Lelah


Lelah. Si penebang pokok itu terduduk. Dia masih degil, mahu meneruskan kerjanya. Gergaji yang dipegangnya itu telah digunakan sejak pagi lagi. Si penebang itu merasakan semakin lama dia menggergaji, semakin mahir dia dalam menebang pokok. Dia memperkirakan kelajuannya dalam menebang sebatang pokok menjadi lebih laju berbanding di awal pagi. Itulah hakikat Si Penebang itu. Sangkaan itu telah meracuni pemikirannya. Salah seorang temannya datang bertemu dengannya. Temannya berkata,

‘Saudaraku, marilah berhenti sebentar. Ambil masa untuk mengasah gergajimu.’
‘Mana boleh ! Banyak lagi pokok yang perlu aku tebang,’ balasnya.
’Cuba kau fikir sekiranya ketajaman gergajimu dijaga. Aku pasti kau akan bekerja dengan lebih mudah.’

Itu juga hakikat. Si penebang pokok itu mungkin tidak menyedari kesilapannya. Dia tidak menyedari kesilapannya tidak berhenti sejenak untuk mengasah gergajinya. Sehinggalah temannya datang memperingatkannya.

Saudaraku,

Begitu besar pengajaran kisah Si Penebang itu kepada kita. Cuba kira sudah berapa lama kita menapak di negeri ini. Di negeri yang dihuni manusia pelbagai ragam dan pemikiran. Bumi yang memberi beban tugas yang banyak seolah-olah memaksa kita mengerah tenaga menyelesaikan tugas tersebut. Cuba lihat sekeliling anda. Pasti anda akan melihat mereka sejak dari awal pagi hingga ke malam mengerah tenaga dan masa untuk mencapai cita-cita kerjaya. Jika ditanya mengenai perancangan masa depan, ternyata mereka bersungguh-sungguh merealisasikannya. Dan cuba lihat diri kita. Apa beza kita dan mereka?

Kita dan mereka bersungguh dalam menuntut ilmu.
Kita dan mereka bersungguh dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengajar di negeri ini.
Kita dan mereka bersungguh dalam mencapai pra-syarat yang ditetapkan penaja.
Kita dan mereka bersungguh mencapai purata markah tertinggi...

Banyak persamaan antara kita dan mereka. Tapi, jika engkau hendak menjadi luar biasa..apa beza kau dan mereka?
~*~
Jika gergaji yang tajam perlu diasah...apatah lagi kita...
Kita sering mengevaluasi prestasi pelajaran kita...lalu meletakkan sasaran yang perlu dicapai untuk memenuhi pra-syarat lulus.

Tapi..akhi (saudaraku)..bagaimana Iman kita? Pernahkah kita mengevaluasi iman? Pernahkah kita meletakkan sasaran untuk memenuhi pra-syarat kemenangan akhirat?

Jika Si Penebas sedar akan perlunya mengasah gergaji...
Bagaimana kita dengan iman kita?

Ayuh peruntukkan sebahagian masa anda untuk mengecas semula iman...
Jika saya...saya cuma minta sejenak dari hidup anda untuk sama-sama duduk sebentar dan beriman~

Comments

Popular posts from this blog

kamu siapa?