Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 3
sambungan dr yg lepas..
part 1
Part 2
Pembinaan sebuah peradaban Islam bermula dari negara Islam. Sebuah negara Islam pula berasal dari masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula mampu dihasilkan dengan kewujudan keluarga Islam dan keluarga Islam hanya mampu dilahirkan dengan adanya individu-individu Islam. Begitulah peringkat pembinaan yang telah digariskan oleh tokoh perubahan kontemporari, as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau mengasaskan jamaah al-Ikhwanul Muslimin yang mana kini dakwahnya tersebar ke lebih 70 buah negara. Setiap peringkat hendaklah dibina dan dilalui dengan teratur tanpa melangkau satu-satu peringkat. Dan asas segalanya adalah individu muslim.
Marcapada ini, sasaran dakwah ditumpukan kepada individu-individu muslim khususnya para pemuda kerana sejarah kebangkitan Islam telah diwarnai oleh golongan ini. Di antaranya adalah kisah kepahlawanan pemuda Shalahuddin al Ayyubi. Dengan ketokohan dan kewibawaan, beliau mampu mempersatukan kembali negara-negara Islam yang tercerai-berai mula dari sungai Eufrat sampai sungai Nil dan mengalahkan kekuatan salibi di Hathin pada tahun 1187M, disusul setahun kemudian dengan menaklukkan Jerusalem. Selanjutnya kisah Muhammad al-Fatih. Beliau membuka kota Konstantinopel pada bulan Mei 1453M dalam usia 24 tahun. Suatu penaklukan yang gemilang dan sangat dirindukan setelah gagal enam kali cubaan sebelumnya selam 800 tahun!
Zaman moden memperlihatkan tokoh-tokoh pemuda yang tidak kurang hebat. As-Syahid Imam Hassan al Banna mendirikan gerakan Islam terbesar di dunia “Al-Ilkhwanul Muslimin” pada usia 22 tahun. Syeikh Abdullah Azzam terjun ke kancah jihad Afghanistan. Dan media-media dipenuhi dengan kisah-kisah perjuangan pemuda-pemuda Palestin yang sehingga detik ini terus bertarung dan berjihad melawan pusat kekufuran dunia: Zionis Israel.
Disebabkan inilah kebatilan dan kekafiran juga mensasarkan panah-panah beracun mereka kepada golongn pemuda. Penjajah Zionis dengan sengaja memandulkan tahanan-tahanan lelaki Palestin agar generasi muda Islam tidak dapat dilahirkan lagi. Sama senario dengan Raja Fir’aun di zaman Nabi Musa a.s. yang melakukan ‘pembersihan’ terhadap bayi-bayi lelaki yang lahir untuk kerana takut bayi-bayi tersebut menjadi dewasa dan kuat, kemudian berniat untuk meruntuhkan kekuasaannya.
Al-qur’an juga telah menentukan pemuda layak diberi kepemimpinan dan menjadi pelopor perubahan kerana potensi yang ada pada mereka.
“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” (al-Kahfi 18:13)
Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
(al-Baqarah 2:247)
Setelah kekuatan salib berjaya dikalahkan, ketua tertinggi Kristian ketika itu berwasiat sebelum kematiaannya dengan mengatakan bahawa Islam tidak mampu dikalahkan dengan kekuatan kerana apabila kita berhadapan dengan Islam dengan ketenteraan, pasti mereka menang kerana fikiran dan jiwa mereka dipenuhi dengan kekuatan yang jauh menjangkaui kefahaman. Cara paling baik untuk mengalahkan mereka adalah dengan mengubah cara mereka berfikir. Begitulah antara isu wasiat tersebut yang dapat difahami.
Cara tersebut terbukti sekarang. Serangan pemikiran yang melanda umat Islam khususnya pemuda melunturkan izzah dan semangat para pemuda. Sukar untuk kita berjumpa dengan pemuda-pemuda yang komited dengan amalan Islam. Bilangannya terlalu sedikit. Mereka dihiburkan dengan hiburan yang melampau, seks bebas, judi, sukan dan jenayah malah terus bergerak mengikut perancangan musuh Islam sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Mereka seolah-olah menjadi pelaksana bagi perancangan musuh Islam dalam menghancurkan Islam. Buktinya, program-program realiti di televisyen yang berunsurkan sms (sistem pesanan ringkas) disertai oleh golongan remaja. Malah boleh dikatakan kesemuanya. Kes zina, judi, dadah dan segala penyakit sosial semakin menular. Malah dada-dada akhbar sering dipenuhi dengan masalah sosial. UNICEF pernah melaporkan tentang situasi anak dunia pada tahun 2000. Laporan menyatakan bahawa setiap minit ada enam remaja dijangkiti HIV/AIDS di dunia. Sebuah majalah picisan di Indonesia, HAI edisi 4-10 Mac 2002 membuat laporan utama soal seks di luar nikah. Majalah ini mengajak orang ramai berfikiran bahawa seks di luar nikah adalah sah, seronok dan normal. Sebagai contoh, HAI menulis, “Seks di luar nikah sebaiknya jangan dilakukan. Bukan apa, risikonya berat. Tapi, kalau dah tak tahan dan nak lakukannya, terserah”
Dengan kewujudan masalah-maslah di atas, maka perancangan musuh Islam selama ini mencapai tujuannya. Dalam protokol Freemasonry ayat 13 :
“Untuk mencegah orang-orang Goyim (bukan yahudi_ daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti judi, pesta hiburan dan seks dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri dalam arena seni, sukan dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama-kelamaan akan mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang….”
Jika diperhatikan cara terbaik untuk mengatasinya adalah kembali kepada Islam itu sendiri. Dengan kata lain, tarbiyah Islam perlu diperkasakan dan golongan pemuda perlu diberi perhatian lebih dalam usaha dakwah. Individu muslim yang hendak dibentuk perlu ditekankan dan dihiasi dengan ciri-ciri peribadi muslim yang integral. Hassan al-Banna dalam Risalah Ta’lim dengan cermat telah meringkaskan profil individu muslim yang dikehendaki menjadi 10 muwashofat:
1) Salimul Aqidah (akidah yang sejahtera). Setiap individu dituntut untuk memiliki akidah yang lurus yang hanya dapat diperoleh dengan pemahaman yang benar dan integral terhadap al-Qur’an dan as-Sunnah.
2) Shahihul Ibadah (ibadah yang benar). Setiap individu dituntut untuk beribadah sesuai dengan petunjuk yang telah disyariatkan kepada Rasulullah s.a.w.
3) Matinul Khuluq (akhlak yang mantap). Setiap individu dituntut untuk memilikiakhlak yang mulia sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.
4) Qadirun ‘alal Kasbi (mampu berdikari). Setiap individu dituntut untuk berdikari secara ekonomi.
5) Mutsaqqaful Fikri (wawasan yang luas). Setiap individu dituntut untuk memiliki wawasan yang luas dalam urusan apa sekalipun.
6) Qawiyul Jismi (jasmani yang kuat). Setiap individu dituntut untuk memiliki jasmani yang kuat dan sihat.
7) Mujahidun lin Nafsihi (memerangi hawa nafsu). Setiap individu dituntut untuk bersungguh-sungguh memerangi hawa nafsunya dan berjihad melawan pujuk rayu syaitan yang membawa manusia ke lembah kehancuran.
8) Munadzam fi Syu’unihi (tersusun dalam urusan). Setiap individu dituntut untuk mengatur urusannya dengan teratur dan baik sehingga mencapai hasil yang dikehendaki.
9) Harisun ‘ala waqtihi (menjaga waktu). Setiap individu dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah.
10) Nafi’un li Ghairihi (bermanfaat bagi orang lain). Setiap individu dituntut untuk bermanfaat bagi orang lain. Sebagai contoh, memberi bantuan kepada orang lain.
Secara umum, muwashofat ini juga didahulukan dengan focus tarbiyah yang menjadi kata kunci produk yang hendak dihasilkan, iaitu:
1. Memiliki sifat-sifat terpuji dan akhlak Islami
2. Tidak dikotori oleh baying-bayang syirik.
3. Tidak memilki hubungan dengan pihak-pihak yang memusuhi Islam.
Begitulah ciri-ciri yang perlu ditanam dalam diri setiap individu muslim. Pasti lahir individu-individu hebat sekiranya diberi tarbiyah yang baik dan integral. Wasilah-wasilah tarbiyah seperti kumpulan perbincangan, majlis-majlis ilmu, perkhemahan malah segala jenis aktiviti boleh disesuaikan dengan matlamat tarbiyah itu sendiri perlulah dioptimakan dan proses tarbiyah hendaklah dimulakan sejak kecil. Jika kita inginkan perubahan yang besar, usaha yang dilakukan juga hendaklah besar.
Rujukan:
1) al-Qur’anul Karim, PT Syaamil Cipta Media, 2005
2) H.M Anis Matta. Dari Gerakan Ke Negara. Fitrah Rabbani, 2006
3) Mustafa Masyhur. At-Tazkirah wal washõya. Pustaka Salam 1987.
4) Nugroho Widiyantoro. Panduan Dakwah Sekolah. PT Syaamil Cipta Media, 2006.
5) http://www.hudzaifah.org
Comments