Lelah. Si penebang pokok itu terduduk. Dia masih degil, mahu meneruskan kerjanya. Gergaji yang dipegangnya itu telah digunakan sejak pagi lagi. Si penebang itu merasakan semakin lama dia menggergaji, semakin mahir dia dalam menebang pokok. Dia memperkirakan kelajuannya dalam menebang sebatang pokok menjadi lebih laju berbanding di awal pagi. Itulah hakikat Si Penebang itu. Sangkaan itu telah meracuni pemikirannya. Salah seorang temannya datang bertemu dengannya. Temannya berkata, ‘Saudaraku, marilah berhenti sebentar. Ambil masa untuk mengasah gergajimu.’ ‘Mana boleh ! Banyak lagi pokok yang perlu aku tebang,’ balasnya. ’Cuba kau fikir sekiranya ketajaman gergajimu dijaga. Aku pasti kau akan bekerja dengan lebih mudah.’ Itu juga hakikat. Si penebang pokok itu mungkin tidak menyedari kesilapannya. Dia tidak menyedari kesilapannya tidak berhenti sejenak untuk mengasah gergajinya. Sehinggalah temannya datang memperingatkannya. Saudaraku, Begitu besar pengajaran kisah Si Penebang ...