Posts

Showing posts from 2010

exam

Image
sumber gambar [ Macleans ] Alhamdulillah, hari ini berakhirnya peperiksaan semester musim luruh. ~^~ Keluar saja dari O-train, kaki ini terus menapak menuju pusat rekreasi universiti, tempat di mana peperiksaan akan dilaksanakan. Jam menunjukkan pukul 8.30am. Masih ada 15 minit sebelum masuk dewan. Sebaik sahaja saya masuk ke ruangan tersebut, ramai yang dilihat sedang duduk berbincang dan menelaah buat kali terakhir. Terlihat reaksi muka yang berbeza-beza. Ada yang kelihatan 'cuak', tidak tenang dan senang. Namun, hampir kesemuanya sibuk membaca nota-nota mata pelajaran untuk peperiksaan yang mereka sudah tahu bila waktu bermula dan tamat. Dan jika gagal, tidak mustahil untuk mereka 'repeat'. Saya merasakan suasana hari ini sedikit 'kecoh' dan 'riuh' berbanding hari-hari sebelumnya.... Erm...bagaimana ya keadaan di padang mahsyar dan ketika manusia dihisab? Tak dapat bayangkan kedahsyatan hari tersebut. Manusia sibuk memikirkan tentang keadaan d

hati

Image
Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu Engkaulah pelindung dan pembela [kembalikan cinta yang telah hilang]

seputih salji

Image
Penat menatap buku, sejenak pandang ke luar jendela.. SubahanAllah, awan seputih salji bergerak tanpa motor dan gear... berlatarbelakangkan hamparan biru tanpa penghujung... Dan di tempat saya berada - di celah himpunan ribuan buku, Tidak ada satu pun yang boleh menerangkan pergerakan awan tanpa tiang.. O Allah , separate me from my sins as You have separated the East from the West. O Allah, cleanse me of my transgressions as the white garment is cleansed of stains . O Allah , wash away my sins with ice and water and frost. (Al-Bukhari 1/181, Muslim 1/419) MacOdrum Library  27 Nov 2010 | 1454

Mengetuk Dasar Qolbu

Image
[morningdust@devian] Saakinah fi shomtihaa, abyanu mimman yanÅ¥uqu. Wa in wanat waqfatuhaa : a’jalahal munÅ¥olaq Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas daripada orang yang berbicara. Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak. Itulah gambaran yang dikemukakan oleh seorang penyair Tunis, Ahmad Mokhtar al-Wazi, tentang jiwa yang bersih. Gambaran yang beliau kemukakan tentang jiwa yang beriman itu lebih jelas dari apa yang telah digambarkan oleh orang lain. Terdapat dua perkara penting yang disebutkan dalam syair tersebut. Pertama : ialah ciri-ciri orang beriman, iaitu selalu berfikir, pendiam, merenung dengan tenang, tidak banyak berbicara (sia-sia), menjauhi gurauan, akan tetapi diliputi oleh wibawa yang berpengaruh dan keindahan yang benar-benar menyentuh hati. Perkara kedua ialah diam atau istirehat yang dimaksudkan bukan bererti malas, lalai dan santai. Tetapi hanya datang sebentar, kemudian hilang disebabkan dorongan yang kuat untuk beramal. Begitul

Happy Eid & Congrats

Image
O my Lord! Grant me (Abraham) a righteous (son)!? So We gave him the good news of a boy ready to suffer and forbear. ?Then, when the the son reached the age to work with him, he said: ?O my son I see in a vision that I offer you in sacrifice: Now say what is your view!? (The son) said: ?O My father! Do as you are commanded: You will find me if God so wills, one practising patience and constancy!? So when they had both submitted their wills (to God), and he had made him prostrate on his face (for sacrifice), We called out to him: ?O Abraham! You have already fulfilled the vision!? Thus indeed do we reward those who do right. ?For this was obviously a trial and We ransomed him with a momentous sacrifice: and We left (this blessing) for him among generations (to come) in later times:  (37:100-109). MABRUK!! to my lil' sister.  Belajar rajin2 dekat SRI Hidayah nanti... [munir] itu logo IMAN ELC baru bagi mereka yang belum tahu.

Hero 1

Rakyat negara itu lesu dan lemah. Tercabut rasa keberanian dari jiwa mereka apabila diseru untuk keluar berperang. Jika dalam sepuluh pemuda, hanya satu yang sanggup berperang bersama tentera. Itupun belum pasti. Ada juga yang rakyat mereka dikirim secara paksa untuk menjajah negara lain. Diperah dan rakyat berputus asa. Semuanya kerana dipaksa melakukannya dan imbalannya belum tentu diperoleh dengan segera atas pengorbanan dalam keterpaksaan mereka. Tiada belas kasihan antara penguasa dan rakyat. Jika ada penghargaan sekalipun, sama ada atas dasar politik ataupun kerana menjaga hubugan. Mereka yang terkorban, dikenang-kenang dengan sambutan-sambutan yang diadakan puluhan tahun selepas itu dan mereka digelar 'hero' masyarakat. Cinta itu telah dipaksa. Cinta itu telah lenyap. <--> Kedatangan Islam di kota Mekkah itu dilihat asing. Akan tetapi itulah saat cinta mekar kembali dalam jiwa manusia setelah sekian lama menghilang. Cinta itu wujud dalam diri 'hero' ini.

Islami Ya Quds

Credit to 'Ammar Lotfi for the song

pure

Image
Do you not see that Allah drives clouds? Then He brings them together, then He makes them into a mass, and you see the rain emerge from within it. And He sends down from the sky, mountains [of clouds] within which is hail, and He strikes with it whom He wills and averts it from whom He wills. The flash of its lightening almost takes away the eyesight. [24:43]

Pegawai tiket

Image
Pegawai tiket ini akan datang memeriksa bila2 masa sahaja. Jika anda tidak membawa 'tiket' anda, anda akan di saman yang mana anda mampu membayar saman tersebut. Begitu juga dengan ajal. Ajal akan menemui kita bila2 masa sahaja pada waktu yang ditetapkan. Ajal tidak akan dicepatkan atau ditunda walau sesaat pun. Jika ketika ajal datang anda tidak membawa 'tiket' (berupa bekalan2 akhirat)...saman yang dikenakan kepada anda berupa azab pedih dari Allah~dan tiada peluang kedua. Berusahalah untuk memastikan setiap waktu anda berada di landasan yang benar~

Lelah

Image
Lelah. Si penebang pokok itu terduduk. Dia masih degil, mahu meneruskan kerjanya. Gergaji yang dipegangnya itu telah digunakan sejak pagi lagi. Si penebang itu merasakan semakin lama dia menggergaji, semakin mahir dia dalam menebang pokok. Dia memperkirakan kelajuannya dalam menebang sebatang pokok menjadi lebih laju berbanding di awal pagi. Itulah hakikat Si Penebang itu. Sangkaan itu telah meracuni pemikirannya. Salah seorang temannya datang bertemu dengannya. Temannya berkata, ‘Saudaraku, marilah berhenti sebentar. Ambil masa untuk mengasah gergajimu.’ ‘Mana boleh ! Banyak lagi pokok yang perlu aku tebang,’ balasnya. ’Cuba kau fikir sekiranya ketajaman gergajimu dijaga. Aku pasti kau akan bekerja dengan lebih mudah.’ Itu juga hakikat. Si penebang pokok itu mungkin tidak menyedari kesilapannya. Dia tidak menyedari kesilapannya tidak berhenti sejenak untuk mengasah gergajinya. Sehinggalah temannya datang memperingatkannya. Saudaraku, Begitu besar pengajaran kisah Si Penebang itu

Fall

Image
pic: Bayti, Pimlico Cres The keys of the Unseen are in His possession. No one knows them but Him. He knows everything in the land and sea. No leaf falls without His knowing it. There is no seed in the darkness of the earth, and nothing moist or dry which is not in a Clear Book Qur'an, Al-An'am, Surah 6:59

Fund Divestment Campaign @ Carleton

Image
For more info saia

sembang2 dalam gerabak

Image
Ini laluan dan 'transport' saya setiap hari [ sumber ] Seperti kebiasaan penduduk Ottawa, mereka lebih gemar memilih kenderaan awam untuk ke tempat kerja dan tempat belajar berbanding memandu kereta sendiri.  Pagi itu hujan renyai. Menambahkan kesejukan udara. Ramai yang berbaris menunggu kedatangan O-Train (gambar di atas). Saya perhatikan pada pagi itu agak ramai yang menunggu. Mungkin kerana pada hari lain saya pergi ke universiti tidak seawal hari tersebut. ~*~ Dalam keadaan yang sesak dalam kereta api tersebut, saya terdengar perbualan dua orang tempatan (bukan curi2 dengar. Mereka yang bercakap kuat). Salah seorang mengeluh kerana setiap hari terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta api. Dia mencadangkan agar ditambah beberpa buah gerabak lagi untuk kemudahan masyarakat setempat... Tiba-tiba ada seseorang mencelah....'Perkara ini dah lama, tapi mayor sekarang tak buat apa-apa pun. Pilihan raya nanti, pilihlah __________ (menyebut nama saingan mayor sekarang)'

ISK @ SJ

Image
Assalamu’alaikum wbt. Insya Allah satu Program ISK: “ Ini Sejarah Kita”  akan diadakan pada 2-3 Oktober 2010  pada jam 9am – 2pm hari Sabtu hingga Ahad  bertempat di WAMY Center, Serdang Selangor Darul Ehsan. Jangan lepaskan program yang sangat menarik ini. Rugi tak ikut! Sila berhubung dengan  saudara Fazrin Azwa a.k.a REX  (013 – 4483366)  selewat-lewatnya 30hb september 2010 Sumber: IKRAM Subang Jaya

kerana mereka juga manusia

Image
Kadangkala kau mengharapkan suatu yang luar biasa daripada individu tertentu. Namun seringkali harapan tidak tercapai. Lalu kau kecewa dan hampa. Nasihat aku, jangan terus berharap selagi kau tidak memberi suatu yang luar biasa. Kerana jangan kau lupa bahawa mereka juga manusia seperti kau. Ada kelebihan dan kekurangan.  Hanya mampu terus berusaha dan berdoa.

kerana burung itu

Image
Sedang menunggu bas di sebuah perhentian di Heron, aku mengambil kesempatan memerhati alam sekeliling memandangkan inilah kali pertama aku menjejak kaki di kawasan tersebut. Cuaca ketika itu agak sejuk. Aku mendongak ke langit melihat awan yang putih bersih. Tiba-tiba beberapa ekor burung putih terbang melintas. Sungguh indah ciptaan Allah itu. Namun, apa yang menarik perhatianku ialah pada sifat burung tersebut. Aku teringat mengenai satu syair dalam buku Raqaiq (Pelembut Hati) oleh Abu Ammar yang mempunyai kaitan dengan burung yang terbang tinggi dengan iman. Syair tersebut mengatakan bahawa burung yang terbang rendah berhadapan dengan risiko yang lebih besar untuk ditimpa kemalangan atau bahaya seperti dilanggar kennderaan dan sebagainya. Manakala burunng yang terbang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dilanggar. Kemudian penulis syair tersebut mengaitkan pula dengan iman. Begitulah iman kita. Jika hendak selamat, usahakanlah agar iman kita terus terbang tinggi dan

Aqsa2Gaza

Image
Adakah anda mengetahui bahawa sekarang ini ada satu peristiwa dan usaha menyejarah sedang dilakukan oleh manusia-manusia prohatin terhadap al-Aqsa dan Palestin? Jangan biarkan diri anda berada di bawah tepurung pisah daripada dunia perjuangan. Ikuti perkembangan konvoi darat Viva Palestin 5 dalam perjuangan menerobos sekatan Zionis di Palstin. Konvoi darat ke Palestin ini adalah yang terbesar sepanjang sejarah konvoi ke Palestin. Ikuti perkembangan mereka di: Aqsa2Gaza Aqsa2Gaza @ Youtube Aqsa2Gaza @ Twitter Gambar konvoi Rakaman audio Viva Palestina Malaysia dan banyak lagi...boleh 'google' Mereka telah berbuat...Kita pula?

Joy

Image
Kanak-kanak bermain di 'Eid Festival' di Carleton University 'Assalamualaikum, can I have one pizza please,' minta saya kepada penjual pizza di gerai Yaseen Pizza. 'Jazakallah khair,' ucapku setelah membayar dua dollar dan diberi sepotong pizza. Saya kembali berkumpul bersama kawan-kawan di bawah sebatang pokok yang rendang. Alhamdulillah cuaca hari itu cukup indah seolah-olah turut bersama merayakan hari kegembiraan itu. Subhanallah. ~*~ Selesai makan, saya menuju ke 'fieldhouse' untuk meninjau sambutan raya yang diadakan di dalam dewan tersebut. Kelihatan separuh dewan dipenuhi gerai-gerai yang menjual produk muslim. Separuh lagi dewan dipenuhi dengan permainan kanak-kanak. Ramai juga orang yang hadir. Kenapa gambar di atas saya pilih... Kerana apa yang menarik perhatian saya ialah kegembiraan yang terpancar di wajah khalifah-khalifah kecil itu. Seolah menarik perasaan saya untuk turut gembira. Namun, tidak terkata kegembiraan yang bagaimana. Adaka

Menyingkap Tirai Badar

Image
Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar.Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk. ’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah : 2). Al-Qu

Sejenak Tentang Eid Mubarak

Image
Sumber Asal: link Diterjemah oleh: Ustaz Suhaimi, IKRAM Pontian, Johor [ blog ] Oleh: al-Fadil Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian makhluk..nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan orang yang menyampai dakwah sehingga hari Kiamat. Inilah Eidul Fitri yang dipenuhi iman kini datang menemui kita, melalui jiwa kita dan menyentuh dada kita dan menolong kita untuk taat kepada Tuhan kita. Pada hari raya jelas terbayang tanda kegembiraan dan kebahagiaan, bercampur perasaan kemanusiaan yang tulin dan baik di dalam jiwa manusia hasil daripada nilai-nilai kesucian, kasih sayang dan persaudaraan. Di antara tanda yang baik Umat Islam semuanya keluar pada hari raya, baik lelaki dan perempuan, tua dan muda menuju kepada upacara yang gemilang di tempat solat hari raya. Di sinilah bergema takbir dan tahlil. Kita mulakan hari ini dengan solat, kemudian mendengar khutbah raya dengan penuh khusyuk dan tundu