Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 2

Ini sambungan yang lepas Part 1.



Rencana hijrah terlalu halus untuk disedari oleh pemimpin Quraisy ketika itu. Tiba-tiba sahaja Mekah terasa lengang dan sepi. Wajah-wajah umat Islam perlahan-lahan menghilang. Rencana ini tidak mampu dirahsiakan selamanya. Akhirnya orang-orang musyrik Mekah mengetahui bahawa kaum Muslimin telah berhijrah ke Madinah. Namun begitu, proses penghijrahan telah hampir selesai.

Gemparlah seluruh penduduk Mekah. Sebuah episode baru dalam sejarah telah bermula: sebuah gerakan telah berkembang menjadi sebuah negara, dan sebuah negara telah bergerak menuju peradabannya; sebuah agam telah menemukan “orang-orangnya”, setelah itu mereka akan menancapkan “bangunan peradaban” mereka.

Tanah, dalam Islam adalah persoalan kedua kerana yang berpijak di atas tanah adalah manusia. Maka, kerana itulah Islam menjadi kukuh dengan menyemaikan dirinya dalam ruang pemikiran, ruang jiwa, dan ruang gerak manusia. Tanah hanya akan menjadi penting ketika komuniti “manusia baru” telah terbentuk dan mereka memerlukan wilayah untuk bergerak secara kolektif dan legal.

Peradaban selalu bermula dari gagasan. Peradaban-peradaban besar selalu lahir dari gagasan-gagasan besar. Dan gagasan-gagasan besar selalu lahir dari individu-individu hebat. Begitulah hakikatnya, jumlah sahabat yang ditinggalkan Rasulullah saw memang sedikit. Dalam catatan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam “I’lamul muwaqqi’in” hanya kurang dari 110 orang. Tapi mereka semua membawa semangat dan kesedaran sebagai pembangun peradaban, dan membawa kemampuan sebagai “manusia baru”.

Kesedaran itu terbentuk sejak dini dalam benak mereka. Allah swt telah menciptakan manusia untuk beribadah dan mengelola serta menegakkan khilafah di muka bumi. Dan untuk itu Allah swt memberikan mereka “panduan” iaitu al-Qur’an, dan menurunkan seorang rasul sebagai pesuruhnya Allah swt, sekaligus sebagai pemberi contoh praktikal dalam kehidupan nyata.

Sejak awal mereka menyedari bahawa al-Qur’an bukanlah sebuah buku filosof kehidupan, yang kering dan rumit, atau tidak releven untuk dipraktikkan dalam realiti kehidupan. Al-Qur’an adalah sebuah “manual” yang menerangkan seecara terperinci bagaimana seharusnya kita mengelola kehidupan di bumi ini. Bumi adalah ruang kehidupan tempat kita “memberikan” hak-hak Allah swt, yang termaktub dalam wahyu.

Berdasarkan penyataan inilah terbukti bahawa pembinaan manusia hendaklah didahulukan sebelum membina sebuah Negara dan al-Qur’an dan sunnah hendaklah dijadikan sumber rujukan dan panduan utama dalam pembinaan sebuah peradaban. Rasulullah membina para sahabat terlebih dahulu sebelum diperintahkan untuk hijrah. Proses tarbiyah intensif atau lebih dikenali sebagai takwiniyah (pembinaan) bermula sejak awal penerimaan wahyu. Bermula dengan isteri tercinta Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid, kemudian sahabat karib baginda, Abu Bakar as-Siddiq seterusnya orang-orang disekelilingnya.

“Dan ini (Al Qur’an) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quraan) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya. (al-An’am 6:92)

Pusat pembinaan intensif berpusat di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Rasulullah bermula dengan memperkenalkan hakikat tauhid kerana sekiranya jiwa tidak dipenuhi dengan cahaya Islam, maka jahiliyahlah yang akan memonopoli ruang hati tersebut. Islam hanya akan tertegak apabila jahiliyah runtuh. Hanya satu kuasa sahaja yang boleh memenuhi ruang hati. Disebabkan inilah langkah pertama menuju peradaban bermula dengan perubahan jiwa manusia. Jiwa haruslah dipenuhi dengan cahaya Islam. Dengan inilah “manusia baru” dapat dilahirkan.

Comments

Unknown said…
jom berubah.tenenet.

Popular posts from this blog

kamu siapa?