Posts

Showing posts from September, 2009

Eid Mubarak~

Image
"May the passing of Ramadhan signify the passing of sins from our ibadah through out the blessed month, and may the dawning of Syawal signify the dawning of a new era where truth prevails over falsehood in the true spirit of Ahzab and may it bring greater piety and prosperity to you and your family" (msg from akhi Azzam 14/10/07) Eid Mubarak Eid Sa'iid kullu 'Aam wa antum bikhoir -Abdullah Munir-

ماسمك الكريم

Alhamdulillah..hari ini sempat menyertai majlis berbuka puasa di surau ss18. Jumpa ramai muslim dari seluruh pelusuk dunia. Semasa sedang berbuka, terduduk di sebelah seorang saudara. Dia : Assalamualaikum Saya : Waalaikumussalam.(من اين انت)anda dari mana? Dia : Saya dari bumi Allah (انا من بلاد الله). semua adalah bumi Allah (كل بلاد الله) Saya : (terdiam..terkena~) Dia : Siapa nama anda yang mulia? (ماسمك الكريم). Saya : Abdullah (عبدالله) Setiap kita adalah hamba Allah (كلنا عبدالله) Kami tertawa...gurau... Semoga Ramadhan terus ceria~The hunting shall begin~

.kami.hidayah.

Image
Kerana mulanya kita adalah sama.. Kerana kita adalah satu.. Kesatuan itu tiada yang membataskan.. Di alam realiti maupun maya.. Teruskan doa.. Supaya dia menjayakan usaha ini~ klik sini

MENYINGKAP TABIR BADAR

Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar. Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk. ’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang ber...