Pertemuan itu...

Ada satu perkara yang kita kurang hargai dan kurang ambil berat. Iaitu sebuah pertemuan. Ya, ramai yang sangat memerhatikan sebuah perpisahan itu. Saat perpisahan, segala cerita-cerita manis yang terjadi sepanjang bersama dicerita kembali. Sedangkan saat itu bermula dari sebuah pertemuan. Seperti kita menikmati buah epal yang manis, tanpa mengambil kisah usaha awal menanam benih pokok epal.  Bagaimana si petani menanam benih dan menjaganya menjadi tidak penting untuk kita. Terus kita menikmati epal tersebut. Jika rasanya tidak manis, kita kurang menghargainya malah mungkin membuangnya. Beza kita dengan si petani tadi ialah bagaimana kita menikmati hasil akhirnya. Sekelat mana epal tersebut, si petani akan puas dengan buah itu, sambil memikirkan segala keringat dan pengorbanan dicurahkan untuk menanam dan menjaga pokok tersebut agar tumbuh sihat. Nikmat hujungnya adalah bagaimana kita memulakannya. Kerana itu, Allah tidak menilai hasil akhir kita, tetapi yang dinilai ialah bagaimana kita mencapainya. Inilah yang dinilai kerana hasil akhir itu urusan Allah.


Mari menikmati sebuah pertemuan. Kerana tiada jaminan kita akan bertemu. Ajal itu bukan urusan kita. Konsep inilah yang menjadikan kita menikmati setiap pertemuan. Hari ini bertemu, esok belum tentu. Tapi Allah telah menyediakan tempat pertemuan kita semula. Jika bukan di dunia, akan di akhirat. Cuma, yang ada hanya syurga atau neraka. Pasti kita ingin bertemu di syurga. Kerana kasih kita, mari berlumba-lumba menuju syurga.

Kita perlu bersyukur atas sebuah perpisahan (sementara). Nabi musa pernah berpisah dengan khidir. Itu bukan bererti tamat belajar, tetapi satu indikator nabi musa telah mendapat sesuatu yang baru. Suatu yang dikembangkan dalam diri baginda yang sebelum ini tidak ada padanya. Ini kita sebut sebagai sebuah ‘perkembangan’. Apabila kita akan berpisah atau melepaskan seorang yang kita sayang itu pergi, itu merupakan sesuatu yang positif. Ini menunjukkan bahawa dirinya telah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Ada perkembangan potensi dalam dirinya yang menjadikan dia perlu berpindah ke tempat lain. Juga sebagai motivasi untuk kita supaya menjadi seperti dia. Bila seseorang itu tiada, mereka akan meninggalkan ruang-ruang kebaikan yang selama ini diisi oleh mereka. Dan ini satu peluang untuk kita mengisi ruang kebaikan tersebut. Rebut peluang ini. Ini satu kurnia dari Allah.

Semoga setiap pertemuan kita mendapat redha Allah dan menjadi saksi bahawa kita bertemu hanya kerana Allah. AMIN.

[] mencari cinta di bumi kaya minyak, Edmonton.


Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark