We Are The Future
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.. "Langit menggelap, sang bulan mula menampakkan diri di persada langit berbintang..tanda hari menuju penghujungnya..menanti...munculnya hari esok.." "Ada apa dengan esok?" adik bertanya kepadaku. "Adik, kita sebagai manusia punyai 2 tujuan diciptakan, adik kan pernah baca ayat 56 dr suroh az-Dzariyaat yang menjelaskan tugas kita di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah," aku menjelaskan. "Apa lagi satu?" adikku bertanya lagi. "Dalam surah al-Baqaroh ayat 30 pula, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bukan hanya di Malaysia. Tugas khalifah perlu dilaksanakan di seluruh muka bumi yang wujudnya kalimah La Ilaha Illallah," tambahku.. Khalifah...susah ke nak jadi...apatah lagi memahami.. Pernah Murobbiku menjelaskan, sebelum kedatangan Rasul, manusia ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahiliyahan. Tetapi selepas Rasulullah diutuskan,...