bawah jambatan
[sumber]
Hari itu cuaca agak sejuk. Dalam anggaran 3-5 darjah celcius.
Hari itu juga merupakan hari kami bertemu dalam pertemuan mingguan. Kali ini sedikit berbeza.
Kami bertemu di luar. Lokasi: bawah jambatan kereta api-O.
Majlis pun dimulai dengan tilawah dan sembang2 bagel dan double-double. Dek kerana kesejukan...seorang-seorang mula menggigil. Hari itu adalah ujian menahan sejuk.,brrr..
Tiba-tiba ada seekor anjing lalu di belakang..terkejut..nasib baik ada tuan dia bersama.
Seawal pagi itu, tuan anjing tersebut sanggup bangun dan meredah kesejukan semata-mata untuk bawa anjing
dia berjalan. (Teringat kisah dalam muqaddimah buku Menjadi Pemuda Peka Zaman: Dr Raghib as-Sirjani).
Salah satu aktiviti pagi itu ialah tadabbur alam. Memang sesuai kerana lokasi kami di tepi sebuah sungai, dengan pokok-pokok menghijau dan burung-burung putih berterbangan.
Salah seorang dari kami mentadabbur kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut.
Ya, anjing bersama tuan berjogging bersama dalam cuaca sejuk.
"Apa agaknya yang membuatkan orang itu sanggup bangun pagi-pagi..dahla cuaca sejuk...untuk bawa anjing dia jalan-jalan?...
yang lain tertanya-tanya...?????? at least orang itu ada agenda harian dia yang dia anggap besar..iaitu untuk melayan anjing itu..dan untuk kita...pagi-pagi..kalau cuaca sejuk..kita bermalas-malasan..mungkin tengahari baru bangun..macam tak ada agenda besar yang perlu dilakukan pada hari itu.
Cuba bayangkan kalau waktu penerbangan kita pada awal pagi..mesti kita akan bangun dan tergesa-gesa untuk ke airport. Ataupun pagi itu ada jamuan raya atau perlawanan bola..mesti kita akan bangun awal..siap suruh member kejut dan sebagainya...
hanya agenda yang kita anggap besar yang boleh menggerakkan kita..walaupun sedang malas dan berat...
takkan hidup kita pada hari itu lebih 'tak bermakna' dari orang tadi yang bawa anjing dia berjalan...
bukankah setiap hari kita ada agenda besar di awal pagi..subuh kita....adakah itu kita tak anggap besar? ataupun memang kita tak rasa itu agenda besar..ini belum lagi cerita tentang agenda hidup.."
oh ya lupa..kejadian ini berlaku pada waktu pagi.
[munir] peringatan yang 'basah' pada hari itu.
Comments