Cahaya Kelam Madinah

CAHAYA KELAM MADINAH

Suasana pilu menyelubungi kota mekkah. Seolah-olah hilang sebuah mutiara berharga dari simpanan seorang manusia. Kemudian mutiara tersebut tidak lagi ditemui selamanya. Begitulah bagaimana kaum muslimin merasai kehilangan besar Muhammad Rasulullah, manusia agung yang telah mempersaudarakan manusia tanpa mengikut bangsa dan keturunan. Bagindalah yang telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah menuju cahaya Islam. Dari penyembahan patung-patung tuli, bisu dan pekak kepada pengabdian kepada Tuhan yang Maha Esa. Anas berkata, ”Tidak pernah ku melihat hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah.”

Ramai yang tidak mempercayai berita kewafatan Rasulullah. Ada yang mengatakan itu hanyalah khabar yang tidak pasti dan ada juga yang merasakan perkara tersebut tidak akan terjadi dan Umar al-Khattab merupakan salah seorang daripadanya. Pada hari tersebut Umar telah berdiri di khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan beliau telah terkeluar dari kewarasannya dengan berkata,

” Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah tidak wafat, Cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri nya oranuntuk selama empat puluh malam kemudian Baginda pulang semula setelah orang berkata Musa telah mati. Demi Allah, Rsulullah pasti akan pulang semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki mereka.”

Mungkin ketika itu Umar terlupa bahawa Nabi Muhammad hanyalah seorang manusia dan manusia itu tidak hidup selamanya.

Ketika itulah sahabat agung Rasulullah, Saidina Abu Bakar as-Shiddiq menegur Umar dengan katanya:

”....Sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati..”

Begitulah peristiwa yang berlaku ketika itu dan kita sebagai seorang muslim wajar mengambil pengajaran yang sungguh bermakna untuk dijadikan panduan sepanjang hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark