Posts

Showing posts from 2012

kerana kekal

Image
sumber                 Tadi dalam kelas psikologi terjadi suatu persoalan menarik. "Apa yang anda rasa kalau menang lottery satu juta dollar?" tanya puan lecturer. "100% GEMBIRA," jawab salah seorang pelajar setelah ditanya. "Itu pasti, tapi berdasarkan statistik, perasaan gembira itu tidak akan kekal lama dan akan menurun," tambah puan lecturer. ~*~ Ya, sepanjang hidup kita cuba kira berapa banyak perkara yang dahulunya kita teringin sangat untuk capai. Mungkin nak sangat masuk sekolah berasrama penuh, masuk universiti top dunia, pergi tempat yang diidami, dapatkan gadget terkini dan sebagainya. Perasaan kita pula pasti seronok apabila mendapat perkara yang diidami. Perhatikan pula beberapa ketika setelah kita mendapat perkara tersebut. Adakah perasaan 'nikmat' itu kekal, bertambah atau berkurang? Saya yakin..kebanyakannya akan berkurang. Lalu, saya terfikir tentang nikmat yang Allah akan berikan kepada hambaNya di syurga. Dalam hadis ada men

tasik merah jambu

Image
Gatineau terletak di wilayah Quebec. Masyarakat sini menjadikan bahasa peranchis sebagai bahasa utama berbanding bahasa inggeris. Ini dapat dilihat melalui signage dan iklan-iklan berbahasa peranchis yang menghiasi jalan-jalan di sini. - - Setelah selesai menunaikan solat fardhu Subuh di Main Mosque Ottawa, kami bergerak menuju Gatineau Park. Kami membaca wazifah sughro yang ingin kami jadikan wirid harian dalam kereta. Selepas itu masing-masing menceritakan pengalaman cuti summer. - - Di Gatineau Park terdapat sebuah tasik yang unik dan cantik. Kalau boleh saya bandingkan dengan tasik-tasik di Banff, lebih kurang sama cuma di sini tiada gunung-gunung bersalji yang menjadi wallpaper. Tasik ini unik kerana sifat 'meromictic'nya. Apakah itu? Meromictic itu ialah tasik yang terdapat lapisan air yang tidak bercampur. Sebagai penjelasan, tasik ini mempunyai 2 lapisan air. Lapisan pertama merupakan air yang mengandungi oksigen dan lapisan kedua tidak beroksigen. Lapisan paling d

pasti ada ruang

Image
Di sepanjang lebuh raya utara-selatan disediakan beberapa tempat Rehat dan Rawat (R&R). Kalau di Ontario, sepanjang lebuhraya 401 terdapat beberapa tempat persinggahan yang diberi nama ONroute. Kami berhenti di ONroute kawasan Trenton untuk bersarapan. Semakin lama semakin ramai yang memenuhi ruang rehat. Memang fitrah manusia perlukan rehat setelah kepenatan bekerja. Sepanjang perjalanan harian kita, berapa banyak waktu kita kerahkan tenaga dan perahkan fikiran? Pasti akan berakhir dengan kepenatan. Jenis kepenatan ada dua - Fizikal dan rohani. Kepenatan fizikal tidak mampu mengalahkan rohani tetapi kepenatan rohani akan memenatkan fizikal. Bila rohani kering, badan ang sihat akan terasa berat dan malas. Nafas dan dada terasa sempit seperti ada beban yang menimpa. Begitulah gambaran rohani yang lemah. Di mana hendak kita cari waktu rehat? Sedangkan tugas harian sangat banyak dan memenuhkan jadual kita. Ada satu syair indah di dalam kitab raqaiq karya Muhammad ar-Rasyid yang m

bawa yang penting sahaja

Image
"Berapa beg kamu bawa?, tanya pegawai imegresen. "Dua," jawab saya. Jumlah berat beg yang boleh kami bawa dari Malaysia ke Toronto ialah 46kg (max 23kg per beg). Keperluan masing-masing berbeza. Ada yang bawa beg kecil, ada yang bawa beg besar. Mereka yang ada urusan bisnes satu-dua hari mungkin bawa beg pakaian yang kecil. Mereka hanya bawa barang fan dokumen yang penting. Disebabkan urusan yang sekejap dan penting, barang-barang keperluan yang menggangu dan mampu menghambat urusan bisnes, mereka akan tinggalkan. Kerana keputusan yang bakal mereka 'deal' dan buat mungkin melibatkan hubungan dua negara atau bernilai ber'billion' dollar. ~ "Thank you," ucap pegawai tersebut sambil memberi sekuntum senyuman setelah meneliti permit dan passport saya. "Thanks," balas saya dengan senyuman. Memang menjadi kebiasaan mereka untuk senyum dan menyapa kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka. Bahkan semua tempat begitu, baik di ke

mereka pernah tewas

Image
Alhamdulillah kapal terbang Japan Airline selamat mendarat jam 7.05 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Semua penumpang mengambil beg masing-masing dan bersedia untuk keluar.Saya menunggu semua keluar untuk mengelak kesesakan.- juga kerana tiada apa yang perlu dikejar memandangkan saya transit di lapangan terbang itu selama 10 jam. [ sumber ] ~i~ Negera Jepun merupakan sebuah pulau di Asia Timur. Dengan anggaran penduduk melebih 120 juta dan mempunyai sejarah panjang, pasti banyak yang boleh dipelajari. Ramai yang mengenal negara ini melalui produk atau imej yang mereka berjaya hasilkan dan mengalirkan keluar sehingga mempengaruhi masyarakat dunia - i.e. jenama terkenal seperti sony, panasonic dan juga glico. Negara ini juga terkenal kerana penglibatan mereka dalam perang dunia kedua dan peristiwa besar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dan bagaimana mereka . Tanyalah pada semua berkenaan bom atom..pasti negara Jepun akan dikaitkan. Menyusuri sejarah jatuh b

last day in Malaysia

Selama cuti, kurang menulis. Kerana apa? wallahu'alam. Sebagai muqaddimah sesi penulisan baru, saya kongsikan cadangan blog2 menarik untuk dibaca: http://fikrah-dakwah.blogspot.com http://zadud-duat.blogspot.com http://www.dakwatuna.com/ Saya bercita-cita untuk selalu menulis dalam musafir (i.e ketika dalam kereta, menunggu di airport, dalam kereta api-O, bas greyhound) [munir] Seorang akh, pemulis terkenal Salim Akhukum Fillah, menulis buku Dalam Dekapan Ukhuwah banyak dalam keadaan musafir.

soleh.musleh.tersusun

Image
Peribadi yang kita nak, tak cukup sekadar soleh dan musleh. Kita nak soleh, musleh dan boleh disusun. (Dr. Ainolotfi, YDP Johor)

Pertemuan itu...

Image
Ada satu perkara yang kita kurang hargai dan kurang ambil berat. Iaitu sebuah pertemuan. Ya, ramai yang sangat memerhatikan sebuah perpisahan itu. Saat perpisahan, segala cerita-cerita manis yang terjadi sepanjang bersama dicerita kembali. Sedangkan saat itu bermula dari sebuah pertemuan. Seperti kita menikmati buah epal yang manis, tanpa mengambil kisah usaha awal menanam benih pokok epal.  Bagaimana si petani menanam benih dan menjaganya menjadi tidak penting untuk kita. Terus kita menikmati epal tersebut. Jika rasanya tidak manis, kita kurang menghargainya malah mungkin membuangnya. Beza kita dengan si petani tadi ialah bagaimana kita menikmati hasil akhirnya. Sekelat mana epal tersebut, si petani akan puas dengan buah itu, sambil memikirkan segala keringat dan pengorbanan dicurahkan untuk menanam dan menjaga pokok tersebut agar tumbuh sihat. Nikmat hujungnya adalah bagaimana kita memulakannya. Kerana itu, Allah tidak menilai hasil akhir kita, tetapi yang dinilai ialah bagaimana kit

sentiasa sibuk

Image
‘Pikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapat diam.  Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal kecil.’   (Abdul Wahab Azzam) Sibuk dengan apa sekarang?

of exam

Image
Alhamdulillah, AllahuAkbar buat semua yang akan habis final exam untuk semester ini. Semoga usaha2 antum diberkati dan diredhai Allah.  Serius jalan masih panjang. Lagi panjang dari Rideau Canal Marilah sama-sama kita 'menyambut' dengan tahmid dan syukur kepada Allah. Dan terus bersiap sedia untuk menghadapi exam yang kita takkan tahu bila dan takkan boleh repeat atau defer. Penuhilah hari-hari seterusnya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan iman dan amal.  Terus panjatkan doa dan lazimi ibadah sunat dan memantapkan mutabaah 'amal. Semoga Allah memelihara anda semua. Bagi yang akan bermusafir, semoga per'musafiran' antum dapat meningkatkan iman. Semoga kita tetap istiqomah dalam tarbiyah. Aameen. Semoga kita tidak terlalai dengan 'freedom' yang tak beberapa 'freedom' ini. Semoga kita tidak menjadi hamba peperiksaan. Semoga kita menjadi rabbani. - munir - (belum habis exam)

anggap seperti melihat bebola kaca

Image
Sepanjang lima tahun itu, tiga kali saya bersemuka dengan guru saya itu (dengan serius). Memang tidak banyak, tetapi setiap satu itu memberi makna. credit: stock-by-kai Kali pertama; Setiap hari Jumaat merupakan hari Majlis Diskusi Pelajar (MDP) atau yang biasa dikenali sebagai pertemuan usrah. Kami akan berkumpul mengikut kumpulan-kumpulan kecil untuk belajar memahami tentang islam. Pertemuan pada hari jumaat tersebut hanyalah salah satu daripada sekian banyak bentuk-bentuk pertemuan lain, baik dalam aktiviti sekolah mahupun di luar. Ketika itu di tingkatan dua. Seperti biasa, setiap kali hadir ke MDP, saya akan bawa buku catatan. Memang pembimbing kami menekankan aspek tersebut. Namun, pagi itu sedikit kelam-kabut. Buku catatan tertinggal di rumah. Lalu saya mengoyak sehelai kertas daripada buku catatan lain untuk mencatat pengisian dalam sesi tersebut dan terus ke tempat pertemuan. Beliau singgah di tempat kami untuk memantau. " Mana buku nota, kertas koyak2 itu n

Semoga Sukses~

Image

Doa

Image
Ada sesuatu yang kurang kita yakin. Senjata doa. Sebaik keluar dari kedua bibir kita, atau lintasan hati, terus meluncur laju menuji langit. Ini surat cinta tanpa memerlukan postman . ~^~ Selezai daurah, saya melihat buku nota saudara saya. Di kulit buku tersebut, dinukilkan satu frasa indah. " ukhuwwah (اخوة) itu ialah apabila kita mendoakan (اخوة) ikhwah lain dalam doa."

selalu lupa

Image
[ sumber ] Malam itu sungguh letih. Baru selesai dikerah tiga hari dua malam. Mendaki dua  bukit tanpa pemandu. Hanya berpandukan kompas dan peta topografi yang berusia puluhan tahun dahulu ditambah tersesat lapan jam kerana mendapat arahan yang salah, berperang dengan nyamuk, kayak di'tibai' ombak, konflik dengan ahli kumpulan...dan macam-macam lagi. Memang penat dalam kegembiraan. Murabbi ketika itu berpesan, "Selalu kita lupa setelah dapat nikmat. Bila kita lapar, Allah bagi makanan. Mula2 kita ingat Allah . Kita baca bismillah. Bila dah kenyang, kita lupa ucap alhamdulillah..." Ya..setelah melalui hari-hari yang menguji fizikal, mental dan ukhuwwah (cara mengenal sahabat ialah dengan berjalan..tidur...bersamanya), malam itu kami disaji dengan kerehatan yang merehatkan. Kalau sebelum ini berada di hutan berjalan-jalan, malam itu tiada aktiviti berat.... Dan malam pun berlabuh. Menunggu hari esoknya. ~*~ Dan pagi itu kami direndam dalam air sung

negeri hujan

Image
masih ingatkah cuti winter kita yang hangat? berpagi-pagi dengan menghayati ayat-ayat suci quran. berjalan-jalan di Granville island. Lunch dengan fish and chip, burger tiram. Berlayar atas air dengan aquabus meninggalkan ikan-ikan salmon terbaring di atas ais membeku. berpergian dengan Seabus ke North Vancouver, mengunyah ekor memerang bersalut coklat. menaiki West Coast Express dihiasi dengan banjaran gunung-gunung memutih di kiri. berkumpul di tingkat tinggi, berlatar belakang panorama indah - lautan luas ber'wallpaper gunung2 terpasak di bumi. Menghayati semula sejarah silam kita yang penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Bukan untuk diketahui, tapi untuk difahami. demi masa di gastown dengan jam berwap. Bila tiba masanya-bebola besi mengubah keseimbangan-maka akan berbunyi. mengingatkan manusia-manusia yang sibuk dengan urusan harian. berlari2 dan berdapakap ukhuwwah di Wreck Beach. Ditemani ombak2 kecil. menghirup udara malam di taman 1001 ekar, Stanley