exam
sumber gambar [ Macleans ] Alhamdulillah, hari ini berakhirnya peperiksaan semester musim luruh. ~^~ Keluar saja dari O-train, kaki ini terus menapak menuju pusat rekreasi universiti, tempat di mana peperiksaan akan dilaksanakan. Jam menunjukkan pukul 8.30am. Masih ada 15 minit sebelum masuk dewan. Sebaik sahaja saya masuk ke ruangan tersebut, ramai yang dilihat sedang duduk berbincang dan menelaah buat kali terakhir. Terlihat reaksi muka yang berbeza-beza. Ada yang kelihatan 'cuak', tidak tenang dan senang. Namun, hampir kesemuanya sibuk membaca nota-nota mata pelajaran untuk peperiksaan yang mereka sudah tahu bila waktu bermula dan tamat. Dan jika gagal, tidak mustahil untuk mereka 'repeat'. Saya merasakan suasana hari ini sedikit 'kecoh' dan 'riuh' berbanding hari-hari sebelumnya.... Erm...bagaimana ya keadaan di padang mahsyar dan ketika manusia dihisab? Tak dapat bayangkan kedahsyatan hari tersebut. Manusia sibuk memikirkan tentang keadaan d...