Sepanjang lima tahun itu, tiga kali saya bersemuka dengan guru saya itu (dengan serius). Memang tidak banyak, tetapi setiap satu itu memberi makna. credit: stock-by-kai Kali pertama; Setiap hari Jumaat merupakan hari Majlis Diskusi Pelajar (MDP) atau yang biasa dikenali sebagai pertemuan usrah. Kami akan berkumpul mengikut kumpulan-kumpulan kecil untuk belajar memahami tentang islam. Pertemuan pada hari jumaat tersebut hanyalah salah satu daripada sekian banyak bentuk-bentuk pertemuan lain, baik dalam aktiviti sekolah mahupun di luar. Ketika itu di tingkatan dua. Seperti biasa, setiap kali hadir ke MDP, saya akan bawa buku catatan. Memang pembimbing kami menekankan aspek tersebut. Namun, pagi itu sedikit kelam-kabut. Buku catatan tertinggal di rumah. Lalu saya mengoyak sehelai kertas daripada buku catatan lain untuk mencatat pengisian dalam sesi tersebut dan terus ke tempat pertemuan. Beliau singgah di tempat kami untuk memantau. " Mana buku nota, kertas koyak2 itu n...