Monday, February 23, 2009

Seribu Kata


apa karya kita???

p.s/ edited from PKS stiker...negeri ini butuh karya bukan kata
foto: ketika BAKSOS di Pesantren al-Hikmah

Thursday, February 19, 2009

Saturday, February 14, 2009

Merah Saga



(nasyid Merah Saga by ShouHar in English)

When sky is red
and gravel strong running
Slide as tens of bullets Flying with the cry of takbir

All is witness
Step up your courage
We also witness
of your persistence

When the Jewish slaughter
Red blood in your land
fragrant scent blood
Liberate Palestinian land
you have to pay the struggle with soul,
a shaheed in the His love

Remember al-Quds, Remember GAZA).

p.s-ada cadangan x apa x-gen blh lakukan utk bantu isu GAZA ini?

Tuesday, February 10, 2009

MENYINGKAP TIRAI BADAR

Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar.Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk.
’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah : 2).

Al-Quran itu diturunkan untuk umat manusia bukan sebagai bait-bait syair yang menyejukkan hati apabila mendengarnya. Tetapi, sebagai dustur (perlembagaan) untuk menjawab persoalan kehidupan manusia. Begitulah generasi awal Islam memahaminya dan bila mana mereka menghayati serta mendalami jawapan persoalan tersebut, mereka menemukan hidayah di sebalik kalam agung tersebut. Al-Quran itu memberi petunjuk yang mampu merubah keyakinan dan pemikiran bila mana Allah telah memilihnya menjadi ’manusia baru’. Manusia sekeras Umar al-Khattab lemah mencair ketika ayat surah Toha menikam kekufuran dalam dirinya lantas membunuh kegelapan yang selama ini membayangi dirinya. Disebabkan petunjuk inilah Syed Qutb menulis ayat-ayat Fi Zilalil Quran di balik jeriji besi yang akhirnya menemukan syahid di tali gantung. Petunjuk inilah yang telah memandu para du’at menapak tetap di jalan dakwah tanpa kenal lelah menandatangani kontrak perniagaan yang paling menguntungkan.

’Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka’. (at-Taubah : 111).

Sekiranya petunjuk itu mampu memberi nafas kehidupan kepada mereka yang terdahulu, apakah mustahil kita juga diberikan petunjuk tersebut dan kita harus meminta...
Laungan ’MERDEKA’ menghiasi setiap ruang di dalam stadium dengan sambutan puluhan ribu manusia. Sekiranya ketika takbiratul ihram kita mengucapkan Allahu Akbar tetapi hanya keluar begitu sahaja dari mulut kita sedangkan hati kita tidak membenarkannya, bagaimanakah ’merdeka’ itu memberi erti? Berapa ramai anak merdeka itu yang dijajahi oleh doktrin-doktrin penjajah? Pengertian ’merdeka’ telah disempitkan sehingga membawa maksud bebas daripada penjajahan fizikal sahaja. Hakikatnya, merdeka itu memberi pengertian yang lebih luas. Jiwa yang merdeka ialah jiwa yang membebaskan diri daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan fitrah dan fitrah merupakan elemen hakiki manusia. Manusia tidak akan bernilai tanpa fitrah dan Islam itu merupakan fitrah.

Pertarungan antara hak dan batil di lembah Badar menyimpulkan kedua-dua unsur di atas, hidayah dan merdeka. Memang benar pasukan yang diberi petunjuk merupakan golongan minoriti. Tetapi, apakah yang menyebabkan keputusan akhir pertarungan itu berpihak kepada mereka? Allah telah menjawab pertanyaan tersebut dalam surah al-Anfal secara jelas bahawa bilangan yang sedikit mampu mengalahkan lawan yang ramai sekiranya mereka sabar. Dua kata kunci yang penting di sini ialah sabar dan tujuan. Mereka sanggup bersabar kerana mengetahui tujuan hidupnya adalah untuk Allah semata. Walaupun kekuatan persenjataan mereka kurang lengkap berbanding musuh, mereka telah menang. Mereka menang kerana sebelum langkah mereka tiba di Badar, mereka telah pun menang. Sebelum pedang mereka memenggal leher kaum musyrikin, mereka telah pun menang. Mereka telah menang di alam jiwa sebelum menang di alam nyata. Sesungguhnya kemenangan di alam nyata adalah buah hasil kemenangan di alam jiwa dan mereka telah membuktikannya. Jiwa mereka telah merdeka. Bebas daripada ketaatan kepad taghut. Inilah pandang sisi Ghuzwah Badr al-Kubro dari sudut yang sering dilupakan.

Generasi awal menerima al-Quran sebagaimana kita menerimanya. Tiada satu kalimah atau ayat yang berbeza. Sekiranya wahyu itu telah berjaya melahirkan manusia merdeka, tidak mustahil kita juga boleh mendekati mereka. Al-Quran itu tidak berubah, dahulu, kini dan sampai bila pun kerana dipelihara oleh tuhan yang Maha Memelihara.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr : 9).

Tiada siapa boleh mendustakannya. Menyingkap tirai Badar membawa umat menuju gerbang jaya.


قلب قلم
16 Ramadhan 1429H

Sunday, February 8, 2009

Sejarah : Kenapa Perlu?


Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas ana sempat menghadiri Ceramah yang disampaikan oleh Dr Hafidzi (Penulis Jejak Risalah di Nusantara). Syukur kerana tak sangka dapat dengar talk beliau.

Pagi tu, ana ke sek seperti biasa ada urusan yang perlu diselesaikan a.k.a jumpa adik2. Ada la seorang ikhwah bgtahu yg pd pukul sepuluh nanti ada 'talk on history'. Rancangan awal untuk pulang pada 9.30 terpaksa ditangguhkan demi mencari ilmu..So, ana ke 'talk tersebut'

Dengar cerita, talk ini bertujuan untuk menaikkan semangat serta minat pelajar SMIH untuk mempelajari sejarah bukan sebagai mata pelajaran semata, tetapi sebagai pelajaran hidup..

Sebagai sharing, ana tuliskan beberapa point penting:

Apa itu Sejarah?

-berasal dari perkataan syajarotun (pohon). Ertinya sejarah menjalar sehinggalah kepada kita dan kita mempunyai hubung kait yang rapat dengan sejarah.
-sejarah bukan nostalgia.

Sifat-sifat sejarah :
1. Sunnatullah
2.Neutral
3. Satu kitaran (cycle)

Satu kata-kata menarik yg ana dapat " Tamadun mati kerana membunuh diri sedniri bukan kerana dibunuh"
Apa erti sejarah bg seorang muslim?

Jihad yang dilakukan di Tanah Melayu dahulu adalah Jihad Internasional (jihad ummah). Cth: Tok Janggut brjuang di Kelantan bukan kerana tidak bersetuju dgn cukai dll semata, tetapi plg utama kerana menyahut seruan khalifah yg menyeru utk membebaskan tnh masing2 drpd penjajahan British..Ketika Melaka diserang Portugis, bukan hanya tentera Melaka yg melawannya, tetapi mendapat bantuan dr kerajaan Demak, Sulu, Pasai, Turki, Sri Lanka dll negara Islam.

-Kita belajar sejarah untuk memartabatkan Ummah.
-Yg penting bukan tarikh atau tempat sesuatu itu berlaku, tetapi pengajaran yg dpt diambil drpdnya. Itulah sebabnya al-Quran tak menyebut tarikh atau tempat sesuatu kisah itu berlaku spt kisah ashabul ukhdud/kahfi, kisah2 nabi. Kerana Allah inginkan kita mengambil pelajaran.

Oleh itu ikhwah akhwat sekalain, jom belajar SEJARAH...jgn kita mengulangi kesilapan kita berulang kali...

sekian
ws

p.s-rajin-rajinla dtg sek, ilmu byk deh...

Wednesday, February 4, 2009

Kembali..

'Prakk...," kakiku menginjak bumi Malaysia.
[bermulanya aku menyambung amanah..]

Masih terngiang2 bait-bait syair...

Tatap tegaklah masa depan
Tersenyumlah tuk kehidupan
Dengan cinta dan sejuta asa
Bersama membangun Negeri ini

Pegang teguhlah kebenaran
Buang jauh nafsu angkara
Berkorban dengan jiwa dan raga
Untuk tegaknya keadilan

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Selama matahari bersinar
Selama kita terus berjuang
Selama kita satu berpadu
Jayalah negeriku jayalah!

Mereka berseru...

MIGUNANI TRUMAPING UMAT!!
(bermanfaatlah untuk umat!!)

Hati bertanya..
Adakah negeri ini menaruh harapan pada kita???
Adakah masa depan umat menjadi tanggungjawab kita??

Akal berfikir..lalu menimbulkan pertanyaan..
SIAPAkah kita??
KITA??

orang islam?pelajar islam?mahasiswa islam?...

Nurani berbicara tanpa suara..
Siapa saya....jawapan itu ada pada saya...saya yang menentukan siapa saya..bukan orang lain.

Kata seorang ikhwah..
"Sesungguhnya bangunnya kita pagi yang penuh barakah ini akhi...sebagai jiwa yang baru"

Ikhwah akhwat..
Sepulangnya kita menuntut kita utk bekerja dan beramal..umat menunggu kita.
Bersiap siagalah menanti hari kemenangan, kita akan songsong senjata..menegakkan panji kalimat Allah, memekikkan takbir hingga tersebar ke seluas angkasa, mengatakan pada dunia, Ini Langkah Kita..

ALLAHUAKBAR WALILLAHIL HAMD

p.s- dapat pun hantar posting pertama utk R2J3 (The Return)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin