Sunday, January 4, 2009

A DAY AT IMAN SRI SKUDAI..

JUMAAT, 2/1/09-Beberapa orang ikhwah dan akhawat telah pergi ke Tadika Iman Taman Sri Skudai sebagai wakil TMS (Teen Multi Services). Pelbagai kerja dilakukan seperti membasuh pinggan, menyapu, membersih kipas, mencuci alat permainan (yang besar..)dan membasuh longkang. Alhamdulillah, semua kerja siap dilakukan sebelum masuk waktu zohor (sebab ikhwah nak ke masjid untuk solat jumaat. Overall, semua kerja beres dan Tadika Iman TTS rasanya siap sedia untuk menerima pelajar hari Isnin ini (termasuk adik penulis) Mungkin kita lihat kerja ini hanya dgn membersih tadika tetapi penulis mengingatkan bahawa Tarbiyah itu bermula sejak kecil (istilah Indonesianya -sejak dini) Moga dengan usaha yg dilakukan di pusat pendidikan awal ini memberi sumbangan besar untuk pembentukan adik-adik kita seterusnya tumbuh besar menjadi muslim yg "bergerak"..ameen.

Lama juga nak basuh mainan ni..
setelah selesai...

Selepas solat Jumaat di Masjid UTM, penulis pun keluar dari masjid dan melihat beberapa pelajar UTM memegang sepanduk yang bertulis "Perhimpunan sempena menentang keganasan Zionis Di Kanan Masjid". Penulis pun pergilah ke kawasan tersebut untuk meninjau...Ramai yang ada di situ..dan beberapa org melaungkan kata-kata mengutuk serangan Israel ke atas Palestin (Gaza khususnya). Teringat juga penulis dalam kesibukan mencari dana..pernahkah diri ini melupai saudara-saudara seIman di bumi suci anbiya' tersebut. Pernahkah diri ini mendoakan mereka dalam solat??
"ISLAM..ISLAM AKAN KEMBALI..! HANCUR..HANCUR KAUM ZIONIS! BOIKOT..BOIOT BARANGAN ISRAEL!!" [terdengar seseorang berteriak sambil penulis beredar menuju ke kereta...]

ESOK-dapat kontrak mengedar barang ke rangkaian tadika Iman, dengar cerita sampai ke pontian...

1 comment:

Hilal Asyraf said...

pergh...

ana rindu la ngan tadika iman skudai...

tempat ana mula2 mengenal ilmu..

hu hu...

Tadika Iman yang berjasa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin