gua tak mampu
Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`` Kami Tak Mampu Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan, keretapi dah mula berjalan, sempat dikejar lagi kerana masih perlahan. Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu: “kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…” Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu! Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha, sekurang-kurangnya kurasa berpada juga. Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja, tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata… Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa. Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa, tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga ! Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata: “Duhai sahabat, bagilah kami masa…” Terangkan maksudmu masa yang macam mana, sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya) bilamana kefahamanmu ...