Posts

Showing posts from May, 2012

Pertemuan itu...

Image
Ada satu perkara yang kita kurang hargai dan kurang ambil berat. Iaitu sebuah pertemuan. Ya, ramai yang sangat memerhatikan sebuah perpisahan itu. Saat perpisahan, segala cerita-cerita manis yang terjadi sepanjang bersama dicerita kembali. Sedangkan saat itu bermula dari sebuah pertemuan. Seperti kita menikmati buah epal yang manis, tanpa mengambil kisah usaha awal menanam benih pokok epal.  Bagaimana si petani menanam benih dan menjaganya menjadi tidak penting untuk kita. Terus kita menikmati epal tersebut. Jika rasanya tidak manis, kita kurang menghargainya malah mungkin membuangnya. Beza kita dengan si petani tadi ialah bagaimana kita menikmati hasil akhirnya. Sekelat mana epal tersebut, si petani akan puas dengan buah itu, sambil memikirkan segala keringat dan pengorbanan dicurahkan untuk menanam dan menjaga pokok tersebut agar tumbuh sihat. Nikmat hujungnya adalah bagaimana kita memulakannya. Kerana itu, Allah tidak menilai hasil akhir kita, tetapi yang dinilai ialah bagaimana...