Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha,
sekurang-kurangnya kurasa berpada juga.
Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja,
tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata…
Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa.
Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa,
tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga !
Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata:
“Duhai sahabat, bagilah kami masa…”
Terangkan maksudmu masa yang macam mana,
sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya)
bilamana kefahamanmu ada, tapi perlaksanaan tiada?
Kalau nak tunggu engkau sempurna kesemuanya,
entah bila waktu itu akan tiba?
Dan madah “kami tak mampu” itu sedap benarkah menjadi halwa telinga?

Isy! Mengapa nak bertindakpun engkau kecut perut ?
Takutkah tersilap, bimbang orang lain akan menyebut?
Bukankah jika terjadi kesilapan atau kelemahan
sekurang-kurangnya membolehkan kita belajar dari pengalaman?
Ayuh, laksanakanlah Islam dengan kekuatan dan persediaan yang ada,
perbaharui Iman, pertingkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.
Bukankah itu lebih baik daripada duduk saja,
berpeluk tubuh membuang masa?
Takut nanti bila ujian Allah datang melanda,
engkau tergaru kepala terpinga-pinga.
Bukankah jika di waktu itu juga baru kalut-kalut nak mula,
mustahillah barisan Islam yang mampu bekerja boleh terbentuk dalam sehari dua.
Jadi hambat keretapi yang semakin deras bergerak sebelum terlewat masa,
dapat menyempit di gerabak hujungpun dah mujur besar rasanya.
nukilan Nawar M. Adiy, Petaling Jaya, 31.12.1986
dipetik dari “Ke mana Hendak Dituju” Susunan  Mustafa Ramadan.

Friday, November 25, 2011

bawah jambatan


Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius.
Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza.
Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O.

Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr..

Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama.
Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing
dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani).

Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan.

Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut.
Ya, anjing bersama tuan berjogging bersama dalam cuaca sejuk.

"Apa agaknya yang membuatkan orang itu sanggup bangun pagi-pagi..dahla cuaca sejuk...untuk bawa anjing dia jalan-jalan?...

yang lain tertanya-tanya...?????? at least orang itu ada agenda harian dia yang dia anggap besar..iaitu untuk melayan anjing itu..dan untuk kita...pagi-pagi..kalau cuaca sejuk..kita bermalas-malasan..mungkin tengahari baru bangun..macam tak ada agenda besar yang perlu dilakukan pada hari itu.

Cuba bayangkan kalau waktu penerbangan kita pada awal pagi..mesti kita akan bangun dan tergesa-gesa untuk ke airport. Ataupun pagi itu ada jamuan raya atau perlawanan bola..mesti kita akan bangun awal..siap suruh member kejut dan sebagainya...

hanya agenda yang kita anggap besar yang boleh menggerakkan kita..walaupun sedang malas dan berat...

takkan hidup kita pada hari itu lebih 'tak bermakna' dari orang tadi yang bawa anjing dia berjalan...

bukankah setiap hari kita ada agenda besar di awal pagi..subuh kita....adakah itu kita tak anggap besar? ataupun memang kita tak rasa itu agenda besar..ini belum lagi cerita tentang agenda hidup.."

oh ya lupa..kejadian ini berlaku pada waktu pagi.

[munir] peringatan yang 'basah' pada hari itu.


Saturday, November 19, 2011

Ihtifal itu hari best

Teringat dulu-dulu pergi ihtifal SRI Hidayah. Tengok adik-adik comel membuat persembahan.

Tahun ini...tahniah, mabruk kepada Tasnim. Dapat hadiah akademik cemerlang dan hafazan terbaik...
Dan juga berjaya nenjadi burung yang terbang tinggi melangit.

Juga kepada adik-adik SRI Hidayah yang lain. Antum semua cemerlang sebab murobbi2 cemerlang.




Wednesday, October 12, 2011

kamu siapa?

Kamu siapa ?

“Saya presiden persatuan dakwah sini”. Ini bisa disebut.

“Saya ketua cawangan dakwah sini”. Ini juga boleh disebut.

“Saya pemimpin organisasi dakwah”. Ini sangat mudah disebut.

“Saya yang menguruskan usrah-usrah sini”. Ini cepat disebut.

Tapi, kamu siapa ?

“Saya orang yang selalu berdakwah. Pagi, siang, petan dan malam. Kelelahan adalah kenikmatan. Perjuangan adalah kemuliaan. Saya bahkan tidak tahu, apa nama diri saya. Karena saya lebih suka memberikan hal terbaik bagi dakwah, daripada mencari definisi saya sebagai apa di jalan ini”.

Ya. Nikmati saja jalan ini. Sebagai apapun, atau tidak sebagai apapun diri kita di jalan dakwah. Jangan gagal menikmati.



(diubah dari http://cahyadi-takariawan.web.id/?p=1745)

Wednesday, September 14, 2011

comot itu bermakna

ketika itu, sedang bermesyuarat dengan seorang pengurus taman asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang sedang 'top' di Malaysia. Di sela-sela perbincangan, beliau kongsikan sebuah kisah menarik dan penuh bermakna.

Tentu, kisah berkenaan seorang murid tadika.

~*~
[awan Alberta]

Pada masa itu, merupakan sesi mata pelajaran pendidikan seni (P.S). Awan di langit cerah. Tugasan pada hari tersebut ialah murid-murid diminta untuk melukis dan mewarna menggunakan warna air (dulu sekolah rendah selalu beli warna air RM2 sekotak). Tema lukisan ialah keindahan alam.

Jaddi, murid tersebut mengambil sehelai kertas bersaiz A3 daripada cikgunya. Lalu, dia melihat keluar tingkap. Dia melihat langit biru. Dengan gembiranya, dia mencelup berus cat ke dalam cat berwarna putih dan membuat tompok-tompok putih diselang-seli dengan warna biru muda untuk warna langit.

Dalam keseronokan murid tersebut, tiba-tiba langit menjadi gelap. Hujan turun dengan lebat. Kilat sambar menyambar. Murid itu terfikir. Lalu diambil berus catnya dan mencelupkan berus tersebut dalam bekas cat yang berwarna hitam. Dia terus mewarnakan kertas lukisan tersebut.

Cuaca ketika itu menjadi tidak menentu. Kali ini, langit bertukar warna merah-kemerahan. Lalu murid tersebut mengambil cat berwarna merah dan mewarnakan kertas lukisan tersebut.

Bila waktu P.S tamat, murid itu tersenyum kepuasan.

Ingat, tema lukisan tersebut ialah 'keindahan alam'

~*~

Ketika hari pertemuan ibu-bapa bersama cikgu-cikgu, cikgu P.S murid tersebut menunjukkan hasil lukisan dia kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya terkejut kerana apa yang dilihat ialah sehelai kertas bersaiz A3 yang dipenuhi dengan tompokan warna yang tidak indah.hitam.merah.biru.putih. Comot.

Cikgu itu tersenyum lalu berkat, "Tuan dan puan yang saya kasihi, apa yang sedang anda lihat adalah satu karya keindahan. Mungkin keindahan tersebut bukan pada hasil akhir lukisan tersebut, tetapi keindahan terletak pada hasil pembelajaran yang diperoleh anak tuan dan puan dalam menyiapkan lukisan tersebut." Pada hari tersebut, anak mereka mengetahui bahawa langit tidak selamanya biru. Langit boleh bertukar warna.

~*~

Proses mencapai sesuatu itu penting. Hasilnya, terserah Allah.

Monday, July 25, 2011

shine


ketika itu kami duduk saling bertatap. Melihat mereka, perasaan itu kembali~

~*~
[flashback]

Gedung ilmu itu diberi nama Hikmah. Ditengah-tengah kesibukan aktviti masyarakt, bangunan itu
teguh berdiri. Kami bersepuluh masuk ke ruang utama diiringi oleh beberapa pelajar.

Diskusi petang itu berkisar sekitar persoalan ......(tak penting)

Selesai berdiskusi dan menikmati beberapa biji donut (yang dihidang),
kami turun ke tingkat bawah (diskusi di tingkat dua).
Kami berkumpul dan membuat satu bulatan. Ketika itu, kami berdiri saling bertatap...
Mereka menyanyikan sebuah lagu yang memberi makna.
Walaupun sudah beberapa kali mendengar lagu tersebut..
tapi kali ini suasana dan mood menepati dengan intipati lagu tersebut~

"Selamat tinggal sahabatku
ku kan pergi berjuang
menegakkan cahaya islam 
jauh di negeri seberang..."

Entah bagaimana kelenjar di mata mula mengeluarkan rembesan air.
mereka melepaskan kami dengan sebuah harapan
~*~
Kali ini kita akan pergi jauh...
Kekuatan diri dan lingkungan sosial perlu di'upgrade'
dengan semangat kefahaman, kita bakal melangkah.
dengan kesedaran bahawa Allah memberi amanah kepada kita,
untuk memberi sinar kepada peraba dalam terang mentari,
maka anda perlu berKILAU, dan sememangnya anda layak..
maka berKILAUlah!

Bangi,
240711
2241 

Saturday, July 2, 2011

terkumpul dalam satu

kem belia2 otai-Zubayr al-Awwam


Antara 20 dan 52. Ternyata umur bukan penghalang. Kita memang pernah berjumpa dengan anak-anak kecil yang berjiwa besar. Kita memang pernah berjumpa dengan pakcik2 berjiwa muda. Begitu juga sebaliknya. Ternyata mengadili manusia dengan umur adalah tidak adil.

Tentu Abu Bakar dan Umar tidak setuju dengan pelantikan Usamah yang jauh lebih muda. Tapi, mereka telah menunjukkan tauladan bagaimana untuk menilai umur seseorang. Sebagaimana Umar melayan Ibnu Abbas ketika sahabat 'senior' yang lain menegurnya.

~*~
Kagum melihat seorang pakcik bersemangat. Pakcik ini istimewa berbanding yang lain. Separuh badan beliau ~lumpuh (kanan). Tapi setiap kali diri ini hadir ke program-program tarbawi, beliau pasti ada. Dengan keterbatasan pergerakan, beliau tetap hadir. Baik daurah...katibah...qiam...mukhayyam, semua dihadirinya. Pasti semangat itu ddatang dari tarbiyah yang dilalui..
~*~

Semoga Allah jadikan kita kuat..

[munir] dah lama tak menulis~

Friday, June 24, 2011

bertemu


Mabruk dan Tahniah kepada antum....
Agar kita saling mendoakan..dan bersatu dalam rabithoh

aku diingatkan...
kita harus saling memberi pesan
dari banner kita pasak ke bumi
insyaaLlah.

dan banyak yang aku pelajari
dan perlu terus belajar

~*~
masihkah kau ingat kata

"Hari ini, saya mengingat kembali ketika zaman awal kenabian.
Saya mengingat kembali, perjuangan diteruskan oleh khulafa' rasyidin
terus menerus...tabi'ien, tabie' tabi'ien...

dan ketika beberapa orang ikhwah bertemu dengan saya dengan wajah penuh keazaman
....
sehingga hari ini...kita berkumpul...
dan akan datang....

mari kita menjadi mata rantai seterusnya...

dan di mana pun Allah mencampak kita...
tidak menjadi jaminan tempat sekian-sekian menjadikan kita lebih baik
daripada saudara kita yang lain. Allah itu Maha Adil.

[inspirasi: brader-brader tsm]

Friday, May 27, 2011

penghubung zaman



Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan.

Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka.

Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya.

Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan.

Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lalu dan masa depan.

Jadi, untuk menguasai zaman ini, kita perlu ambil sesuatu dari masa lalu untuk dihubungkan dengan masa kini. Kemudian, dihubungkan dengan masa depan. Bukan semua di masa lalu tidak relevan. Jangan buang masa dengan meruntuhkan kembali bangunan yang sedang dibina. Tapi perlu pandai memanfaatkan peluang dari bangunan yang dibina.

Dengan syarat, kita cuba memahami masa lalu.
Dan ingat, kita berdiri antara dua zaman.

[munir] terjadi satu perbualan di kantin~

Tuesday, May 17, 2011

ada tiga


17/5/11
Peribadinya sederhana. Muwajih itu mula berbicara ringkas;
~*~
Ada tiga cara untuk hidup sederhana.
1. Memasang niat
- Banyak himpunan hadis bermula dengan hadis prihal.
- Pelbagaikan niat apabila hendak berniat (e.g bila datang satu program, banyakkan niat)
2. Memasang target
- Tiada target dalam beramal seperti membiarkan layang-layang terputus tali, bebas dibawa angin.
- Target boleh meringkaskan hidup.Selepas 23 tahun kerasulan, umat Islam berjaya dengan izin Allah, mencapai hasil ratusan dan ribuan tahun jika dicapai oleh manusia-manusia lain. Tidak mungkin ini terjadi jika Rasulullah tidak mempunyai target yang jelas.
3. Memasang strategi
- Mencari jalan yang terbaik untuk mencapai target
"Siapa berhenti berinovasi, dia menjadi bagian dari sejarah masa lalu"

[munir] kan dah kata, ringkas.
[munir] Pak. M titip salam buat semua peserta R2A, R2J 1-4 dan R2S.

Monday, May 16, 2011

manusia, khalifah, Allah dan D.....

Allah menciptakan manusia dengan tanggungjawab...
tanggungjawab sebagai HAMBA dan KHALIFAH...
apa tanggungjawab tersebut?
ikuti di sini TARBIYAHONLINE ... best2

Wednesday, May 11, 2011

kembara hati

Selesai mesyuarat via sms.
~*~
Program kita ditundakan sehari atas masalah beberapa ikhwah terdampar di Regina akibat cuaca buruk di Manitoba-Saskachewan. Rancangan asal 3-4 Mei ditunda ke 4-5 Mei. Pasti ada hikmah desus hati kecil.
Pagi 3 Mei: Hujan turun sepanjang hari di tempat program yang dirancang. (Ada hikmah program ditunda sehari..Alhamdulillah)
Kembara Hati kali ini bertemakan ayat 3:190-194 Jom berjalan, melihat dan mentafsir~Biar gambar menceritakan segalanya~

4 Mei 2011
Webster Fall, Hamilton

Day 2: sambung nanti~

Friday, May 6, 2011

Hilwi dan Lila

"..jika mengembara, cari dan selami kisah-kisah perjuangan di tempat yang dituju.."

Pada tahun 1871, sejarah telah mencatatkan kisah 13 orang yang berlabuh di pantai timur negeri ini. Pada tahun 1931, census mencatatkan sebanyak 645 orang. Mereka merupakan muslim terawal yang menetap di sini. Kini dijangka berjumlah lebih kurang satu juta orang.
~*~
Pada awal 1930-an, sekumpulan wanita Islam telah bertemu dengan datuk bandar, John Fry, dengan tujuan untuk memohon sebidang tanah untuk pembinaan masjid. Ketika pertemuan itu, John berkata kepada mereka, 'Kamu tidak ada duit untuk membina masjid." Dengan tegas dan penuh keyakinan mereka menjawab, "Kami akan dapatkan duit itu." Syarat yang dikenakan: sejumlah wang sebanyak $5000. Satu jumlah wang yang besar di masa ekonomi sedang merudum. Mereka tidak mengalah. Mereka pusing sekeliling bandar mengetuk pintu-pintu kedai tanpa mengira agama dan bangsa meminta sokongan.                                                                                                                        
Kita hanya boleh berusaha, tetapi hasil di tangan Allah. Sekumpulan wanita tersebut hanya boleh berusaha  dengan ikhlas dan Allah telah membalas usaha mereka dengan terbinanya masjid pertama di Kanada  pada tahun 1938. Kini, masyarkat Edmonton memakmurkannya setiap hari. Mungkin ramai yang tidak mengenali wanita-wanita tersebut, tetapi mereka tetap menyejarah.  Semoga Allah membalas mereka dengan syurga.

(ada kisah lain selepas itu....di sini)

...dan mungkin hari ini kita sedang memasukkan satu bata dalam susunan ribuan batu-bata untuk membina sebuah masjid besar yang pasti akan siap. Cuma tidak tahu bila. Yang pasti, masjid tersebut tidak akan siap jika tiada siapa yang mula meletekkan satu bata...

Oh, saya lupa. Nama masjid tersebut ialah Masjid Ar-Rashid. Edmonton, Alberta.

Friday, April 22, 2011

of pee-ter-bor-row

[somewhere near London st. dam]

bas bergerak laju melepasi Marmora dan Havelock
menuju gerbang Kawarthas
mungkin masyarakat kota tidak mengenalnya
tapi bagi mereka yang melihat disebalik 'urbanisasi'
ia dapat memberi sebuah makna
bukankah setiap inci bumi ini masjid

di atas jambatan Faryon yang menghubungkan tebing timur dan barat
lihatlah ke bawah, sungai Otonabee mengalir indah
menguatkan tekad ke syurga...tajrii min tahtihal anhaar
sungai-sungai mengalir indah di bawah..jauh dari imajinasi manusia..

taburan alam semulajadi yang menghijau
tersusun harmoni antara flora dan fauna
semuanya mengikut aturan Ilahi, ibadah tanpa henti
mereka yang tak bersama sikap alam ini
berjalan dengan kaki di atas...pelik
sunggguh tazkirah itu ada pada ciptaanNya

mungkin bagi mereka negeri ini terpencil jauh dari kota
tapi perlu ingat tanah merupakan persoalan kedua
yang utama ialah manusia yang berpijak di atas tanah tersebut
Yatsrib menjadi 'kota bercahaya' kerana manusia beriman
tanpa hijrah yang diiringi dengan iman
kota itu mungkin akan lenyap dari lembaran sejarah
maka imanlah yang menghidupkan sesebuah kawasan

begitu juga negeri ini
mungkin lebih dikenali dengan Adam Scott yang mengasaskan Scott's Plains
tapi ada 135,000 manusia lain
ada karya yang perlu dicipta, ada kerja yang pelru dilaksanakan
ada sumbangan yang perlu diberi
jika tak dapat dilaksanakan dalam kalangan ribuan, bahkan ratusan,
tetap ada angka puluhan..dua puluh..mungkin sepuluh

empat kali melihat matahari terbenam
menandakan bermulanya hari baru
perlu meneruskan perjalanan ke 'The 416'

Semoga Allah mempermudahan urusan kita

"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah 

petunjuk yang lurus untuk kami dalam urusan kami." [al-Kahfi 18:10]


*terima kasih kepada Asyraf, Alan, Hadi, Rip, Andrew dan komuniti

Sunday, April 10, 2011

hujan

Melihat ke luar jendela, titisan air turun membasahi bumi dan menyejukkann tanah. Ada hikmah yang boleh kita belajar dari hujan. Sehalus-halus titisan hujan, segudang hikmah terkandung dan renungan (malah lebih).
~*~
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya.. [39: 21]


dan berapa banyak tumbuh-tumbuhan (e.g makanan) yang kita manfaatkan tanpa sedikit pun ingat kepada Yang memberi rezeki tersebut.


Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). [7: 57]


Ada yang boleh dipelajari dan diimani sekiranya kita berfikir.


Bila sejuk, mengeluh sejuk sangat. Bila panas, mintak hujan. Bila hujan, mengeluh basah...nak cuaca yang macamana lagi? Nak best..tunggu kat syurga ye..
(dan  tolong ingat kepada siapa kita mengeluh tu~)


Banyakkan berdoa:
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, 
waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud)

*boleh rujuk Fasal 6: Air yang terapung, Kitab Tauhid (Zindani)

Friday, April 8, 2011

Dua Bintang

Di sela-sela 'take-five', pergi cafe puisi sebentar. 
Berjumpa dengan pak Iqbal
~dia mengumandangkan sebuah puisi bermakna~
melalui lembaran catatan yang ditinggalkannya. 


Two Stars
[Muhammad Iqbal]


As two stars approached
each other, one said:


"If we could only stay
only could stop whirling,


If the sky were kinder
we'd shine together."


But this desire of two
bears longing in itself.


Stars are fated to resolve
in orbits ordained.


Together is a dream.
Separation is the law. 

Wednesday, April 6, 2011

periksa


Selamat Mengulangkaji.
Selamat Menghadapi peperiksaan.
7-18 April 2011

Untuk Allah, Rasul dan Umat.
SEMANGAT SAMPAI AKHIRAT!

Saturday, April 2, 2011

masak

[maqlooba]

Bergurau dan bercanda, seperti garam dalam masakan. 
Jika terlebih akan masin. Jika terkurang akan tawar
Tetapi tetap perlu ada dalam masakan. :-)


Saturday, March 26, 2011

dia bersama quran


"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?"
~~~

Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira. 
~*~
Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding (bayi pun boleh bersandar). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil..erm..taknak kacau..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara.

Petang itu, setelah selesai group discussion, saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerhatikan dia. Ada masanya apabila sudah penat, dia menukar posisi duduk dan terus membaca. Kadangkala rehat sebentar. Kemudian sambung semula membaca. Begitu bersungguh...macam dapat surat cinta~

Dia menutup buku tersebut dan ingin berangkat pulang ke rumah. Saya ambil kesempatan untuk berbual dengan dia (salam2, tanya2 khabar). Buku yang dibacanya sejak tengahari sampai ke petang tadi..ialah sebuah terjemahan al-Quran. "It's a very good book. I'll finish reading it." Lalu dia beredar.

~*~
"Menjadi muslim adalah menjadi kain putih.." (Mas Salim, SBASM)

[munir] dia baru bersyahadah 10 hari lalu,

Saturday, March 19, 2011

Libya @ Ottawa

Event: Freedom for Libya
Date: 19 March 2011
Location: Parliament Hill, Ottawa

The Crowd
Sheikh Ismail (Imam of Masjid Darussunnah) giving a speech
Libyan children chanting... "I want a free Libya"

May He gives victory to the people in Libya. Aameen. 

Thursday, March 10, 2011

canal itu


Setiap kali musim sejuk, Rideau Canal akan jadi tumpuan penduduk sini. Skating rink terpanjang dunia ini (7.8 km) menjadi tempat bermain ribuan manusia ketika permukaan canal ini beku.

Kali pertama melihat canal ini, disangka beku keseluruhannya. Bila terjatuh, sakit. Rupa-rupanya bila diperhatikan, masih ada air yang mengalir di bawahnya. Bila permukaan menjadi tidak rata, air akan dipam keluar sikit demi sedikit. Lalu diratakan.
~^~
Peribadi dia memang agak keras berbanding dengan yang lain. Persepsi pertama apabila bertemu dia, disangka orang yang keras. Melihat cara dia bergaul, memang keras. Tapi, ternyata saya tersilap dan bersalah kerana membuat sangkaan awal. Apabila mula mengenali dia, jiwanya lembut dan hatinya mudah tersentuh.
~^~
Seperti Rideau Canal, air lembut sentiasa ada di bawah permukaan ais yang keras. Bila masanya, air di bawah akan dikeluarkan. Siapa sangka.

[munir] Rideau Canal officially closed for the season.

Monday, March 7, 2011

q rasa q tahu

Ada seorang sahabat hadiahkan CD nasyid Riham. Semoga bermanfaat~



Klip- Riham Nasyid - Q rasa Q tahu


Esok ku terbangun

Ucapkan Syukur Alhamdulillah 
Ku tatap dunia ini 
dengan penuh rasa takjub 

Dan ku termenung 
Ingatkanku pada Diri-Nya 
Terlintas didalam benakku 
Buat apa kita hidup didunia 

Aduh aku bingung 
Bingung- bingung memikirkannya 
Aku terus berfikir 
Buat apa kita hidup didunia 


Kurasa ku tau 
Buat apa kita hidup di dunia 
Ternyata hidupku ini 
Tuk beribadah kepadaNya 

Eh eh satu lagi kawan 
Buat apa kita hidup di dunia 
Ternyata hidupku ini tuk menjaga indahnya alam ini
Tuk menjaga indahnya alam ini


[2:30] [51:56] 

wanagama



"Semua bersiap siaga! Kita akan mulai outbond kita sebentar lagi," kata salah seorang panitia. Kami terus mempersiapkan diri dengan peralatan-perlatan yang perlu. Pakaian ditukar kepada yang lebih sesuai untuk aktiviti lasak. Sedia untuk meneroka dunia luar kota di bumi baru.
~^~
Keistimewaan hutan Wanagama yang terletak di Yogyakarta (Joga istimewa untuk Indonesia) itu menarik perhatian saya. Kenyamanan udara, kesegaran nafas, kebersihan dan keindahan alam semula jadi menjadi bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Sambil menikmati itu, saya mengambil peluang merenung penciptaan-penciptaan yang mengesani iman. Istilah mereka disebut tafakkur alam.

Aktiviti outbond terus bermula (rujuk video di atas)~best!

~^~

Sekarang di wilayah maple ini, peluang untuk tafakkur alam itu selalu saja datang. Hanya hati-hati yang keras akan mampu menolaknya. Memang benar, tanda-tanda kekuasaan Allah itu tak dapat dinafikan dan ianya menjadi peluang untuk menambah iman. Teringat petikan dari buku syeikh muntalaq, ar-Raqaiq, (dengan maksud sendiri).....'Jika anda mengatakan terlalu sibuk untuk mencari masa untuk khusus untuk meningkatkan iman, pasti ada satu saat sama ada di waktu pagi, siang, petang dan malam yang boleh digunakan untuk meningkatkan iman ke tahap yang lebih tinggi...' dan jika saat itu datang, sambutlah dengan segera kerana mungkin hanya ketika itu saat itu datang.

~^~
Semoga kita diberi kekuatan dan sentiasa bersedia. waa'iddu

Thursday, March 3, 2011

surat ke langit

[mungkin ini generasi awal skype]

Zaman terus berubah. Teknologi perhubungan manusia bertambah canggih. Video conferencing, chat, email, video message, MMS, SMS, Skype, Paltalk, tinychat, YM dan sebagainya menjadi alat kebiasaan utnuk berhubung. Yang jauh dapat didekatkan, yang berpisah dapat ditemukan. Namun ada satu teknologi sepanjang zaman yang lebih hebat. Tiada gelombang yang dapat mengganggu data yang dihantar jika tidak diizinkanNya. Lafaz yang keluar dari mulut, terus melaju menerbang ke langit. Bahkan, baru terdetik di hati, surat itu melangit tinggi. Kadang-kadang memaksa keluar. Walau tiada gelombang suara dikeluarkan, Dia dapat mendengar. Alangkah indah jika  kita dapat berbuat demikian...saat merayu rindu, tiada limit masa untuk berkomunikasi. Semuanya percuma.

Agar setiap saat kita bersama Allah. Sudahkah kita berdoa hari ini?

Saya mencadangkan buku ini untuk dibaca. Tak seperti buku doa biasa~best!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin