Kerana si kecil itu akan membesar

Kerana si kecil itu akan membesar....
Kerana itu mereka perlu disantuni...diladeni
Kerana itu mereka perlu didampingi...

Kerana mereka begitu mudah menyerap semangat kita...
Kerana itu mereka perlu diperkenalkan...
.....kisah perjuangan Rasulullah...
....kisah para sahabat generasi al-Quran...
penuh heroik~penuh kepahlawanan

Kerana mereka mata rantai masa depan
Menyambung perjuangan risalah agung
Kerana itu mereka perlu tahu 
perjuangan yang perlu mereka sambung

Dalam setiap kesempatan, jangan menyiakan waktu
kisahkan pada mereka kisah pahlawan muda...
yang membebaskan diri dari jahiliyah
yang mengharungi badai kehidupan
yang dihujani panah-panah pengoyak tubuh
kisah yang jauh lebih heroik dan 'real'
dari kisah fantasi dan imaginasi 'super-hero' 
ciptaan mereka yang tidak 'heroik'

Maka engkau yang bakal menyampaikan kisah ini pada mereka...
Sudahkah punya bekal untuk melakukan tugas tersebut?
Ayuh, telusuri kisah manusia yang bergelar pahlawan,

Agar mereka dan kita menjadi pahlawan
Casa Subang
0057
17/04/10

Comments

Popular posts from this blog

kamu siapa?