Posts

Showing posts from June, 2010

Kenyataan Media IKRAM - 30 Jun 2010

Image
Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431 IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH. IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa di seluruh negara.   2. Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”. 3. MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara le...

Cuti: Ruang Berprestasi

Ikhwah akhwat sekalian (saudara saudari) Telah selesai kita dalam satu fasa kecil dalam dunia pendidikan akademik. Beberapa bulan yang mendatang pasti akan menemukan kita dengan aktiviti-aktiviti yang telah masing-masing rencana. Akan tetapi, kita perlu terus melihat ke depan. Keputusan yang telah diperoleh akan tamat nilainya sebentar sahaja lagi setelah kaki melangkah ke universiti. Tinggal bagaimana kita memanfaatkan ruang yang ada sepanjang cuti ini. Beberapa saranan yang boleh kita manfaatkan selain dengan urusan-urusan penerbangan: 1. Tingkatkan amal fardi (baca quran setiap hari, solat berjemaah, qiamullail) 2. Mantapkan ilmu. Bacalah buku-buku yang bermanfaat khususnya mengenai Islam (sirah,aqidah,fiqh etc). (kn malu kalau ditanya apa itu Islam, sirah nabi....dll kita x mampu jawab?) 3. berbaktilah kepada masyarakat sekeliling (cth: sertai aktiviti kemasyarkatan) 4. Kembali ke sekolah (cth: junior). Ini salah satu bakti kita pada tempat belajar dahulu. 5. Hargai masa yang ada...

Susunan Kata

Image
Melengkapkan satu huruf per hari selama lima hari lepas. 20 Jun 2010- Sebuah sejarah tercipta. 5535 manusia berhimpun. Semoga inilah nilaian kekuatan. berita 1 berita 2 Pengenalan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia. Visi & Misi IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah: Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat; Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia; Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam; Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan mo...

Tahniah!

Image
Tahniah kepada semua..Semoga langkah seterusnya langkah yang membantu ummah~ [photo: credit to sofhan & fa2din] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

M

Image
Manusia. Manusia untuk sebuah cita-cita. Membumikan risalah adalah satu tugas yang tida terjangkau oleh umur seorang manusi. Maka perjuangan ini perlu diteruskan dari generasi ke generasi. Kita tidak tahu selama mana lagi yang diperlukan untuk menuju jaya. Yang kita harus yakini ialah bila tiba saat itu, tiada siapa boleh menangguhkan atau melewatkan. Kerana itu manusia perlu terus menjadi khalifah di atas muka bumi ini mentadbir alam ini. Menyebarkan risalah lil 'alamin.

A

Image
Amanah. Bukankah Allah telah memberikan amanah besar kepada kita? Saat tiada makhluk lain yang sanggup menanggung beban amanah ini, manusia menerimanya. Terus tujuan hidup manusia adalah untuk menunaikan amanah yang maha berat ini. 51:56, 2:30.

R

Image
Rakyat. Rakyat adalah elemen penting dalam jatuh bangun sebuah negara. Golongan 'grass root' ini memberi sokongan yang kuat kepada pasak sebuah negara. Maka pembangunan rakyat adalah suatu kemestian. Segala aspek perlu ditekankan baik dari intelektual, spiritual dan fizikalnya. Ini mendorong kepada satu keperluan pendidikan yang rabbani. Moga dengan lahirnya 'tarbiyah' yang memasyarakat mampu menampung keperluan ini~membina generasi rabbani

K

Image
Kebajikan itu suatu elemen yang menjayakan masyarakat. Nilai-nilai kebaikan harus tampil memecahkan dinding yang memisahkan para aktivis dengan masyarakat. Kita perlu mencairkan diri memasuki ruang dan celah kosong untuk menghubungkan masyarakat dengan risalah. Maka kebajikan itu suatu keperluan fitrah manusia dan kerana kita adalah tentera agama fitrah ini, tanggungjawab itu diletakkan ke atas bahu kita untuk menuju kegemilangan~

I

Image
Islam itu hadir sebagai rahmatan lil 'alamin. Menyantuni dan menyelesaikan segala permasalahan manusia. Katakan sahaja apa bangsa dan keturunan apa sekali pun, Islam merupakan solusi. sedang menghitung hari

Moments in Taylors (2009-2010)

Image
    [munir] don't like to take pictures...unless needed~

AQSA@CASA