OUTDOOR R2J3

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pd 24/12-27/12 2008 ana berpeluang mengikuti Modul Outdoor R2J3 (Road To Jawa 3). Bermotokan 3K (Kembara Kehidupan Kami) peserta R2J3 melangkah setapak membuka minda melihat dunia.....sbb byk sgt yg dilalui, ana ambil keputusan untuk ceritakan ikut hari...

KEMBARA KEHIDUPAN KAMI –

MODUL OUTDOOR















24 Disember 2008


Suasana tenang. Langit ciptaan Ilahi yang meliputi permukaan bumi cerah. Cahaya matahari memancar mengikut aturan Dzat yang Maha Mencipta.


Cepat..dah terlewat ni..sepatutnya pukul dua kumpul tapi pukul 2 baru nak bertolak dari rumah..Akhirnya sampai pun ke pejabat IMAN ELC tempat yang kami diarahkan untuk berkumpul. Ingatkan orang terakhir, rupanya ramai lagi yang belum datang lagi. Inilah permulaan program ’Kembara Kehidupan Kami’. Modul ini merupakan salah satu modul Road To Jawa 3. Macam mana modul ini? Ana baru nak bermula..


Setelah ahli kumpulan ana semua tiba (ana, Zubayr Afiq, Khairul Abid, Muhammad Zahid, Muhammad Salman dan Ahmad Irsyad) kami pun dipanggil oleh Pakcik Jamaluddin. Kami pun masuk ke sebuah bilik bersama dengan satu lagi kumpulan akhawat. Satu kumpulan ikhwah dan akhawat telahpun berlepas sebelum kami.


”Assalamualaikum, Pakcik mengucapkan selamat datang kepada antum semua. Cuma Pakcik nak tegur tentang kelewatan antum...’


Aduh, dah agak dah perkara ni akan disebut. Tidak mengapa, itu tandanya sayang Pakcik pada kami..he.he

”Bangsa manapun yang berjaya di dunia ini mengambil berat akan masa...,” sambung Pakcik.

[insyaAllah ana cuba berubah (walaupun dah banyak kali ditegur), bukankah harisun ’ala waqt merupakan salah satu muwasofat tarbiyah?] suara kecil hati berbicara tanpa suara.


Setelah itu, kami diberikan satu set sampul surat putih. Sampul surat tersebut merupakan rujukan kami sepanjang pejalanan yang entah ke mana destinasinya. Pasrah dan berharap...


Ketua kami, Irsyad pun membuka sampul surat no 1. Kami diarahkan untuk naik bas ke Muar dan pergi ke ’destinasi 1’ dan bas kami bertolak pada pukul 3.30 petang. Ana melihat jam di dinding. Baru pukul 2.30ptg. Banyak masa lagi. Antara tugasan lain, kami diminta menghafal surah Muhammad ayat 1-10. Teringat pula adik ana yang baru pergi ke Muar pada pagi ini untuk menghadiri Kem Aulad JIM Muar. Mana tahu boleh jumpa ke malam ni...[Hati berharap]


Setelah mempersiapkan beg dan segala peralatan (sekiranya ada) kami terus berjalan ke perhentian menunggu bas Sri Putri (depan stesen minyak Shell). Sambil menunggu, ana mengambil kesempatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan...allaziina kafaruu...lidah lancar membaca..sungguh indah susunan ayat-ayat Allah.


Setelah menunggu beberapa seketika, akhirnya bas kami tiba. KKKL Trans Lim tersebut bernombor plat JGT 7999. Kami terus naik dan menyesuaikan diri dengan tempat duduk masing-masing. Kumpulan kami akan ke Muar manakala dua kumpulan akhawat akan ke Batu Pahat. Bas ikhwah yang akan ke Kluang telah berolak pada tpukul 2.30 ptg td bersama satu kumpulan akhawat. Tepat jam 3.50 ptg bas kami pun bertolak. Subhanallazi sakhorolana haza....mulut terkumat-kamit membaca doa musafir mengharapkan perlindungan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan. Bermulalah kembara kami yang tidak diketahui destinasinya. Sepanjang perjalanan, ana tertidur (mengumpul tenaga sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan ).


~^-^~


Tum!.. hentakan bas ke atas jalan raya membuatkan ana terjaga. Rupa-rupanya dah masuk kawasan Muar dah..rasa macam lama je perjalanan. Ana tengok jam, baru pukul 5.30 ptg. Memang kampung ana di Parit Yusof sempadan Muar dan Batu Pahat, Cuma tahun ini ana jarang ke Bandar Maharani a.k.a Bandar Muar. Maklumlah sibuk dengan persiapan SPM. [Diri masih tertanya-tanya apakah destinasi yang hendak dituju]


Pada jam 6.10 ptg, bas kami memasuki perkarangan Terminal Bas Bentayan, Muar. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Inilah kali pertama ana menaiki bas ke Muar walaupun kampung di Muar. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas (tak sempat tanya nama) kami terus membuka sampul surat ke-2 untuk arahan seterusnya.

Ringkasan arahan tersebut adalah seperti berikut :

  • Pada malam ini anda akan bermalam di rumah seorang Pakcik yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
  • Anda diminta untuk menghubungi Pakcik Abdullah- 012xxxxxxx.
  • Bersama ini disediakan wang RM50 untuk membantu anda sampai ke destinasi 1.
  • Anda diminta membuka sampul surat no 4 selepas Selesai solat Subuh esok pagi.

Pakcik Abdullah...? rumah di Muar...? Baru ana ingat. Ana pernah jumpa dia semasa mengikuti aktiviti DERU JIM semasa bencana banjir besar melanda Johor beberapa tahun lepas. Begitulah dakwah dan tarbiyah, bukan hanya dengan mengisi halaqoh, majlis ta’alim, katibah dan tamrin tetapi harus turun mengisi ruang-ruang kekosongan masyarakat. Muka Pakcik Abdullah terbayang di ruang minda. Setakat yang ana tahu, beliau merupakan seorang guru dan memegang amanah sebagai YDP JIM Muar.


Setelah semua ahli maklum dengan arahan tersebut. Kami mencari surau yang berdekatan untuk menunaikan solat ’Asar. Kami bersolat di Surau Kubu Bentayan yang terletak bersebelahan dengan terminal bas. Setelah menunaikan kewajipan kami, Irsyad menelefon nombor yang diberikan kepada kami. Truuut..truuuuut...tiada jawapan. Hampir 3-4 kali dia mencuba, tetapi tidak diangkat.


”Cuba guna telefon ana, mungkin telefon anta ada masalah kot..ataupun pakcik dah tukar nombor,” cadang Zubayr.

Zubayr pun mencuba dan terbukti benar cadangan Zubayr.

”Assalamualaikum, ini Pakcik Abdullah ke?” tanya Zubayr.

”Waalaikumusslaam, ya ini pakcik,” jawab Pakcik Abdullah.


Kami diminta untuk menghubungi satu lagi nombor iaitu nombor Pakcik Anuar.


Pakcik Anuar merupakan orang yang akan membawa kami ke rumah Pakcik Abdullah. Setelah selesai berurusan dengan Pakcik Anuar, kami pun menunggu beliau. Pada jam 6.30ptg sebuah MPV Rexton yang dipandu Pakcik Anuar (setelah mengenali beliau) tiba. Kami pun meluncur laju menuju rumah Pakcik Abdullah di Parit Haji Ali. Kami sempat bertaaruf dan bersembang dengan beliau dalam sepanjang perjalanan.


”Kumpulan antum paling bertuah sebab dapat pergi rumah Pakcik Abdullah. Kumpulan yang lain semuanya akan bermalam di kawasan perumahan (bandar) tetapi antum akan bermalam di kampung...” kata Pakcik Anuar. [dah lam tak duduk kampung, makumlah kampung pun dah dibangunkan menjadi pekan]


~ ^_ ^~


Permukaan langit menggelap..Kami tiba di rumah Pakcik Abdullah pada jam 7 malam. Kami dipelawa masuk terlebih dahulu oleh isterinya Makcik Jamilah sementara menunggu Pakcik pulang dari surau.

Setelah menunaikan Solat Maghrib jama’ qasar dengan isya’, kami dihidangkan dengan air soya dan kuih jepun [kenapa namanya kuih jepun? Mungkin tentera jepun yang bawa masuk ke Malaya kot]. Sesi bertaaruf pun bermula. Kalau pepatah melayu mengatakan ’Tak kenal maka tak cinta’ tetapi kami ikhwah mengungkapkan ’Tak kenal maka ta’aruf..’ Oleh itu, masing-masing memperkenalkan diri. Setelah selesai ta’aruf secara umum, beliau mengajak kami keluar untuk makan malam [macam mana pakcik tahu kita orang lapar?]



Pakcik Abdullah dan Pakcik Anuar

Bila kita kaitkan Muar dengan makanan, pasti ramai yang akan terbayangkan mee bandung, asam pedas dan sate. Jadi menu makan malam kami pada malam ini ialah asam pedas Muar. Mmmm...masyaAllah..memang sedap (kalau kopi Kapal Api kita kata Kaww!!) Bezanya asam pedas sini dengan tempat lain ialah kita boleh hirupnya tanpa tersedak (nak tahu rasanya macam mana, pergilah ke Muar)


Setelah selesai mengisi perut sekadarnya, Pakcik Abdullah membawa kami ke tempat Kem Aulad diadakan. Dah agak dah, mesti pergi sana...dapat juga jumpa adik-adik yang berjiwa bersih....

Bila sampai ke Taman Pertanian (Kem Aulad JIM Muar) kami pun meninjau program tersebut.


Ceria...

Gembira...

Kanak-kanak...


Tiba-tiba Pakcik Abdullah memaklumkan kepada kami yang kami akan ada slot perkongsian dengan adik-adik. Apa lagi, ana lah yang kena buat ’sharing’. Kami pun bersembang, bergurau dan bergembira dengan adik-adik. Kami berceritalah tentang program R2J3. Mudah-mudahan mereka akan termotivasi untuk beri komitmen dengan Kelab Kanak-Kanak JIM JB dan Kelab Aulad JIM Muar. Kemudian, untuk menghangatkan suasana (walaupun dah lewat malam) kami pun bernasyid bersama-sama dan solo pastinya akhi Zubayr.

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yang bisa memisahkan kita

Antara kita semua...


”Kalau adik-adik nak merasai apa yang kami rasa. Seronok, gembira dan bermanfaat, adik-adik ikutlah semua program dan aktiviti yang Kelab Kanak-Kanak JIM dan Kelab Aulad JIM anjurkan...kami dulupun macam antum juga, kecil molek dan pasti comel...hehe..Kelab Kanak-Kanak JIM dan Kelab Aulad JIM BEST!!”

[teringat zaman kanak-kanak dulu]


"Adik-adik, kita akan bersama nanti dalam perjuangan ini...ameen.."


Kami pulang ke rumah Pakcik Abdullah dan tiba pada pukul 11.30 malam. Kami terus mempersiapkan diri untuk tidur. Penat berjalan satu hari. Bismikallahumma ahya wa amuut......makhluk tidur menemui kami...mengakhiri satu hari dengan ibadah.


"Dan tidak Aku ciptakan
jin dan manusia kecuali untuk beribadah
kepada-Ku."
(Az-Dzariyat: 56)

Comments

Anonymous said…
Tahniah kpd antum.. Kembara yang hebat ke arah pembentukan seorang da'ie yg mantap!

Ayahcu, Muar
p/s: Pakcik Anuar? Huhuuu
Abdullah Munir said…
oh, abg anuar..time tu belum tau 'ayahchu'

Popular posts from this blog

pengatur