Posts

Showing posts from December, 2008

OUTDOOR R2J3

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah pd 24/12-27/12 2008 ana berpeluang mengikuti Modul Outdoor R2J3 (Road To Jawa 3). Bermotokan 3K (Kembara Kehidupan Kami) peserta R2J3 melangkah setapak membuka minda melihat dunia.....sbb byk sgt yg dilalui, ana ambil keputusan untuk ceritakan ikut hari... KEMBARA KEHIDUPAN KAMI – MODUL OUTDOOR 24 Disember 2008 Suasana tenang. Langit ciptaan Ilahi yang meliputi permukaan bumi cerah. Cahaya matahari memancar mengikut aturan Dzat yang Maha Mencipta. Cepat..dah terlewat ni..sepatutnya pukul dua kumpul tapi pukul 2 baru nak bertolak dari rumah..Akhirnya sampai pun ke pejabat IMAN ELC tempat yang kami diarahkan untuk berkumpul. Ingatkan orang terakhir, rupanya ramai lagi yang belum datang lagi. Inilah permulaan program ’Kembara Kehidupan Kami’ . Modul ini merupakan salah satu modul Road To Jawa 3. Macam mana modul ini? Ana baru nak bermula.. Setelah ahli kumpulan ana semua tiba (ana, Zubayr Afiq,