comot itu bermakna

ketika itu, sedang bermesyuarat dengan seorang pengurus taman asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang sedang 'top' di Malaysia. Di sela-sela perbincangan, beliau kongsikan sebuah kisah menarik dan penuh bermakna.

Tentu, kisah berkenaan seorang murid tadika.

~*~
[awan Alberta]

Pada masa itu, merupakan sesi mata pelajaran pendidikan seni (P.S). Awan di langit cerah. Tugasan pada hari tersebut ialah murid-murid diminta untuk melukis dan mewarna menggunakan warna air (dulu sekolah rendah selalu beli warna air RM2 sekotak). Tema lukisan ialah keindahan alam.

Jaddi, murid tersebut mengambil sehelai kertas bersaiz A3 daripada cikgunya. Lalu, dia melihat keluar tingkap. Dia melihat langit biru. Dengan gembiranya, dia mencelup berus cat ke dalam cat berwarna putih dan membuat tompok-tompok putih diselang-seli dengan warna biru muda untuk warna langit.

Dalam keseronokan murid tersebut, tiba-tiba langit menjadi gelap. Hujan turun dengan lebat. Kilat sambar menyambar. Murid itu terfikir. Lalu diambil berus catnya dan mencelupkan berus tersebut dalam bekas cat yang berwarna hitam. Dia terus mewarnakan kertas lukisan tersebut.

Cuaca ketika itu menjadi tidak menentu. Kali ini, langit bertukar warna merah-kemerahan. Lalu murid tersebut mengambil cat berwarna merah dan mewarnakan kertas lukisan tersebut.

Bila waktu P.S tamat, murid itu tersenyum kepuasan.

Ingat, tema lukisan tersebut ialah 'keindahan alam'

~*~

Ketika hari pertemuan ibu-bapa bersama cikgu-cikgu, cikgu P.S murid tersebut menunjukkan hasil lukisan dia kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya terkejut kerana apa yang dilihat ialah sehelai kertas bersaiz A3 yang dipenuhi dengan tompokan warna yang tidak indah.hitam.merah.biru.putih. Comot.

Cikgu itu tersenyum lalu berkat, "Tuan dan puan yang saya kasihi, apa yang sedang anda lihat adalah satu karya keindahan. Mungkin keindahan tersebut bukan pada hasil akhir lukisan tersebut, tetapi keindahan terletak pada hasil pembelajaran yang diperoleh anak tuan dan puan dalam menyiapkan lukisan tersebut." Pada hari tersebut, anak mereka mengetahui bahawa langit tidak selamanya biru. Langit boleh bertukar warna.

~*~

Proses mencapai sesuatu itu penting. Hasilnya, terserah Allah.

Comments

Fahmi Bahrudin said…
awan boleh bertukar warna.. ^^

selamat kembali ke bumi Kanada

Popular posts from this blog

kamu siapa?