dia bersama quran
"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?" ~~~ Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira. ~*~ Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding ( bayi pun boleh bersandar ). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil.. erm..taknak kacau ..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara. Petang itu, setelah selesai group discussion , saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerh...