Posts

Showing posts from April, 2009

Biar Ku Hulurkan Tanganku

Image
Cuaca petang itu baik. Redup dan tenang. Kami baru selesai beraktiviti. Kami selalu berusaha sekiranya aktiviti kami di Pusat Komuniti tersebut selesai dalam waktu ‘Asar, kami memilih untuk menunaikan fardhu ’Asar berjemaah di surau Taman Harmoni berbanding si Pusat Komuniti. Ada tiga hal yang mendorong keputusan tersebut. Pertama, kami perlu berjalan agak jauh untuk ke surau tersebut dan ini merupakan cara meraih ganjaran kerana setiap langkah ke tempat ibadah akan diberi ganjaran oleh Allah[asal ikhlas di hati]. Kedua, sebagai salah satu dakwah kepada masyarakat. Bukan senang untuk melihat orang-orang muda yang keluar untuk menunaikan solat di surau atau yang seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi solat ’Asar. Jadi, itu merupakan tanggungjawab kami. Ketiga, untuk mengenali masyarakat di situ. Yalah, kerap juga kami beraktiviti di Pusat Komuniti tersebut, masyarakat di sekitar tentu tertanya-tanya siapakah kami? Itukan akhlak Islami untuk memperkenalkan diri agar tidak merisaukan atau m

Bercermin Peribadi Sahabat - Siri 1

"Celaka...! Kini aku hanya mempunyai seribu perawat kuda, seribu dayang dan seribu juru masak! Bagaimana aku boleh hidup?!" Suara menggelegar itu terdengar dari dalam kelambu sutera khemah sang Kisra suatu pagi sekitar 30 Hijri. Inilah kata-kata yang meluncur penuh kebimbangan dan kerisauan dari mulut Yazdajird III, Kisra terakhir Parsi dari keluarga Sassanid. Istana putih Kota Madain telah jatuh ke tangan kaum muslimin di bawah pimpinan panglima Saad bin Abi Waqqas. Inilah 'rintihan agung' oleh manusia yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan meskipun dilayani 3000 manusia lain. Mari kita renung sejenak membanding penggantinya. 'Umar al-Khattab mengangkat Salman al-Farisi sebagai gabenor yang memerintah wilayah bekas kekuasaan Yazdajirf III itu. Pilihan yang tepat..Salman adalah orang yang paling tahu tentang selok belok geografi, demografi dan sosiologi Parsi kerana Parsi merupakan tanah kelahirannya. Seperti apa kehidupan gabenor baru itu? Salman m

Tarbiyah Itu..

Image
Tarbiyah adalah Afiliasi (penggabungan), Partisipasi (penglibatan) dan Kontribusi (sumbangan). 1-Afiliasi Mensyaratkan agar da'wah mengembalikan ummat kepada agamanya. Fikrah yang diwariskan hendaklah diubah menjadi fikrah yang diperoleh dalam bimbingan. Keislaman itu perlu memiliki akar yang tidak mudah tercabut dari hati. Bangunlah dari tidur..padanya ada kerja Tarbiyah. Membacakan ayat Allah, mensucikan hati dan mengajarkan apa-apa yang akan menjawab pertanyaan dan keperluan mereka. 2-Partisipasi Ini adalah melepaskan seorang muslim dari penggabungan kepada penglibatan dalam masyarakat. Jika ia 'soleh', ia perlu menjadi 'musleh' membahagikan kesolehannya di tengah masyarakat. Ia harus menjadi bahagian, sekaligus inti keras yang akan menguatkan masyarakat. Padanya ada kerja tarbiyah. Menumbuhkan, mengembangkan dan memberdayakan. 3-Kontribusi Ini adalah memastikan agar tiap individu muslim yang menyumbang itu mencapai taraf optimal dalam memberi sumbangan kepada Is

Aku Ingin Berbakti

Image
"Ini baktiku Untuk Palestina!!" [jerit Si Kecil dalam tangisannya] Aku ingin berbakti kepada Allah, kerana Dialah yang telah memberi nikmat kehidupan Iman dan Islam. Aku ingin berbakti kepada Rasulullah, kerana bagindalah yang telah membawa risalah ini kepada umat manusia. Aku ingin berbakti kepada ibu bapaku, kerana mereka telah memperkenalkan kepadaku Islam. Aku ingin berbakti kepada guru-guruku, kerana merekalah yang telah mendidik aku mengenal kehidupan. Aku ingin berbakti kepada teman-temanku, kerana mereka telah memberi erti kebersamaan. Aku ingin berbakti kepada SEMUA, kerana telah menjadikan hidup ini bererti.. Abdullah Munir 11/4/09-11.12pm Tronoh

Bila saatnya Tiba..

Image
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia. Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya. Engkau pencipta dan pelindungnya Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami Mesrakanlah antara hati kami Tunjuki kami jalan keselamatan Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar Wahai yang menyambung segala yang patah Wahai yang menemani semua yang tersendiri Wahai pengaman segala yang takut Wahai penguat segala yang lemah Mudah bagimu memudahkan segala yang susah Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak Engkau Maha Mengetahui dan melihatnya

Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 3

Image
sambungan dr yg lepas.. part 1 Part 2 Pembinaan sebuah peradaban Islam bermula dari negara Islam. Sebuah negara Islam pula berasal dari masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula mampu dihasilkan dengan kewujudan keluarga Islam dan keluarga Islam hanya mampu dilahirkan dengan adanya individu-individu Islam. Begitulah peringkat pembinaan yang telah digariskan oleh tokoh perubahan kontemporari, as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau mengasaskan jamaah al-Ikhwanul Muslimin yang mana kini dakwahnya tersebar ke lebih 70 buah negara. Setiap peringkat hendaklah dibina dan dilalui dengan teratur tanpa melangkau satu-satu peringkat. Dan asas segalanya adalah individu muslim. Marcapada ini, sasaran dakwah ditumpukan kepada individu-individu muslim khususnya para pemuda kerana sejarah kebangkitan Islam telah diwarnai oleh golongan ini. Di antaranya adalah kisah kepahlawanan pemuda Shalahuddin al Ayyubi. Dengan ketokohan dan kewibawaan, beliau mampu mempersatukan kembali negara-negara Islam yang terc