Laskar Pelangi Real..

Setelah selesai menonton filem Laskar Pelangi dan membaca bukunya(agak pening literasinya), satu imbasan melintasi ruang fikiran saya. Seolah-olah pernah berjumpa dengan mereka yang senasib dengan kanak-kanak dalam filem tersebut.

Ya, memang pernah berjumpa mereka bukan di Belitong tetapi di Bantar Gerbang. Saya jumpa mereka ketika pengembaraan ke bumi Jawa. Bantar Gerbang merupakan sebuah pusat pelupusan sampah di Bekasi. Berhampiran dengan Jakarta. Pusat pelupusan ini merupakan yang terbesar di kawasan tersebut. Cuba bayangkan anda sedang berjalan di antara dua bukit yang hijau. Anda menyangka bukit tersebut adalah indah. Namun, apabila diberitahu, rupa-rupanya bukit tersebut merupakan timbunan sampah yang ditumbuhi rumput menghijau.

Pendidikan. Di situ terdapat sebuah sekolah gratis(free) yang didirikan dengan duit infaq orang ramai. Rata-rata daripada mereka yang bersekolah di situ merupakan anak pemulung(orang yang mencari sampah kemudian menjualnya untuk menyara hidup). Bahkan kanak-kanak itu sendiri merupakan pemulung part-timer. Hari ini mereka bersekolah. Esok mereka memulung.

Kisah pendirian sekolah tersebut amat unik..Begitu juga dengan perjuangan 'pengasas' sekolah tersebut. Kisah ini pada pandangan saya amat heroic. Kerana 'Real' dan 'Feel' yang saya dapat. Bagaimana kanak-kanak itu menumbuhkan cita-cita dalam diri mereka...?InsyaAllah saya akan kisahkan di lain waktu.

Di bawah ini merupakan gambar2 yang sembat saya dan kawan2 saya rakamkan..

Comments

shaniza said…
salam..

kecekalan manusia kerdil menghadapi liku-liku kehidupan yang mencabar. Hanya kesabaran dan tawakal kepada Allah dapat menemukan manusia erti kehidupan sebenar..
Unknown said…
tibatiba nak tahu sangat apa yang uniknya pendirian sekolah tu.
Abdullah Munir said…
akanku kisahkan nanti...otw gi perak...melepas paintball n futsal..
wah, siapa tak teruja melihat kanak-kanak di sana.

Semacam sedang menikmati nikmat di syurga. Entah pernah ke tidak mereka rasai kehidupan mewah seperti kita di Malaysia.

Bukan saja rasai, membayangkan pun tidak. Apatah lagi bermimpi.

Memang mereka bertuah..

Salam ziarah ya munir..
wslm

Popular posts from this blog

kamu siapa?