Bercermin Peribadi Sahabat - Siri 1


"Celaka...! Kini aku hanya mempunyai seribu perawat kuda, seribu dayang dan seribu juru masak! Bagaimana aku boleh hidup?!"


Suara menggelegar itu terdengar dari dalam kelambu sutera khemah sang Kisra suatu pagi sekitar 30 Hijri. Inilah kata-kata yang meluncur penuh kebimbangan dan kerisauan dari mulut Yazdajird III, Kisra terakhir Parsi dari keluarga Sassanid. Istana putih Kota Madain telah jatuh ke tangan kaum muslimin di bawah pimpinan panglima Saad bin Abi Waqqas. Inilah 'rintihan agung' oleh manusia yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan meskipun dilayani 3000 manusia lain.

Mari kita renung sejenak membanding penggantinya. 'Umar al-Khattab mengangkat Salman al-Farisi sebagai gabenor yang memerintah wilayah bekas kekuasaan Yazdajirf III itu. Pilihan yang tepat..Salman adalah orang yang paling tahu tentang selok belok geografi, demografi dan
sosiologi Parsi kerana Parsi merupakan tanah kelahirannya.

Seperti apa kehidupan gabenor baru itu? Salman merupakan seorang yang mahir menganya. Pekerjaan beliau yang tidak pernah ditnggalkan kerana gajinya sebagai gabenor selalu masuk Baitul Maal untuk kepentingan rakyat. Dengan modal satu dirham ia menganyam dan menjual dengan harga tiga dirham. Hasil jualan itu dibahagi tiga, satu dirham untuk kegunaan sendiri, satu dirham untuk modal hari esok dan satu dirham lagi untuk sedekah. Selesai. Begitu 'simple' hidupnya dan rakyat Parsi tercengang melihat Gabenornya bagaimana ia
mengelola kekayaan..!!

Rujukan :
1) Hayatus Sahabah
2) Saksikan Aku Seorang Muslim-Salim A. Fillah

Comments

Unknown said…
kalau la boleh jadi seperti dia.hu.takde lagi la orang fakir miskin kat malaysia ni.kot.
Syifa' said…
Seorang pemimpin teladan. Terima kasih atas infonya!!

Popular posts from this blog

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions