Posts

Showing posts from April, 2010

WIEF

Semoga resolusi mereka dapat menjadi amal yang mengislah perekonomian umat.

kisah bubur ayam

Image
Dari kiri: Pak Wawan, Munir, Anas, Irfan, Mas Fatan, Mas Onny, Mas Bambang,  Ahmad (calon Imam Muda), Abid, Irsyad, Irfan MN, Anas Azlan. Teringat sebuah kisah..2009 Masjid Jogokaryan, Yogyakarta- Selesai menunaikan fardhu Subuh, kami berkumpul untuk membaca wazifah. Memang menjadi suatu yang diusahakan untuk melazimkan diri dengan membaca zikir-zikir ma'tsur sebagai benteng diri selain mendekatkan diri kepada Allah. Setelah selesai berzikir, Pak Wawan, pengiring kami, mengajak kami untuk berkumpul. Dengan keadaan diri yang masih mengantuk, kami mengerahkan sedikit tenaga kami untuk berkumpul. Ruangan yang menjadi mangsa ialah ruangan berdekatan dengan tingkap masjid tingkat dua. Alhamdulillah, udara yang membelai kami nyaman. Boleh dikatakan setiap pagi selepas Subuh akan diadakan sesi 'kultum' ( kuliyah tujuh minit...walaupun selalu saja lebih.. ). Pagi itu, Pak Wawan yang mengisi kuliyah. Beliau mengajak kami muhasabah kembali hari-hari yang telah dilalui di bumi Jo...

Kerana si kecil itu akan membesar

Image
Kerana si kecil itu akan membesar.... Kerana itu mereka perlu disantuni...diladeni Kerana itu mereka perlu didampingi... Kerana mereka begitu mudah menyerap semangat kita... Kerana itu mereka perlu diperkenalkan... .....kisah perjuangan Rasulullah... ....kisah para sahabat generasi al-Quran... penuh heroik~penuh kepahlawanan Kerana mereka mata rantai masa depan Menyambung perjuangan risalah agung Kerana itu mereka perlu tahu  perjuangan yang perlu mereka sambung Dalam setiap kesempatan, jangan menyiakan waktu kisahkan pada mereka kisah pahlawan muda... yang membebaskan diri dari jahiliyah yang mengharungi badai kehidupan yang dihujani panah-panah pengoyak tubuh kisah yang jauh lebih heroik dan 'real' dari kisah fantasi dan imaginasi 'super-hero'  ciptaan mereka yang tidak 'heroik' Maka engkau yang bakal menyampaikan kisah ini pada mereka... Sudahkah punya bekal untuk melakukan tugas tersebut? Ayuh, telusuri kisah manusia yang bergelar pahlawan, Agar mereka...

Ibrah Si Penebang

Image
rumah ketiga saya... Lelah. Si penebang pokok itu terduduk. Dia masih degil, mahu meneruskan kerjanya. Gergaji yang dipegangnya itu telah bekerja sejak pagi lagi. Si penebang itu merasakan semakin lama dia menggergaji, semakin mahir dia dalam menebang pokok. Dia memperkirakan kelajuannya dalam menebang sebatang pokok menjadi lebih laju berbanding di awal pagi. Itulah hakikat Si Penebang itu. Sangkaan itu telah meracuni pemikirannya. Salah seorang temannya datang bertemu dengannya. Temannya berkata, ‘Saudaraku, marilah berhenti sebentar. Ambil masa untuk mengasah gergajimu.’ ‘Mana boleh ! Banyak lagi pokok yang perlu aku tebang,’ balasnya. ’Cuba kau fikir sekiranya ketajaman gergajimu dijaga. Aku pasti kau akan bekerja dengan lebih mudah.’ Itu juga hakikat. Si penebang pokok itu mungkin tidak menyedari kesilapannya. Dia tidak menyedari kesilapannya tidak berhenti sejenak untuk mengasah gergajinya. Sehinggalah temannya datang memperingatkannya. Saudaraku, Begitu besar pengaja...

Itu dan Ini 02

Image
Idea terpikir begitu aja dalam perjalanan pulang ke Casa Subang... [munir] ingatan yg lebih sebenarnya kepada pelukis~

SAMPEL 2009

Tengah menjaring labah2 di internet...terjumpa video SAMPEL 09...jazakumullah ikhwaah wa akhwat atas sambutan yang diberikan kepada pelajar baru SJ & PJ. Nantikan SAMPEL 2010..dengan nama baru...dan wajah baru~

SKY HIGH 2010! A good exposure for you before studying overseas!!!

Image
.:TAYLORIONS:. This is a programme that is specially organized to prepare students mentally and spiritually before they further their studies abroad. OPEN FOR ALL!!! Date: Saturday, May 8, 2010 Time: 9.30 a.m. – 5.00p.m. Venue: Lecture Theatre 2, Taylor ’s main campus Registration fee: RM 8 (includes transportation from casa, lunch, refreshment for tea break, materials and AWESOME guest speaker!!!, good investment, huh? :) *Exciting Event Motivational talk TOPIC: 1. The purpose of being a muslim student. 2. How to be successful in both the syariatic and scientific way ? Special Performance Sharing moments (with facilitators that had studied overseas) * Guest Speaker: Ustaz Hasrizal , (An international motivational speaker ) * Lunch and refreshment for tea break will be provided * Transportation will be arranged for Casa Subang residents. More information about the guest speaker! *Ustaz Hasrizal holds a Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Ho...

DASH 2.0

Image
  Let the pictures tell the story...

Itu dan Ini 01

Image
Pernah beberapa ketika dulu kami menerbitkan buletin 8 muka surat..penuh tulisan. Ada ikhwah minta agar ditambah dengan grafik untuk edisi seterusnya. Lalu kami menerbitkan buletin buat kali kedua. 13 mukasurat ditambah dengan gambar. Selepas itu, ada ikhwah cadang... " Munir...apa kata nta buat komik pula...sbb kalau tulisan memanjang..berat gak orang nak baca dan faham maksud yang nak disampaikan..." "Betul juga..." Jadi..petang itu juga...semasa sesi pertukaran kelas...ana cuba mengambil beberapa minit untuk melakarkan apa yang terlintas di benak fikiran ke atas sekeping kertas..ini hasil dia....baru hendak berjinak dengan seni jenis ini~ klik gambar untuk paparan lebih jelas Eng4U Class Taylors College 4 April 2010

Kerana mereka aset ummah

Image
Tarbiyah = Seni Membina Manusia Cuba pandang sekeliling... Bukankah ada jiwa lain? Cuba membelai mereka... Bukankah hati mereka lembut? Cuba tatap wajah suci mereka... Bukankah jelas cita-cita terpancar? Cuba bicara sama mereka... Bukankah hikmah dan kezaman yang ditutur? Cuba mulakan bicara... Bukankah mereka ada bicara yang tidak terkira? Cuba seru mereka... Bukankah semangat mereka tidak terjangkau? Cuba bimbing mereka... Bukankah mereka ingin dibimbing? Cuba nilai mereka... Bukankah mereka aset yang tak ternilai? Casa Subang 3/4/2010  0133